Hari jumaat yg lepas(11/3), saya ada relief class kat 2 Ibnu Khaldun. Mula2 bila cikgu yg buat jadual relief class minta saya masuk ke kelas nie, saya rasa berat betul hati nak terima , sebabnya saya baru plan nak siapkan laporan yang setinggi gunung Everest tu! Alih2 kena pula ganti cikgu yang MC:(.
Sebelum masuk kelas saya dah sediakan satu aktiviti untuk para pelajar. Tapi bila saya masuk kelas, tengok2 1/3 dari pelajar kat kelas tu takde, rupa2nya ada yang dah ponteng kelas sebab mentang2 tu waktu terakhir dan mode bercuti pun dh datang menyeru! Bila diberitahu kepada pelajar yang masih berbaki lebih kurang 25orang bahawa saya akan menjalankan satu aktiviti, mereka semua tak nak pula:( So terpaksalah saya biarkan mereka buat kerja masing-masing.
Sebelum tu ada beberapa orang pelajar telah tanya saya "cikgu ajar subjek apa?"
Saya pun minta mereka teka sendiri..."ermm cikgu ajar science? Ajar Moral? Ajar Matematik? Ajar BI?"
Then saya bagi mereka clue "cikgu ajar subjek yang membuatkan pelajar menjadi manusia".
Kemudian mereka jawab balik "oooo.....cikgu ni kaunselor".
Ya...kerja saya sememangnya untuk melahirkan seorang individu yang menjadi manusia berguna bukan kerana kecemerlangan akademik tetapi mantap dalaman dan jati dirinya.
ok, sambung balik cerita di kelas tadi. Bila diminta pelajar ni buat kerja sendiri, memanglah mereka akan buat kerja sendiri tetapi KERJA BERCAKAP KOSONG! Oh saya pun fikir tak boleh jadi macam ni. So saya pergi dari sekumpulan pelajar ke sekumpulan pelajar, mula2 saya tanya mereka buat apa, then bila tengok mereka berbual kosong, so pun minta mereka untuk membincangkan satu isu yang berkaitan pelajar, mereka bebas memilih isu sendiri. Syukur mereka menurut saja permintaan saya walaupun perlu dipujuk dengan cara yang lembut dan bukan memaksa k.
Tetapi ada juga kumpulan pelajar yang mahu melukis, so saya benarkan, saya tak paksa mereka buat benda yang mereka tak suka, asalkan mereka ada melakukan sesuatu dan bukannya berbual kosong saja. Then bila isu yang dibincangkan telah siap, saya pun pergi dari satu group ke group yang lain untuk bersama-sama membincangkan isu tersebut. Maka menerusi aktiviti spontan ini bukan saja saya dapat mengawal pelajar dari membuat bising dan melakukan kerja yang tidak berfaedah malah menerusi isu yang dibincangkan ini ia dapat memberi ilmu sampingan kepada para pelajar.
Jadi cikgu memang kena kreatif dan perlu pandai memujuk pelajar, selain harus berusaha untuk memahami kehendak pelajar.
Ermmm...tiba2 rasa rindu betul dengan students saya:(, ntah apa yang mereka buat time cuti ni, ade tak buat homework.
Ok, itu saje perkongsian dari saya tentang perjalanan praktikal saya yang berbaki 43 hari lagi, sesungguhnya saya sudah dapat menerima hakikat bahawa begini kerjaya sebagai seorang guru/kaunselor sekolah.
Semoga kita semua suka akan pekerjaan yang telah dipilih:)
Dulu pelajar sekarang bakal "pengajar" pula:)
No comments:
Post a Comment