Pages

Thursday

FIRE DRILL!

Hari ni sekolah tmpt sy praktikal, ada latihan kebakaran(fire drill) dan saya kena ikut 2 kali sesi latihan tu, waktu pagi n petang!![selalu jer macam ni, dl masa 1st time datang sekolah ni pun kena 2 kali gak ikut perhimpunan rasmi sekolah errrrr:P].


Pagi ni saya kena Interview budak2 F.1 yang nak jadi ahli PRS, dan secara kebetulan latihan kebakaran tok sesi pagi dan semua umat yang ada kat sekolah time kena gak berlari ke padang "menyelamatkan diri"[tapi ada gak yang "hangus terbakar" bab masih tergedek2 lagi berjalan ke padang:P]. Yang paling kelakarnya, bila budak2 F.1 yang nak jadi ahli PRS ini telah ditemuduga secara "haram" oleh seorang guru yang saje2 nak bergurau dengan budak2 ni. Cikgu tu bagitau, kalau nak jd ahli PRS kena jawab soalan dia yang berkisar kepada latihan kebakaran ini, dan dengan bersungguh-sungguhnya budak2 ni telah menjawab, padahal cikgu tu just saje2 nak kenakan mereka[hahahahaha....dah kena BANG! BANG! BOOM!! budak2 ni.]


Tuesday

THE DAY AFTER TOMORROW

Hari KEpenatAN sedunia! Kena run banyak sesi kaunseling hari ni, time waktu akhir otak dah ting tong, belum abis penat sampai umah terus masak pula, kalau tak masak perut pula lapar[sangat menghargai jasa ibu tercinta sebabnya semua keja masak2 ibu tercinta yang buat hanya tinggal masukkan nasi + lauk ke dalam mulut jer!]. Oh ya I wanna share with you all the very good news[SILA GERAKKAN MOUSE ANDA TERUS MENERUS SEHINGGA TITIK . YANG TERAKHIR. TERIMA KASIH.]

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

ESOK LECTURER DATANG OBSERVED SAYA!!!

[ hehehe:) ]



Baguskan berita yang saya bawa ni:P. Semoga saya berjaya memukau penyelia saya esok dengan "persembahan" mantap sesi kaunseling individu dan kelompok. GAMBATEH ROSCA!!^^


Sunday

ROSCA VS RAPUNZEL

Amacam weekend korang sume?

Saya punye weekend owez the same activities jer, juz terMARINATED kat umah, tengok tv, mamam, then zzzzzzz, bangun & cari benda mamam, tengok tv, mamam, zzzzzzzzz n begitu la rutin seterusnya, super duper boringgggg aitelyu!!



Nak kuar terasa malas, ialah bila perlu berjalan kaki dan bukannya naik kenderaan k, dengan cuaca Malaysia yang suam2 kuku errrrr baik saya dok umah tengok tv, tengok muka housemate saya lagi ok. Bukan malas nak jalan kaki tapi kalau la cuaca kat sini macam yang kat Cameron Highland tu, tu pun dah syok tok berjalan kaki g mana2.



Menambahkan perasa Ketensionan saya ialah apabila tingggal kat umah jenis "menara"[apartment] yang tak cecah tanah nie, dah rasa macam penderitaan RAPUNZEL yang kena kurung ngan witch kat menara gak la:(


Wokey, ni la kisah hujung minggu saya. Saya harap hujung minggu korang tak la seteruk saya punye ni:(. Esok sekolah.



Counseling Intensif Update: 7 weeks oready!!!:), berbaki 7 weeks more.

Friday

WORD OF THE DAY

KNOWING IS NOT ENOUGH; WE MUST APPLY
WILLING IS NOT ENOUGH; WE MUST DO.
-JOHANN WOLFGANG VON GOETHE

Monday

everything happen b'coz it's wanna happen

Ada rasa benci, geram, rasa sampah(menyampah) dan sedih hari ni! Tak sabar nak abiskan saki baki 14 minggu intensif kaunseling ni yang sekarang tinggal 8 minggu lagi. Ni dah kali ke2 saya mengalirkan air mata disebabkan tekanan dari pelajar dan rakan sekerja yang sangat tidak berkompromi, macam la mereka dulu tak pernah melalui zaman praktikal ni, so nape la kejam sangat dengan budak2 praktikal:(


Jam sesi kaunseling dan bimbingan still banyak lagi belum di cover, tapi klien pula sangat la sikit macam mana la aku tak rasa tertekan. Nak jer ku terbang ke bulan(tukar cita2 la, nak jadi astronout pula :P).



