Hurmmm.....agak sedih juga la saya balik kali ni, dah la bff yang selalu sama balik dengan saya dah balik awal then kawan yang pada mulanya janji nak pegi LCCT tu pula buat hal last2 minute macam ni, nak pula jalan2 dulu kat KL, serious saya tak rela jalan2 sambil bawa beg yang berat, rela lagi saya pegi LCCT tu sorang diri!
Sedikit kecewa juga la dengan perangai kawan seorang ni, sebenarnya hari ni dan sehingga 14hb tu sepatutnya saya stay dengan dia sebab kolej kediaman kena dikosongkan so ingat nak menumpang kat umah sewa dia la, saya bagitau nak tumpang kat umah dia bukan secara last minute tapi siap bagitau 2 ker 3 minggu awal, dia bagitau ok jer tapi bila the day yang dijanjikan dia bagitau pula tak dapat nak suruh saya stay kat umah sewa dia dengan alasan dia pun menumpang umah sewa kawan, ok fine saya consider, sebab tak nak kecoh!
Ni pula timbul masalah nak pegi LCCT, dia nak pegi awal pagi bab nak jalan2 dulu kat KL, saya tak boleh paksa dia ikut kehendak saya, lagipun siapa la saya nak paksa2 dia kan, cuma saya agak kecewa la napa orang susah betul nak bantu saya sedangkan bila orang minta pertolongan dari saya, susah betul saya nak tolak pula[serius ni!].
Misalnya kes ni, ada seorang kawan bagitau dia belum beli tiket flite sebab takde bank card online tok tempah tiket, so saya bagitau saya ada, then saya offer juga supaya dia beli tiket flite yang sama hari N masa dengan saya, 1st dia cakap ok so saya rasa hepi la. Then bila dah saat2 nak beli tiket ni, dia tiba2 bagitau nak hari yang sama tapi masa yang berbeza dengan flite saya, ok fine saya diam jer and tanpa banyak songgeh beli seperti yang dia nak. Tapi Serious saya agak kecewa sepertinya dia trick saya dengan "mengumpan" bagitau nak sama flite dengan saya supaya saya nak tolong dia beli tiket!! Aiyooooo tak perlu la dia nak buat macam tu, saya tak paksa dia tapi cuma berharap saja dan tak perlu kot dia nak guna taktik kotor macam tu!
Sebenarnya agak leceh juga saya nak uruskan pembelian tiket secara online tu, sebabnya saya kena pegi mesin ATM tok dapatkan no TAC dulu baru boleh complete kan pembelian tu tapi saya tak kisah sebab memang niat nak bantu dia dan semata2 nak dapatkan no TAC tu saya terpaksa naik bus tok pergi ke mesin ATM berdekatan walaupun that day saya agak keletihan sebab uruskan hal thesis saya dan apa balasan yang saya dapat pada akhirnya???! Nilai la sendiri yer apa kesudahan yang kawan ni bagi kat saya.
Manusia ni memang pelik, ada otak ada hati ada perasaan tapi disalahgunakan dan tak dimanfaatkan dengan betul. Takpa la saya berserah pada Tuhan semoga berserta dengan saya selalu, mungkin ada hikmah disebaliknya. Jika orang balas kebaikan yang saya bagi dengan kepahitan tapi saya akan balas balik dengan kemanisan[mencontohi teladan mak dan ayah saya.]
p/s: Tuhan mahu saya belajar berdikari, so saya akan gunakan peluang ni sebaik mungkin, chayok2 Rosca!!=)
No comments:
Post a Comment