Pages

Friday

Everything Happens For A Reason

Warning: Kisah di bawah adalah kisah yang agak emo, JANGAN BACA SEKIRANYA ANDA JUGA DALAM KEADAAN MOOD YANG TIDAK MENENTU!!



Hari ni, kehidupan saya bermula dengan situasi yang membuatkan saya berasa kecewa, lemah dan segala macam lagi perasaan negatif yang lain. Patutlah 2 3 hari sebelum ni saya asyik bermimpi perkara yang tak syok jer, tak kiralah time tidur petang ataupun tidur malam dan yang paling teruk semalam saya langsung tak tidur lena. Rupa-rupanya tu adalah warning tok situasi yang saya hadapi pada tengahari yang maha panas dengan keadaan perut yang kosong tak ade selera nak makan nie=(.


Kisah Bermula..............





Saya bukak FB, then nampak la seseorang tu on9. Seseorang tu adalah orang yang saya pernah suka dari dulu dan mungkin sampai sekarang pun saya masih suka lagi. Kami pernah jadi couple tapi cuma bertahan tok 3 hari jer! Selepas kejadian tu, perhubungan kami on off, 2 3 bulan tak berhubung then berhubung lagi dan sampai la ke hari ini. He's my 1st love, sebab tu agaknya susah sikit tok saya lupakan dia tambahan lagi saya memang tak couple dengan siapa2 selepas dia.


Saya selalu menafikan yang saya masih suka kat dia tapi sebetulnya saya masih sayang kat dia lagi! Dan hari ni dia meluahkan perasaan kat saya, yang dia jumpa fb ex-gf dia dulu, dia confess dengan saya betapa dia masih sayang kat ex-gf dia, dia cuba tok lupakan ex-gf dia selama 6 tahun tapi bila dia jumpa balik fb girl tu, tiba2 dia berasakan he's lost control. Apa perasaan kamu bila orang kamu suka bagitau kamu situasi sebegini?


Saya sangat sedih tapi cuba tok cover line, siap saya cuba tok comfortKan dia. Dia bila dah meluahkan perkara ni, walaupun sedih tapi sedikit sebanyak dia akan lega sebab dah berkongsi perasaan sedih tu dengan orang lain tapi saya pula?! Tergapai-gapai la saya seorang diri, cuba tok tenangkan diri sendiri. Bodohnya saya, rasa macam nak tampar jer diri sendiri supaya kembali sedar ke dunia nyata, supaya jangan la ada perasaan cinta walau sebesar kuman pun kat dia ni.



Tak ada orang untuk saya berkongsi perasaan yang sedang dialami sekarang itu yang membuatkan saya berada disini tok meluahkan perasaan saya.


Apa2 pun saya mendoakan orang lain tak semalang saya pada hari ini, God Bless Ya' all....Amen.

No comments: