Kerana Santan Pulut Binasa,
Kerana Mulut Badan Binasa.
Mesti korang pernah dengar dan tahu maksud perumpaan ini kan...time kita sekolah dulu dah berbuih mulut cikgu BM ajar kita pelbagai perumpaan yang digunakan sebagai bahasa kiasan dalam pertuturan orang zaman dolu2, tapi zaman "NUKLEAR"(saya maksudkan zaman serba canggih) sekarang pun actually perumpaan ni masih tetap digunakan tetapi dalam jumlah yang tersangat la sedikit, waktu tulis karangan jer kot guna. Okeh, actually saya bukannya nak ajar korang perumpaan, cuma story yang nak share hari ni memang sesuai dengan perumpaan di atas(nah see, kan saya dah cakap time nak tulis karangan jer akan guna perumpaan ni^^).
Story nya gini......
Saya tak tau lah napa dalam tempoh 24 jam ni, keadaan di rumah saya terasa agak tegang. Bila seorang bercakap, seorang pula tidak memberi respon yang memuaskan. Hal ni mungkin berpunca dari gurauan yang telah melampaui batas, sudah tidak memikirkan soal sensitiviti teman. Ini lah sikap manusia, diri sendiri sentiasa dirasakan betul, dia boleh sakitkan hati orang tapi orang tak boleh pula nak cederakan hati dia.
Kita sangat pandai menasihatkan orang, tapi apabila berlaku kepada diri kita sendiri benda yang kita tak suka, tak boleh pula kita cuba nak rasionalkan diri(walaupun ada gak try N error)...*sigh*.
Kesimpulannya, jagalah bahasa komunikasi kita dengan orang lain. Sesungguhnya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya(nah, dah dua perumpaan saya gunakan hari ni^^).
Apa2 pun saya doakan "HAVE A NICE DAY" semua^_^.
"BLAMING OTHERS IS EXCUSING YOURSELF"-ROBIN SHARMA
1 comment:
berhati-hati dengan kata-kata. Sometime benda tu sukar untuk dielakkan dan berlaku tanpa kita sedari. Orang kata,fikir dulu sebelum berkata-kata...mari berusaha memperbaiki diri
Post a Comment