Orang cakap "everything happen for a reason", tapi aku rasa la kan "everything happen b'coz it's wanna happen"(sori la kalau korang tak faham apa yang aku nak sampaikan).



Otak aku letih, fizikal aku penat and then it's more worst when my feet was injured b'coz of the senggal shoe, jahaman betul la kasut tu, nak jer aku buang kasut tu sekarang gak(tapi tak leh gak sebab tiada tali akar pun berguna jugak kan).



k, nite everi1, sleep tight, sweet dream^_*.

CUTI DAH ABIS!

Esok kena bangun awal, mandi awal, iron baju, siap2 segala dan masa untuk pergi sekolah! Cuti dah abis k, so rutin harian adalah seperti biasa-_-.




ESOK G SEKOLAH LALALALALALALAAAAAAA^_^

Friday

Kerana Santan Pulut Binasa,
Kerana Mulut Badan Binasa.


Mesti korang pernah dengar dan tahu maksud perumpaan ini kan...time kita sekolah dulu dah berbuih mulut cikgu BM ajar kita pelbagai perumpaan yang digunakan sebagai bahasa kiasan dalam pertuturan orang zaman dolu2, tapi zaman "NUKLEAR"(saya maksudkan zaman serba canggih) sekarang pun actually perumpaan ni masih tetap digunakan tetapi dalam jumlah yang tersangat la sedikit, waktu tulis karangan jer kot guna. Okeh, actually saya bukannya nak ajar korang perumpaan, cuma story yang nak share hari ni memang sesuai dengan perumpaan di atas(nah see, kan saya dah cakap time nak tulis karangan jer akan guna perumpaan ni^^).


Story nya gini......

Saya tak tau lah napa dalam tempoh 24 jam ni, keadaan di rumah saya terasa agak tegang. Bila seorang bercakap, seorang pula tidak memberi respon yang memuaskan. Hal ni mungkin berpunca dari gurauan yang telah melampaui batas, sudah tidak memikirkan soal sensitiviti teman. Ini lah sikap manusia, diri sendiri sentiasa dirasakan betul, dia boleh sakitkan hati orang tapi orang tak boleh pula nak cederakan hati dia.


Kita sangat pandai menasihatkan orang, tapi apabila berlaku kepada diri kita sendiri benda yang kita tak suka, tak boleh pula kita cuba nak rasionalkan diri(walaupun ada gak try N error)...*sigh*.


Kesimpulannya, jagalah bahasa komunikasi kita dengan orang lain. Sesungguhnya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya(nah, dah dua perumpaan saya gunakan hari ni^^).


Apa2 pun saya doakan "HAVE A NICE DAY" semua^_^.


"BLAMING OTHERS IS EXCUSING YOURSELF"-ROBIN SHARMA
Kerana Santan Pulut Binasa,

Kerana Mulut Badan Binasa

Thursday

PLZ PRAY FOR TSUNAMI VICTIM'S IN JAPAN

Apa anda semua buat hari ini?



Ermmm mesti ada yang ambil kesempatan pergi bersiar-siar dengan family pergi KLCC.



Makan-makan.




Mandi-mandi.




Kita hari ini bebas melakukan apa saja aktiviti yang kita mahu, tidak perlu risau akan tsunami sepertimana yang berlaku kepada Jepun. Maka kita semua harus berasa bersyukur dan walau apa saja rintangan yang berlaku tetapi kita tetap masih boleh lagi bebas ke mana-mana untuk menyelesaikan segala masalah yang melanda diri kita.

Mari kita sama-sama berdoa untuk mangsa tsunami (dan ditambah lagi dengan pencemaran radiasi) semoga mereka berada dalam keadaan selamat, ditabahkan hati mereka yang kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata, diberikan kekuatan Iman semoga mereka bersabar menghadapi dugaan ini. Kepada yang mampu dari segi material, semoga boleh bermurah hati untuk menderma kepada mangsa bencana alam di jepun ini kerana mereka sangat memerlukan makanan, bekalan air bersih dan juga ubatan.
Hari ini kita menolong orang mungkin esok lusa kita pula yang memerlukan pertolongan, jangan kedekut untuk berkongsi rezeki dengan saudara kita yang memerlukan, bukan kerana untuk mendapat pahala atau pujian semata-mata tetapi demi sebuah nilai kemanusiaan.

PLZ PRAY FOR TSUNAMI VICTIM IN JAPAN

Apa anda semua buat hari ini? Ermmm mesti ada yang ambil kesempatan

kerja saya

Hari jumaat yg lepas(11/3), saya ada relief class kat 2 Ibnu Khaldun. Mula2 bila cikgu yg buat jadual relief class minta saya masuk ke kelas nie, saya rasa berat betul hati nak terima , sebabnya saya baru plan nak siapkan laporan yang setinggi gunung Everest tu! Alih2 kena pula ganti cikgu yang MC:(.


Sebelum masuk kelas saya dah sediakan satu aktiviti untuk para pelajar. Tapi bila saya masuk kelas, tengok2 1/3 dari pelajar kat kelas tu takde, rupa2nya ada yang dah ponteng kelas sebab mentang2 tu waktu terakhir dan mode bercuti pun dh datang menyeru! Bila diberitahu kepada pelajar yang masih berbaki lebih kurang 25orang bahawa saya akan menjalankan satu aktiviti, mereka semua tak nak pula:( So terpaksalah saya biarkan mereka buat kerja masing-masing.


Sebelum tu ada beberapa orang pelajar telah tanya saya "cikgu ajar subjek apa?"
Saya pun minta mereka teka sendiri..."ermm cikgu ajar science? Ajar Moral? Ajar Matematik? Ajar BI?"
Then saya bagi mereka clue "cikgu ajar subjek yang membuatkan pelajar menjadi manusia".
Kemudian mereka jawab balik "oooo.....cikgu ni kaunselor".


Ya...kerja saya sememangnya untuk melahirkan seorang individu yang menjadi manusia berguna bukan kerana kecemerlangan akademik tetapi mantap dalaman dan jati dirinya.



ok, sambung balik cerita di kelas tadi. Bila diminta pelajar ni buat kerja sendiri, memanglah mereka akan buat kerja sendiri tetapi KERJA BERCAKAP KOSONG! Oh saya pun fikir tak boleh jadi macam ni. So saya pergi dari sekumpulan pelajar ke sekumpulan pelajar, mula2 saya tanya mereka buat apa, then bila tengok mereka berbual kosong, so pun minta mereka untuk membincangkan satu isu yang berkaitan pelajar, mereka bebas memilih isu sendiri. Syukur mereka menurut saja permintaan saya walaupun perlu dipujuk dengan cara yang lembut dan bukan memaksa k.


Tetapi ada juga kumpulan pelajar yang mahu melukis, so saya benarkan, saya tak paksa mereka buat benda yang mereka tak suka, asalkan mereka ada melakukan sesuatu dan bukannya berbual kosong saja. Then bila isu yang dibincangkan telah siap, saya pun pergi dari satu group ke group yang lain untuk bersama-sama membincangkan isu tersebut. Maka menerusi aktiviti spontan ini bukan saja saya dapat mengawal pelajar dari membuat bising dan melakukan kerja yang tidak berfaedah malah menerusi isu yang dibincangkan ini ia dapat memberi ilmu sampingan kepada para pelajar.

Jadi cikgu memang kena kreatif dan perlu pandai memujuk pelajar, selain harus berusaha untuk memahami kehendak pelajar.

Ermmm...tiba2 rasa rindu betul dengan students saya:(, ntah apa yang mereka buat time cuti ni, ade tak buat homework.


Ok, itu saje perkongsian dari saya tentang perjalanan praktikal saya yang berbaki 43 hari lagi, sesungguhnya saya sudah dapat menerima hakikat bahawa begini kerjaya sebagai seorang guru/kaunselor sekolah.


Semoga kita semua suka akan pekerjaan yang telah dipilih:)






Dulu pelajar sekarang bakal "pengajar" pula:)

Wednesday

beautiful words for beautiful heart....

LIFE IS TOO SHORT TO WAKE UP IN THE MORNING WITH REGRET,
SO LOVE THE PEOPLE WHO TREAT YOU RIGHT,
FORGET ABOUT THE ONES WHO DONT,
AND BELIEVE THAT EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON.




IF U GET A CHANCE TAKE IT,
IF IT CHANGES YOUR LIFE, LET IT.