Hari ni besfren saya balik. Saya hantar dia sampai cab, saya cool jer, dulu saya akan nangis bila nak berpisah dengan dia tapi hari ni saya dapat hantar dia dengan senyuman dan 1 pelukkan yang tak erat. Sebabnya 2 3 hari yang lepas hubungan saya dengan dia tak berapa nak baik, dia tak hiraukan saya sangat, malah dia lebih rapat dengan yang lain, saya rasa sakit hati gak la.
Saya ada bagi dia surat, nasib la surat tu saya tulis seminggu sebelum dia dah nak balik, kalau tak memang saya tawar hati nak tulis surat nak bagitau dia segala benda yang saya memang nak bagitau.
Sedih memang la sedih tengok dia balik, tapi tak la sampai menangis merah biji mata. Pulang ke rumah, mula2 saya sibukkan diri dengan mengemas rumah sebab tak nak fikir sangat pasal dia, then dah abis berkemas segala seperti biasa saya buka fb, tengok2 dia ada bagi private msg kat saya. Belum abis membaca dah saya mula menangis...........[syuai izinkan saya berkongsi msg km di sini yer, sori]
mak cik, sy dah baca surat kamu. TQ ek. termakbul jugak impian saya nk dapat surat. Saya nk mintak maaf sebab byk buat salah dkt kamu. Sebab kamu yg paling sy rapat dan sy sayang. Halal kan apa yg sy makan dan minum. Jaga diri baik2. kamu mesti jadi seorang yg kuat k, kena belajar utk berdikari. Saya doakan kamu berjaya. Terima kasih sebab jadi telinga saya. Mesti kamu dah bosan kan. Saya selalu cerita pasal Afshan dkt kamu. Kalu kamu nk tau, cerita2 tu hanya saya ceritakan pada kamu sahaja tau. Best pren time sekolah pn xtau sy dah ada gewe ...hehe...mungkin time kamu baca ni, sy dalam perjalanan ke tempat baru. Doakan sy berjaya kumpul duit dan pengalaman. Sori sebab x hirau kamu selama beberapa hari ni. Nak tau sebab ape sy buat mcm tu...saya tak nak kamu rasa kehilangan sgt, bila kamu sgt rapat dgn saya dan sy pergi tinggalkan kamu, mesti kamu sedih nanti. Mummy, i love u so much. Kamu kawan terbaik yg penah sy ada. Kita bertemu sebab di takdirkan oleh Tuhan dan kita berpisah juga kerna takdir Tuhan. Walaupun sedih tapi kita perlu merelakan.
TQ mak cik.....sekiansaya akan jaga seluar hijau tu dgn baik, thanks ^^
sedih sangat, sampai tak tahu nak cakap apa.
No comments:
Post a Comment