Dalam seumur hidup saya sepanjang dah 23 tahun hidup di dunia yang fana ni(pakai ayat NOVEL jap) tak pernah lagi merasai hidup menyewa tapi semalam sehari-harian saya dan geng2 pergi ronda seluruh kampung dan taman tok cari rumah yang bersewa, aduhai punya la "menyampahkan" nak cari rumah tok disewa. Bila kita cari rumah sewa, rumah tok dijual jer yang banyak tapi time nak cari rumah tok dijual rumah sewa jer pula yang banyak!, hurmm memang hukum dunia ker macam tu??
Semalam 3 buah sekolah saya pergi dan 3 buah tempat saya pusing tok cari rumah sewa mana tak bila sampai rumah terus "pengsan zzzzzzzzzzzzzzz", dan kawan bagitau semalam saya tidur berdengkur *ngeeee, tu menandakan saya mengalami "penyakit" keletihan tahap gaban lol! Entah macam mana la nanti bila dah duduk rumah sewa, haiisshh banyak benda kena difikirkan ni, fikir macam mana la nak cari duit time cuti ni tok support bayar sewa rumah, tambah lagi sem depan nak tukar lappy baru, cadang nak beli camera juga dan paling penting ialah duit perbelanjaan sepanjang 4 bulan praktikum mesti dan pasti akan guna duit banyak ni tok support program dan aktiviti yang dibuat nanti=(. Duit mengalir keluar macam air, tapi duit mengalir masuk satu sen pun tarak oooo.
ermmm...sem depan kalau tak ada "kayu balak" melintang kat depan mata, selamat la saya akan menyewa di apartment yang dekat dengan sekolah, so nampaknya sem depan saya akan berjalan kaki pergi dan balik sekolah....weeeehooooo boleh kurus la nampaknye ni*ngeeeee. Bukan senang nak sesuaikan diri kat tempat baru nanti dan nampak gayanya kena memulakan lagi sesi "salam perkenalan" tok semua orang sebagai langkah mencari kenalan dan kawan baru sebagai rakan sepejuangan sepanjang 4 bulan itu nanti.
Mak saya penah bagitau, hari 1st kite kat tempat baru memang semua tak akan kena punye, buat salah adalah perkara biasa, nama pun masih baru lagi. Ke mana pun saya pergi saya selalu "bawa" bersama kata2 mak saya ni, kiranya ia sebagai azimat penguat semangat la. Dulu 1st time datang UPSI pun gelisah memanjang jer bila kena pergi satu tempat yang jauh dari tempat asal, kena berpisah dengan family, berpisah dengan teman2 tapi the end ok juga, jumpa la teman2 yang 1 kepala dan kolej kediaman yang mendamaikan umpama tinggal di resort peranginan menghadap banjaran titiwangsa[so pilih la UPSI sebagai tempat pengajian anda yer, kerana sememangnya persekitaran UPSI sangat kondusif, hmmm promote jap UPSI tercinta nie^_^]
Takpa saya akan cuba bertahan selama 4 bulan berpraktikum, cuba buat sehabis baik, aplikasikan segala ilmu yang dituntut selama 3 tahun setengah di UPSI dan bawa bersama kenangan terindah bersama teman2 baik di sini. Tiada yang mustahil melainkan kita sendiri yang mengatakan sesuatu itu adalah mustahil.
Selamat bercuti dan berpraktikum teman2. Jumpa lagi time nak konvo nanti^_^.
No comments:
Post a Comment