Pages

Monday

"Chicken Soup For The Single's Soul"(CSFTSS)

CSFTSS is book that gather the stories of love and inspiration for the single, divorced and widowed. I have been in love with this book now ngeeee *lol...actually I should bercinta with my subject text book but not this story book probally:P
What I wanna share here is about 1 chapters in this book that telling about independent spirit of one young lady. It's story about Dawn McKenna that never ever travel alone before but on time she had trouble with her marriage, she tried travel alone to Europe. At first she so panic don't know where to go, how to communicate with others but she tried to pulled herself together and went out explore the Paris and finally she enjoys the moment as a single individual.
THE MAN WHO GOES ALONE CAN START TODAY; BUT HE WHO TRAVELS WITH ANOTHER MUST WAIT UNTIL THE OTHER IS READY- HENRY DAVID THOREAU.

Sunday

Tekanan!!

Sem nie memang terasa sangat beban, tanggungjawab, peranan or watever sebagai seorang pelajar. Bayangkan kena siapkan thesis yang begitu banyak songgehnya, perlu bentang proposal kemudian bentang dapatan, perlu perbaiki itu ini waaa memang takanan la!
Di tambah lagi dengan final exam, kawan course lain cuma ada 3 paper saje tapi course saya pula ada 4 paper plus dengan thesis lagi dah rasa macam nak pecah kepala otak huhuT_T.
Nasib la saya masih waras lagi cuma sedikit hampir nosebleed la hehe.
Mama text tadi tanya bila nak beli tiket flight....OPSSSS!! terlupa nak check pula. Then bila check2, cuma 11/12 yang murah la it's about Rm230 something. Arhhh apa saya peduli, saya nak balik tarikh nie gak, lantak la dengan thesis tu!
Tapi kan bila fikir2 balik risau pula saya kalau tiba tarikh tu thesis belum siap, macam mana??*sigh*. Nak cepat balik rumah tok lepaskan tekanan tapi still lagi nak ambil berat pasal thesis ialah kalau thesis tak siap macam mana saya nak praktikum sem depan dan yang paling dahsyat tak dapat GRADUATE next year la!!!! Waaaa...kus semangat, moga2 la thesis saya dapat siap dengan jayanya.
Ok2 saya ambil keputusan tok cuba sedaya upaya siapkan thesis yang dah berjilid sebelum 11/12, nosebleed pun nosebleed la bulan nie, dan akan berusaha juga untuk final exam!! Alah bisa tegal biasa, Nak seribu daya, jangan seribu dalih, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian...ha apa lagi peribahasa yang boleh menaikkan semangat yer semua akan saya "ikat" kat kepala huh!
p/s: saya italic dan higlight kan perkataan dalam bahasa inggeris tu sebab dah terbawa-bawa penulisan dalam thesis *ngeeee
*Have a blessed sunday everyone!^_^

Thursday

Happy Birthday

Today is my superhero birthday, he turn to 46th year old. Sebenarnya banyak perkara yang saya nak buat dan bagi tok ayah saya--->saya nak bagi homemade cupcakes, saya nak bawa ayah dan family pergi dinner, saya nak hadiahkan ayah saya sebuah jam tangan dan bla bla bla*banyak perkara saya nak buat tapi tak kesampaian-_ -*

Awal pagi lagi adik lelaki saya yang bongsu dah text, tanya kenapa saya belum wish hepi birthday tok ayah. Sebenarnya saya nak call malam nie tok wish kat ayah*tapi tak call cuma text jer* Ayah text, bagitau mak buat dinner special tok dia*woww so sweet^_^*. Pagi tadi mak text, bagitau ayah sangat terharu bila anak-anak awal2 pagi lagi dah wish hepi birthday tok dia*neh tengok ibubapa tidak perlukan present mahal or watever tapi mereka dah cukup terharu dan tersentuh bila anak2 ingat kat mereka, ibubapa sememangnya umpama malaikat di dunia tok anak2 T_T*

Saya dengan ayah memang banyak sangat persamaan--->lahir pada bulan yang sama, sama2 berkulit gelap, paling ketara sama2 tersangat susah tok bersikap asertif:P, sama2 tak suka hu ha hu ha[lebih suka memerap di rumah kalau dibandingkan dengan mak dan adik beradik] dan banyak lagi la...truly father daugther hak3^_*

Harap2 tahun depan saya dapat buat semua perkara yang saya buat tok ayah*sangat berharap!*

Wednesday

Rapunzel

Leganya bila Rapunzel dah melepasi halangan temu duga untuk mengikuti kursus yang dikelolakan oleh KEMAS[*tapi tak tahu lagi result]. Punye la dia nervous tapi sebab adanya "angels" yang sentiasa di samping dia so akhirnya dia cool gak^_^, so happy for her. 2 hari lepas dia kena menghadapi ujian fitness dan hari nie pula menjalani sesi temu duga. Bukan dia saje yang tak keruan tapi saya pun sama juga, asyik text mama nak tanya keadaan kat sana.
Habis temu duga, dia text saya nak bagitau yang sesi temu duga dia berjalan dengan lancar dan kebetulan semua soalan yang saya minta dia prepare itu la juga yang ditanya oleh penemuduga, so boleh la dia jawab. Sekarang tinggal berdoa semoga rezeki berpihak kepadanya. Mama call petang tadi minta kami semua berdoa semoga Rapunzel lulus temu duga nie[*perkara yang sangat comel saya rasakan^_^]~~~"Time In Test, Family Is The Best!"
Saya mendoakan juga kepada sesiapa yang menjalani temu duga hari nie semoga berjaya=).

Tuesday

Malam Pra-Graduasi Kaunseling Batch 2007/2010

Pejam celik pejam celik, tinggal lagi lebih kurang 7 bulan dari sekarang saya dan kawan-kawan akan tamat pengajian. Ada perasaan gembira tapi ada juga perasaan sedih bila teringat akan hari keramat tue. Gembira kerana sudah tamat belajar dan "excited" nak memulakan kehidupan baru iaitu bergelar "kaunselor". Sedih pula sebab akan berpisah dengan kawan-kawan yang banyak menciptakan pelbagai memori sepanjang lebih kurang 3 tahun setengah di sini.

Ini la kami... ya, KAMI TAK MATANG tapi INI LAH KAMI^_^ Bila lagi boleh berperangai macam nie, kalau dah beranak pinak takde makna nak melompat macam nie kan. Pendapat saya, zaman belajar nie zaman kita membuat kesilapan, tapi kemudian kita belajar dari kesilapan tersebut supaya pengalaman itu yang akan membuatkan kita jadi matang. Orang yang tidak pernah mengaku silap dalam hidup adalah manusia yang paling penipu dalam dunia!

Time tunggu bas nie~~~>semua muka excited, tak sabar-sabar nak sampai kat hot spring main air=)





Pelbagai ragam kawan-kawan sepanjang bersama, ada yang mencuit hati, ada yang "mengeramkan" hati, ada yang mengembirakan tak kurang juga yang terasa menyampah tapi di penghujung perjalanan ini tiada lagi perasaan benci atau marah yang ada cuma 1--->hati yang saling sayang-menyayangi, itu lah keadaan yang dapat di lihat semasa malam pra-graduasi budak kaunseling yang berlangsung pada 3/11/2010 dan bertempat di Hot Spring, Sg.Klah.



Ada nampak tak scene touching kat belakang tue? Tue bukan lakonan semata-mata tapi betul2 tau, tak sangka orang lelaki nie pun sama juga macam orang perempuan, siap ada yang nangis2 hehe..



Me and Adel---->kawan yang akan saya rindui bila berpisah nanti. Dia kawan yang paling tidak berkira, lebih suka mendahulukan orang lain daripada dirinya sendiri(harap2 dia tak baca blog saya, kalau tak mesti kembang kuncup hidung dia kena puji nie:P). Kesimpulannya dia memang kawan yang baik^_^




Ni la geng kamceng~~~> di mana2 pun kami ber4 akan bersama kecuali la bila dah habis kelas masing2 akan balik rumah sendiri la=). LOve LoVe LoVE




Thursday

Menangis Macam Budak-budak

Badan terasa sakit-sakit selepas pulang outing ke Hot Spring semalam terutamanya kat bahagian muka sekitar mata saya rasa macam pelik-pelik jer=(. Oh ya last gathering bersama kawan2 semalam sangat seronok, kiteorang sampai kat Hot Spring lebih kurang pukul 10pagi, then pukul 11 ada sukaneka. Kalah kanak-kanak tadika dengan perangai kiteorang, punye la susah nak diatur memang perit urusetia nak bagi arahan sebab masing-masing asyik chot chet chot chet[nie la masalah orang sosial, bila bercakap tak pandai berhenti hak3..] tapi then berjaya juga mini sukaneka tu berlangsung, walaupun masing-masing tau takde hadiah pun untuk yang menang tapi semuanya tersangat sangat la berusaha untuk menang gak haha, lucu ar.


Habis sukaneka kiteorang bergerak ke kawasan mandi. Waiiiisehhhh.....ingatkan tempat mandi tu takde benda luncur-luncur tapi ada la ^_^, masing2 dengan muka tak sabarnya nak MEMBUANG DIRI ke dalam air. Tapi malangnya saya tak dapat nak mandi sebab MASALAH PEREMPUAN haishhhhh tak sporting betul nape la time2 camnie pula la dia nak keluar:P :(. Hanya dapat tengok wajah keriangan kawan2 bermain air jer, tapi sendiri merasa tak dapat huhuhu. Habis mandi segala dan sesi pertukaran hadiah, balik sekejap ke chalet then pukul 4 kami ada telematch. Habis telematch, kami bebas buat aktiviti masing2 sebelum pukul 8 tok DINNER.


Time aktiviti free nie, saya dan geng2 lain main bola, punye la seronok hak3 tapi tak lama kemudian ada seseorang tu menangis teresak-esak sebab muka kena bola[IT'S ME!!:P~~], bukan apa menangis sebab terlampau sakit oo berpinar mata, muka terasa sangat panas, secara automatik bila muka kena PENAMPAR BOLA tu terus keluar air mata, then kawan2 semua panic "rosca..rosca ok kah kamu? Sakit tak? Mana yang sakit?? Sorry2 rosca, saya tak sengaja. Tu la kamu napa tendang bola tu kuat sangat!!" ha nie adalah antara beberapa dialog yang masih saya ingat bila situasi tu berlaku...........OPPPPSSSSSS macam pernah ku alami situasi macam nie, tapi di mana? bila?, oh ya time kecik2 bila bermain dengan kawan2 then bila kawan tolak sampai jatuh or watever mesti akan nangis[congek a.k.a manja betul kan hehehe].


Sekarang muka tak rasa sakit tapi bahagian mata saya terasa sakit dan gatal2, aduhai harap2 takde apa2 la. Ok, itu la sebahagian daripada cerita perjalanan outing saya dengan kawan2 sempena dengan perpisahan kite orang yang tak lama lagi:(. Saya berharap sangat kenangan nie yang akan membuatkan kami tidak akan melupakan diri masing-masing walaupun kami akan terpisah jauh.

Tuesday

LIFE LIVE LOVE

weeeeehooooo!!.....esok outing bersama kawan2 sempena dengan perpisahan kiteorang yang pasni akan pergi praktikum,susah la nak jumpa pasni. Esok berangkat dari rumah dalam pukul 9 pagi tapi dah kena stand by pukul 8.30 macam tu la [walauuweiiii awal la kena bangun ni=( ]. Tentatif program----->sampai2 jer ada aktiviti sukaneka darat, petang pula ada telematch dan saat yang paling dinanti-nantikan DINNER!! Pas abis dinner segala, balik semula ke Tanjung Malim.



Sebenarnya ada 1 cerita yang saya nak kongsikan kat sini, yang kat atas tu sekadar "pembuka kata" konon hehe. Ceritanye begini, petang tadi saya dengan 2 orang lagi kawan pergi outing, temankan kawan buat urusan kat bank, beres segala urusan so balik la kami ber3 tapi tak terus balik ke kolej kediaman tapi singgah kat kampus utama, then naik pula bas untuk balik ke kolej kediaman dan disini la kisah yang sangat menarik perhatian saya tu terjadi.



Naik ke dalam bas, kiteorang tunggu agak lama la bas tu berjalan daripada hanya ada 2 3 orang jer dalam bas menjadi penuh pula tapi masih gak bas tak gerak, kebetulan dalam bas tu ada beberapa orang pelajar antarabangsa(pelajar china), mungkin agaknya mereka berasa lapar jadi turun la 2 orang pelajar tu tok pergi beli goreng pisang[mesti korang curious nape pula saya leh tau mereka nak beli goreng pisang sebab saya tau dengar mandarin lor:D + lagi kebetulan sebelum 2 orang nie turun ada 2 orang lagi kawan mereka nie dah beli goreng pisang dan mungkin sebab goreng pisang yang dibeli tu tak cukup so turun la 2 orang nie huh!panjang lebar saya menerangkan nie^_^].



OK2...sambung balik cerita tadi, maka turun la 2 orang pelajar china nie dan kebetulan dah mereka 2 nie turun dari bas, pakcik bas pun naik la ke dalam bas dan nak gerak, ha nie part yang paling menarik.....bila tengok bas nie dah nak gerak kelihatan kawan2 kepada 2 orang pelajar china nie pun kelam kabut macam mana la bagitau pakcik bas tu(pakcik bas mana la faham bahasa mereka), dan yang menjadi penyelamat beberapa orang pelajar tempatan yang faham situasi yang sedang dialami oleh kawan2 pelajar china nie pun bagitau kat pakcik bas minta dia tunggu sekejap sebab ada 2 orang lagi pelajar yang belum naik, so pakcik bas pun tunggu la sampai mereka ber2 nie naik baru bas kami bergerak.




Mungkin bagi orang lain ia hanya sekadar situasi biasa yang berlaku tapi bagi saya ia satu peristiwa yang sangat menarik. Apa pun bangsa, agama, atau latarbelakang kita tetap boleh hidup dalam keadaan yang harmoni yang penting hati kita harus menerima orang lain seadanya dan menyayangi orang lain sebagaimana kita menyayangi diri dan ahli keluarga kita sendiri^_^
ok tu jer perkongsian tok hari nie, semoga hari yang korang lalui hari nie pun ada peristiwa yang terjadi dan memberi makna dalam hidup, mungkin bukan peristiwa gembira atau mungkin juga korang ada mengalami peristiwa yang ntah apa2 tapi apa2 pun setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan memberi pengalaman yang berharga untuk kita....have a nice day all=)