Pages

Friday

dedikasi buat teman-teman

Ada sesiapa kat sini yang tak ada insan yang bergelar kawan, friend, peng you(mandarin), tomodachi(japanese), chin-gu(korean) dan bla bla bla[tidak kisah la nak panggil apa janji orang tu adalah orang yang boleh bersama kamu bila bergelak dan menangis]??? Saya pasti semuanya mesti ada kawan, oh ya kalau berkawan dengan binatang macam kucing, anjing, arnab dan ikan tu kamu rasa itu boleh dianggap kawan ker??[ermm confius^-^].



Entri ini, saya khaskan untuk bercerita tentang teman-teman karib yang bersama-sama dengan saya mengharungi pahit manis belajar di zaman uni. Bersama teman2 ini kami mencipta segala kenangan manis, lucu, geram dan segalanya. Jatuh bangunnya saya di sini semuanya bersama teman2 ku ini, mereka pernah menyaksikan saya menangis bila saya kehilangan orang tersayang, mereka juga bersama dengan saya mencipta peristiwa lucu dan bodoh dan mereka juga mengajar saya banyak perkara yang tak pernah saya lakukan sebelum ini.



ok disini saya ingin memperkenalkan watak-watak pelakon cerita "TEMAN-TEMAN & SAYA"



Ha kalau semua nak tau ini la Miz pot pet kami. Nickname dia kat rumah ialah makcik dan mummy. Dia adalah yang paling tua sekali di antara kami berempat. Tapi perangai dia tak berapa nak tua sangat, kalah budak tadika:P. Dia teman paling rapat sekali dengan saya. Bilik dia selalu jadi sasaran saya tok melepak. Saya selalu meluahkan perasaan kat dia, tapi yang tak syoknya dia asyik busy berchat sampai kadang2 tak peka apa yang saya cakap=(. Tapi dia memang kawan yang baik, selalu sponsar kiteorang sate[sebab dia memang addict sate:P~~], paling rajin mengemas rumah tapi satu perkara tak best tentang dia, dia suka membebel hak3[mummy jangan marah, nanti cepat tua hehe]. Mummy, saranghe, love you, muahhhhhhhhh^_^


Ni pula Miz no perasaan, hak3. Dia kawan yang paling lama geng dengan saya, kami berdua kenal sejak form 4 then datang bersama ke sini, sama course pula tu, dahsyat lagi sama kelas, sama rumah dan sama bilik!, jodoh kuat antara kami=). Dia kawan yang paling cool, tak mudah melenting, kamu marah dia pun dia tak kisah. Dulu dia innocent tapi sekarang otak dia dah tak berapa clean lagi, mungkin kerana dah makin dewasa kot:P~~[kononnya la hehe]. Makcik i love you too and gonna miss you, muahhhh=).



Ni pula Miz superhero, kiranye dia ni orang kuat geng kami la. Dia akan bertindak macam abang kami, akan selesaikan perkara yang adik-adik perempuan dia nie tak reti nak buat. Rasa selamat bila keluar berjalan dengan dia^_^, thanks ct kerana memberi saya 1 pengalaman bila ada abang walapun sebenarnya kamu perempuan, sebab tu saya suka berkepit dengan kamu bila kita keluar hehe. Jangan tak tahu, dia juga mempunyai senyum yang killer di tambah lagi dengan tahi lalat pemanis selalu jadi perhatian orang[aduh bila orang lelaki tertarik kat dia baru saya perasaan ct bukan abang, alamak tak akan la "abang" saya nie gay pula hak3]. Ct, i lurve u n gonna miz u too, huk3, muahhhhhhhhhhhh=)





ermmm nie kamu rasa siapa erk?? Ni la Miz spoil kiteorang, suka merajuk, dan sensitif. Tapi dia sangat sayang kawa-kawan dia, itu yang paling saya pasti tentang dia. Suka jugak buat lawak bodoh, then akan kena sound dengan Miz superhero sebab buat lawak bodoh hak3. Paling menyampah tentang dia nie bila nak pergi mana-mana mesti nak berteman, nasib la nak pergi tandas tak minta ditemankan:P~~ Sekali lagi saya nak bagitauuuuuu, saya sangat sayang kawan-kawan saya=(, saya akan merindui kamu semua, tolong la semoga kamu semua jugak akan merindui dan mengingati saya selalu, ok=).

Kenangan di antara kita :

Nukilan khas buat teman tercinta:

Pada suatu hari,
Saya pergi satu tempat,
Tempat itu tidak pernah saya pergi,
Mula-mula saya takut sangat.

Tapi moleknya saya bertemu 1 teman lama,
Hati saya kembali berbunga,
Maka kami berdua pun sama2 mengembara,
Dengan semangat penuh membara.

Dibawa bersama hati yang lara,
Bertemankan air pada awal cerita,
Tapi kemudiannya bertemu dengan 4 orang dara,
Air mata bertukar menjadi ceria.

Awal perkenalan kami malu-malu,
Tapi bila lama-lama kami sungguh tidak tahu malu,
Hari begitu pantas berlalu,
Maka tiba waktu hujung minggu.

Kami berenam pun pergi la ke pasar malam,
Tengok orang ramai berbalam-balam,
Tapi kami anggap itu lumrah alam,
Asal saja kami dapat makan malam.

Habis membeli kami pulang,
Tengok orang beratur panjang,
Bas pula tidak datang-datang,
Aduhai perut lapar bukan kepalang.

Tidak lama bas pun datang,
Mungkin kerana semua dah penat,
Maka bas pun kami serang,
Masing-masing dah tak beringat.

Maka berlaku 1 peristiwa dahsyat,
Di mana dua kawan saya hampir ditamatkan riwayat,
Apabila masing-masing nak tunjuk hebat,
Nasib la ada lagi talian hayat.

Itu peristiwa 3 tahun yang dah berlalu,
Kini tiba masa kami semua dah nak berpisah,
Semoga kenangan ini akan dikenang selalu,
Sebagai satu memori indah.

p/s: nukilan ni tak ada dalam mana2 kategori kesusasteraan melayu, nak kata pantun pun bukan, nak kata puisi pun tidak, syair apatah lagi, nukilan ini adalah sekadar picisan tok hiburan teman saya=).

2 comments:

KASIH SYUHADA said...

ngumpat saya eh...weuuukkk =P

chacha said...

hehe...bila lagi nak ngumpat kalau tak sekarang hekkkk*evil laugh