Pages

Wednesday

Semangat.Spirit.2013

28/12/2012-Pegawai strategik perlu melapor diri ke sekolah.(Dalam keadaan berat hati coz mood christmas masih ada. Dalam keterpaksaan datang juga ke sekolah).

31/12/2012-Semua staff kena melapor diri. Mesyuarat staff pertama.(Pun masih dalam mood mamai tak percaya cuti sekolah dah nak berakhir!)

1/1/2013-Petang sampai di sekolah. Dalam kepenatan setelah driving dari rumah pergi ke Kuching than patah balik ke sekolah, saya terduduk termenung memikirkan kenapa saya berasa terpaksa untuk datang ke sekolah untuk memulakan tugas/amanah yang harus dipegang dengan sebaiknya?? SEMANGAT saya untuk memulakan kerja sangatlah lemah, tak seperti semangat semasa masih menuntut dibangku sekolah dulu. Zaman sekolah dulu tak sabar2 nak bangun pagi untuk hari pertama persekolahan(siap bermimpi kasut sekolah hilangla, stokin terkoyak, baju pinafore rosak zip la hehe.).

I keep wondering and ask myself, why and what happen for me.Menjadi guru adalah cita-cita yang selalu saya beritahu apabila guru, kawan2 or family tanya tentang cita2 saya. Sekarang cita2 saya tercapai tapi mengapa saya tak menghargai peluang which is my dream is come true. Its pretty hard to achieve or make ur dream come true, isn't?

Bila saya sedar tentang hal ini, maka hari pertama saya memulakan tugas saya jalani hari itu dengan satu SEMANGAT BARU. Semangat untuk menghargai peluang yang telah diberikan. Semangat untuk memulakan tahun baru 2013 ini dengan satu azam iaitu untuk berkhidmat kepada anak didik anak didik yang memerlukan khidmat saya agar tenaga kerja profesional, semi profesional, general worker dapat terus dilahirkan bagi mengisi kekosongan tenaga kerja bagi membangunkan negara kita.Sumbangan saya kecil saja, tapi rakan2 seprofesion saya ramai diseluruh negeri maka usaha sy yg kecil ini bl digabungkan dengan usaha2 kecil rakan2 seprofesion maka akan besar sumbangan kami kepada pembangun negara.Sekian.

No comments: