Pages

Tuesday

LIFE LIVE LOVE

weeeeehooooo!!.....esok outing bersama kawan2 sempena dengan perpisahan kiteorang yang pasni akan pergi praktikum,susah la nak jumpa pasni. Esok berangkat dari rumah dalam pukul 9 pagi tapi dah kena stand by pukul 8.30 macam tu la [walauuweiiii awal la kena bangun ni=( ]. Tentatif program----->sampai2 jer ada aktiviti sukaneka darat, petang pula ada telematch dan saat yang paling dinanti-nantikan DINNER!! Pas abis dinner segala, balik semula ke Tanjung Malim.



Sebenarnya ada 1 cerita yang saya nak kongsikan kat sini, yang kat atas tu sekadar "pembuka kata" konon hehe. Ceritanye begini, petang tadi saya dengan 2 orang lagi kawan pergi outing, temankan kawan buat urusan kat bank, beres segala urusan so balik la kami ber3 tapi tak terus balik ke kolej kediaman tapi singgah kat kampus utama, then naik pula bas untuk balik ke kolej kediaman dan disini la kisah yang sangat menarik perhatian saya tu terjadi.



Naik ke dalam bas, kiteorang tunggu agak lama la bas tu berjalan daripada hanya ada 2 3 orang jer dalam bas menjadi penuh pula tapi masih gak bas tak gerak, kebetulan dalam bas tu ada beberapa orang pelajar antarabangsa(pelajar china), mungkin agaknya mereka berasa lapar jadi turun la 2 orang pelajar tu tok pergi beli goreng pisang[mesti korang curious nape pula saya leh tau mereka nak beli goreng pisang sebab saya tau dengar mandarin lor:D + lagi kebetulan sebelum 2 orang nie turun ada 2 orang lagi kawan mereka nie dah beli goreng pisang dan mungkin sebab goreng pisang yang dibeli tu tak cukup so turun la 2 orang nie huh!panjang lebar saya menerangkan nie^_^].



OK2...sambung balik cerita tadi, maka turun la 2 orang pelajar china nie dan kebetulan dah mereka 2 nie turun dari bas, pakcik bas pun naik la ke dalam bas dan nak gerak, ha nie part yang paling menarik.....bila tengok bas nie dah nak gerak kelihatan kawan2 kepada 2 orang pelajar china nie pun kelam kabut macam mana la bagitau pakcik bas tu(pakcik bas mana la faham bahasa mereka), dan yang menjadi penyelamat beberapa orang pelajar tempatan yang faham situasi yang sedang dialami oleh kawan2 pelajar china nie pun bagitau kat pakcik bas minta dia tunggu sekejap sebab ada 2 orang lagi pelajar yang belum naik, so pakcik bas pun tunggu la sampai mereka ber2 nie naik baru bas kami bergerak.




Mungkin bagi orang lain ia hanya sekadar situasi biasa yang berlaku tapi bagi saya ia satu peristiwa yang sangat menarik. Apa pun bangsa, agama, atau latarbelakang kita tetap boleh hidup dalam keadaan yang harmoni yang penting hati kita harus menerima orang lain seadanya dan menyayangi orang lain sebagaimana kita menyayangi diri dan ahli keluarga kita sendiri^_^
ok tu jer perkongsian tok hari nie, semoga hari yang korang lalui hari nie pun ada peristiwa yang terjadi dan memberi makna dalam hidup, mungkin bukan peristiwa gembira atau mungkin juga korang ada mengalami peristiwa yang ntah apa2 tapi apa2 pun setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan memberi pengalaman yang berharga untuk kita....have a nice day all=)

No comments: