Pages

Wednesday

Motivasi...

Bila kamu tiada motivasi untuk melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup, kamu akan buat apa untuk menaikkan semula semangat tu? Ha...tak akan la kamu nak terus berputus asa, tidur saje sepanjang hari untuk melupakan masalah ataupun makan tidur makan tidur saje??*Lagi la bertambah masalah kamu iaitu "SELAMAT DATANG KE DUNIA OBESITI" hehe.
Saya percaya semua orang ada masalah tersendiri, orang kaya, perempuan cantik, lelaki hensem, gifted person atau sesiapa saja semuanya adalah masalah cuma yang membezakan kita adalah masalah yang dihadapi itu berbeza-beza. Cubalah tanya kat siapa-siapa yang dekat dengan kamu, semuanya akan bagitau yang mereka ada masalah*melainkan orang tu ada masalah mental barulah dia akan bagitau dia tiada masalah(tapi tetap ada gak dia masalah--masalah mental:P~~).

Saya bila otak serabut dengan masalah, mula la saya berasa malas nak buat apa2, rasa nak tidur saje tapi bila nak lelapkan mata tak dapat pula sebab masalah asyik menari-nari kat fikiran saya. So saya akan bangun dengan malas menuju ke arah mr.lappy dan mula melayari dunia global tanpa batasan untuk mencari hiburan yang boleh menghiburkan hati. Saya suka explore blog orang lain dan salah satu blog yang menarik perhatian saya ialah proudduck.com. Blog ini dimiliki oleh seorang gadis kecil molek yang comel, dia baru berumur 23tahun tapi sudah mempunyai kerjaya dan baru memulakan business online shopping.

Saya suka mengunjungi blog dia bukan kerana faktor fizikal, tapi saya sangat menyanjungi semangat yang ada pada dirinya. Saya dengan dia sebaya tapi saya melihat pemikiran dia 10 kali ganda lebih matang daripada saya. Sedang saya masih tercari-cari lagi hala tuju hidup tapi dia sudah berada pada landasan yang akan membawa dia kepada matlamat hidup yang dimahukan.

Pada asalnya saya mencemburui kehidupan yang sedang dilalui oleh gadis ini tapi bila lama-kelamaan saya membaca entri dalam blog dia ia mewujudkan satu semangat motivasi kepada saya untuk berusaha mencapai kejayaan dalam hidup. Mungkin saya agak lambat untuk memulakan misi ini jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang sebaya saya tapi sekurangnya-kurangnya saya akan mula untuk melangkah*bukankah langkah seribu itu bermulanya dengan langkah yang pertama^_^.

Ok, itu saje untuk hari ini. Kena study tok final exam yang bermula pada 23/11. Chayok2!!

No comments: