Ermmm mesti ada yang ambil kesempatan pergi bersiar-siar dengan family pergi KLCC.
Makan-makan.
Mandi-mandi.
Kita hari ini bebas melakukan apa saja aktiviti yang kita mahu, tidak perlu risau akan tsunami sepertimana yang berlaku kepada Jepun. Maka kita semua harus berasa bersyukur dan walau apa saja rintangan yang berlaku tetapi kita tetap masih boleh lagi bebas ke mana-mana untuk menyelesaikan segala masalah yang melanda diri kita.
Mari kita sama-sama berdoa untuk mangsa tsunami (dan ditambah lagi dengan pencemaran radiasi) semoga mereka berada dalam keadaan selamat, ditabahkan hati mereka yang kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata, diberikan kekuatan Iman semoga mereka bersabar menghadapi dugaan ini. Kepada yang mampu dari segi material, semoga boleh bermurah hati untuk menderma kepada mangsa bencana alam di jepun ini kerana mereka sangat memerlukan makanan, bekalan air bersih dan juga ubatan.
Hari ini kita menolong orang mungkin esok lusa kita pula yang memerlukan pertolongan, jangan kedekut untuk berkongsi rezeki dengan saudara kita yang memerlukan, bukan kerana untuk mendapat pahala atau pujian semata-mata tetapi demi sebuah nilai kemanusiaan.
No comments:
Post a Comment