ok disini saya ingin memperkenalkan watak-watak pelakon cerita "TEMAN-TEMAN & SAYA"
Ni pula Miz superhero, kiranye dia ni orang kuat geng kami la. Dia akan bertindak macam abang kami, akan selesaikan perkara yang adik-adik perempuan dia nie tak reti nak buat. Rasa selamat bila keluar berjalan dengan dia^_^, thanks ct kerana memberi saya 1 pengalaman bila ada abang walapun sebenarnya kamu perempuan, sebab tu saya suka berkepit dengan kamu bila kita keluar hehe. Jangan tak tahu, dia juga mempunyai senyum yang killer di tambah lagi dengan tahi lalat pemanis selalu jadi perhatian orang[aduh bila orang lelaki tertarik kat dia baru saya perasaan ct bukan abang, alamak tak akan la "abang" saya nie gay pula hak3]. Ct, i lurve u n gonna miz u too, huk3, muahhhhhhhhhhhh=)
ermmm nie kamu rasa siapa erk?? Ni la Miz spoil kiteorang, suka merajuk, dan sensitif. Tapi dia sangat sayang kawa-kawan dia, itu yang paling saya pasti tentang dia. Suka jugak buat lawak bodoh, then akan kena sound dengan Miz superhero sebab buat lawak bodoh hak3. Paling menyampah tentang dia nie bila nak pergi mana-mana mesti nak berteman, nasib la nak pergi tandas tak minta ditemankan:P~~ Sekali lagi saya nak bagitauuuuuu, saya sangat sayang kawan-kawan saya=(, saya akan merindui kamu semua, tolong la semoga kamu semua jugak akan merindui dan mengingati saya selalu, ok=).
Kenangan di antara kita :
Nukilan khas buat teman tercinta:
Pada suatu hari,
Saya pergi satu tempat,
Tempat itu tidak pernah saya pergi,
Mula-mula saya takut sangat.
Tapi moleknya saya bertemu 1 teman lama,
Hati saya kembali berbunga,
Maka kami berdua pun sama2 mengembara,
Dengan semangat penuh membara.
Dibawa bersama hati yang lara,
Bertemankan air pada awal cerita,
Tapi kemudiannya bertemu dengan 4 orang dara,
Air mata bertukar menjadi ceria.
Awal perkenalan kami malu-malu,
Tapi bila lama-lama kami sungguh tidak tahu malu,
Hari begitu pantas berlalu,
Maka tiba waktu hujung minggu.
Kami berenam pun pergi la ke pasar malam,
Tengok orang ramai berbalam-balam,
Tapi kami anggap itu lumrah alam,
Asal saja kami dapat makan malam.
Habis membeli kami pulang,
Tengok orang beratur panjang,
Bas pula tidak datang-datang,
Aduhai perut lapar bukan kepalang.
Tidak lama bas pun datang,
Mungkin kerana semua dah penat,
Maka bas pun kami serang,
Masing-masing dah tak beringat.
Maka berlaku 1 peristiwa dahsyat,
Di mana dua kawan saya hampir ditamatkan riwayat,
Apabila masing-masing nak tunjuk hebat,
Nasib la ada lagi talian hayat.
Itu peristiwa 3 tahun yang dah berlalu,
Kini tiba masa kami semua dah nak berpisah,
Semoga kenangan ini akan dikenang selalu,
Sebagai satu memori indah.
p/s: nukilan ni tak ada dalam mana2 kategori kesusasteraan melayu, nak kata pantun pun bukan, nak kata puisi pun tidak, syair apatah lagi, nukilan ini adalah sekadar picisan tok hiburan teman saya=).
2 comments:
ngumpat saya eh...weuuukkk =P
hehe...bila lagi nak ngumpat kalau tak sekarang hekkkk*evil laugh
Post a Comment