Badan terasa sakit-sakit selepas pulang outing ke Hot Spring semalam terutamanya kat bahagian muka sekitar mata saya rasa macam pelik-pelik jer=(. Oh ya last gathering bersama kawan2 semalam sangat seronok, kiteorang sampai kat Hot Spring lebih kurang pukul 10pagi, then pukul 11 ada sukaneka. Kalah kanak-kanak tadika dengan perangai kiteorang, punye la susah nak diatur memang perit urusetia nak bagi arahan sebab masing-masing asyik chot chet chot chet[nie la masalah orang sosial, bila bercakap tak pandai berhenti hak3..] tapi then berjaya juga mini sukaneka tu berlangsung, walaupun masing-masing tau takde hadiah pun untuk yang menang tapi semuanya tersangat sangat la berusaha untuk menang gak haha, lucu ar.
Habis sukaneka kiteorang bergerak ke kawasan mandi. Waiiiisehhhh.....ingatkan tempat mandi tu takde benda luncur-luncur tapi ada la ^_^, masing2 dengan muka tak sabarnya nak MEMBUANG DIRI ke dalam air. Tapi malangnya saya tak dapat nak mandi sebab MASALAH PEREMPUAN haishhhhh tak sporting betul nape la time2 camnie pula la dia nak keluar:P :(. Hanya dapat tengok wajah keriangan kawan2 bermain air jer, tapi sendiri merasa tak dapat huhuhu. Habis mandi segala dan sesi pertukaran hadiah, balik sekejap ke chalet then pukul 4 kami ada telematch. Habis telematch, kami bebas buat aktiviti masing2 sebelum pukul 8 tok DINNER.
Time aktiviti free nie, saya dan geng2 lain main bola, punye la seronok hak3 tapi tak lama kemudian ada seseorang tu menangis teresak-esak sebab muka kena bola[IT'S ME!!:P~~], bukan apa menangis sebab terlampau sakit oo berpinar mata, muka terasa sangat panas, secara automatik bila muka kena PENAMPAR BOLA tu terus keluar air mata, then kawan2 semua panic "rosca..rosca ok kah kamu? Sakit tak? Mana yang sakit?? Sorry2 rosca, saya tak sengaja. Tu la kamu napa tendang bola tu kuat sangat!!" ha nie adalah antara beberapa dialog yang masih saya ingat bila situasi tu berlaku...........OPPPPSSSSSS macam pernah ku alami situasi macam nie, tapi di mana? bila?, oh ya time kecik2 bila bermain dengan kawan2 then bila kawan tolak sampai jatuh or watever mesti akan nangis[congek a.k.a manja betul kan hehehe].
Sekarang muka tak rasa sakit tapi bahagian mata saya terasa sakit dan gatal2, aduhai harap2 takde apa2 la. Ok, itu la sebahagian daripada cerita perjalanan outing saya dengan kawan2 sempena dengan perpisahan kite orang yang tak lama lagi:(. Saya berharap sangat kenangan nie yang akan membuatkan kami tidak akan melupakan diri masing-masing walaupun kami akan terpisah jauh.
No comments:
Post a Comment