Pages

Wednesday

Kerana perasaan kasih seorang guru(bunyi dialog dalam rancangan BERSAMAMU lah hehe), maka saya dan kawan sy telah pergi menjejak ke umah seorang pelajar yang kiteorg nak bantu(kenapa, mengapa kiteorg nak bantu itu adalah rahsia, tak boleh nak kongsi kat sini). Tamat waktu persekolahan saya minta student nie tunggu coz nanti sy yg akn hantar dia balik. Tapi tunggu punya tunggu student tu tak juga pegi ke bilik kaunseling, so sy minta kawan sy nie cari student nie dl coz sy masih busy urus pelajar yang nak ambik biasiswa. Than kawan sy bgtau student nie dh balik pakai van, so cara lain sy nak menjejak ke umah dia kiteorg cari student yg sm kpg than blh la nak tunjuk jalan pi sana. 

Terkejut tak terpalang sy bl student pengiring tu bagitau nie lah jalan msk ke umah student nie. NAIK TITI. Saya ok jer coz rs mcm pg naik gunung ke pusat peranginan jer hehe. Tp kawan sy nie takut sgt nak ikut titi nie haha.


 Nie pemandangan yang menyambut kedatangan kami bertiga, rasa macam terpecaya nie jalan pegi ke umah student nie. Biar Betul. Tapi memang betul.
Nie pemandangan time nak turun. Turun and naik memang kawan saya ada problem(pengalaman pertama orang bandar masuk kpg mmg lucu la tgk kelagat mereka haha).

 Saya relaks jer siap blh terjumpe bunga hutan yang cantik coz kaler purple. Ni time kiteorg turun dari bukit.

 Kesian orang nie kena merangkak n berhati sangat2 haha. 1st time dia kalah dengan saya waktu buat benda yg mencabar. 1-0 kawan haha.
Inilah tugas guru zaman sekarang, guru sekarang kena tengok pelajar n jaga kebajikan student sampai macam nie sekali. Tolong hantar budak balik umah bl hujan, hantar pegi hospital bl jatuh terluka, naik ambulan hantar budak sakit, tapi apa balasan ibubapa dan pelajar itu sendiri, ibubapa suka salahkan guru bila ada benda terjadi kat anak-anak, padahal berbuih guru nasihat jangan main, jangan bergurau sampai bertumbuk, jangan ponteng, jangan merokok, jangan minum arak, bila tak ikut nasihat ibubapa itu yang terjadi benda malang kat student. Balasan student pula, bila guru menegur di caci, diumpat, siap yg berani nak guru bertumbuk, hentam kereta guru, tulis nak guru ditandas. Itulah balasan pelajar kepada guru.

Semangat.Spirit.2013

28/12/2012-Pegawai strategik perlu melapor diri ke sekolah.(Dalam keadaan berat hati coz mood christmas masih ada. Dalam keterpaksaan datang juga ke sekolah).

31/12/2012-Semua staff kena melapor diri. Mesyuarat staff pertama.(Pun masih dalam mood mamai tak percaya cuti sekolah dah nak berakhir!)

1/1/2013-Petang sampai di sekolah. Dalam kepenatan setelah driving dari rumah pergi ke Kuching than patah balik ke sekolah, saya terduduk termenung memikirkan kenapa saya berasa terpaksa untuk datang ke sekolah untuk memulakan tugas/amanah yang harus dipegang dengan sebaiknya?? SEMANGAT saya untuk memulakan kerja sangatlah lemah, tak seperti semangat semasa masih menuntut dibangku sekolah dulu. Zaman sekolah dulu tak sabar2 nak bangun pagi untuk hari pertama persekolahan(siap bermimpi kasut sekolah hilangla, stokin terkoyak, baju pinafore rosak zip la hehe.).

I keep wondering and ask myself, why and what happen for me.Menjadi guru adalah cita-cita yang selalu saya beritahu apabila guru, kawan2 or family tanya tentang cita2 saya. Sekarang cita2 saya tercapai tapi mengapa saya tak menghargai peluang which is my dream is come true. Its pretty hard to achieve or make ur dream come true, isn't?

Bila saya sedar tentang hal ini, maka hari pertama saya memulakan tugas saya jalani hari itu dengan satu SEMANGAT BARU. Semangat untuk menghargai peluang yang telah diberikan. Semangat untuk memulakan tahun baru 2013 ini dengan satu azam iaitu untuk berkhidmat kepada anak didik anak didik yang memerlukan khidmat saya agar tenaga kerja profesional, semi profesional, general worker dapat terus dilahirkan bagi mengisi kekosongan tenaga kerja bagi membangunkan negara kita.Sumbangan saya kecil saja, tapi rakan2 seprofesion saya ramai diseluruh negeri maka usaha sy yg kecil ini bl digabungkan dengan usaha2 kecil rakan2 seprofesion maka akan besar sumbangan kami kepada pembangun negara.Sekian.