Pages

Friday

SUKA TEMPOYAK, TAK SUKA DURIAN

I Love tempoyak but i dont like durian! Pelik tak? Saya tak suka bau durian dan rasa dia yang lecak. Mesti orang pelik coz tempoyak kan diperbuat daripada durian, dan bau tempoyak lagi kuat dari bau durian fresh, tekstur tempoyak pun lagi lecak. Tapi saya memang suka tempoyak! Suka tempoyak goreng yang diletak ikan bilis dan cili. Dan paling suka sekali Ayam gulai tempoyak....pehhhhh so wangi so sedap! Boleh makan berpinggan jugalah(bukan nasi tapi sup tempoyak tu jer:D )



Last nite, kawan beli sebiji durian yang sangat cute(actlly bukan beli tapi jiran bagi, sbb bila kawan nak beli tapi dah abis, so adalah cikgu seorng nie yang baik hati, dia bagilah sebiji kat kawan saya). Habis makan nasi, kawan bukak durian, bau memang menyengat kuat, even saya tak suka makan durian kerana bau yang kuat tapi saya taklah sampai nak muntah bila cium bau tu. Saya pun ada makan, tapi secubit saja takut kempunan orang tua kata. 



Sapa yang fanatik dengan buah durian bolehlah kawan dengan saya coz kamu tak perlu nak berkongsi dengan saya, kamu boleh makan sebanyak mana yang kamu nak coz saya tak akan kacau hehe...

No comments: