Pages

Thursday

PLZ PRAY FOR TSUNAMI VICTIM'S IN JAPAN

Apa anda semua buat hari ini?



Ermmm mesti ada yang ambil kesempatan pergi bersiar-siar dengan family pergi KLCC.



Makan-makan.




Mandi-mandi.




Kita hari ini bebas melakukan apa saja aktiviti yang kita mahu, tidak perlu risau akan tsunami sepertimana yang berlaku kepada Jepun. Maka kita semua harus berasa bersyukur dan walau apa saja rintangan yang berlaku tetapi kita tetap masih boleh lagi bebas ke mana-mana untuk menyelesaikan segala masalah yang melanda diri kita.

Mari kita sama-sama berdoa untuk mangsa tsunami (dan ditambah lagi dengan pencemaran radiasi) semoga mereka berada dalam keadaan selamat, ditabahkan hati mereka yang kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata, diberikan kekuatan Iman semoga mereka bersabar menghadapi dugaan ini. Kepada yang mampu dari segi material, semoga boleh bermurah hati untuk menderma kepada mangsa bencana alam di jepun ini kerana mereka sangat memerlukan makanan, bekalan air bersih dan juga ubatan.
Hari ini kita menolong orang mungkin esok lusa kita pula yang memerlukan pertolongan, jangan kedekut untuk berkongsi rezeki dengan saudara kita yang memerlukan, bukan kerana untuk mendapat pahala atau pujian semata-mata tetapi demi sebuah nilai kemanusiaan.

PLZ PRAY FOR TSUNAMI VICTIM IN JAPAN

Apa anda semua buat hari ini? Ermmm mesti ada yang ambil kesempatan

kerja saya

Hari jumaat yg lepas(11/3), saya ada relief class kat 2 Ibnu Khaldun. Mula2 bila cikgu yg buat jadual relief class minta saya masuk ke kelas nie, saya rasa berat betul hati nak terima , sebabnya saya baru plan nak siapkan laporan yang setinggi gunung Everest tu! Alih2 kena pula ganti cikgu yang MC:(.


Sebelum masuk kelas saya dah sediakan satu aktiviti untuk para pelajar. Tapi bila saya masuk kelas, tengok2 1/3 dari pelajar kat kelas tu takde, rupa2nya ada yang dah ponteng kelas sebab mentang2 tu waktu terakhir dan mode bercuti pun dh datang menyeru! Bila diberitahu kepada pelajar yang masih berbaki lebih kurang 25orang bahawa saya akan menjalankan satu aktiviti, mereka semua tak nak pula:( So terpaksalah saya biarkan mereka buat kerja masing-masing.


Sebelum tu ada beberapa orang pelajar telah tanya saya "cikgu ajar subjek apa?"
Saya pun minta mereka teka sendiri..."ermm cikgu ajar science? Ajar Moral? Ajar Matematik? Ajar BI?"
Then saya bagi mereka clue "cikgu ajar subjek yang membuatkan pelajar menjadi manusia".
Kemudian mereka jawab balik "oooo.....cikgu ni kaunselor".


Ya...kerja saya sememangnya untuk melahirkan seorang individu yang menjadi manusia berguna bukan kerana kecemerlangan akademik tetapi mantap dalaman dan jati dirinya.



ok, sambung balik cerita di kelas tadi. Bila diminta pelajar ni buat kerja sendiri, memanglah mereka akan buat kerja sendiri tetapi KERJA BERCAKAP KOSONG! Oh saya pun fikir tak boleh jadi macam ni. So saya pergi dari sekumpulan pelajar ke sekumpulan pelajar, mula2 saya tanya mereka buat apa, then bila tengok mereka berbual kosong, so pun minta mereka untuk membincangkan satu isu yang berkaitan pelajar, mereka bebas memilih isu sendiri. Syukur mereka menurut saja permintaan saya walaupun perlu dipujuk dengan cara yang lembut dan bukan memaksa k.


Tetapi ada juga kumpulan pelajar yang mahu melukis, so saya benarkan, saya tak paksa mereka buat benda yang mereka tak suka, asalkan mereka ada melakukan sesuatu dan bukannya berbual kosong saja. Then bila isu yang dibincangkan telah siap, saya pun pergi dari satu group ke group yang lain untuk bersama-sama membincangkan isu tersebut. Maka menerusi aktiviti spontan ini bukan saja saya dapat mengawal pelajar dari membuat bising dan melakukan kerja yang tidak berfaedah malah menerusi isu yang dibincangkan ini ia dapat memberi ilmu sampingan kepada para pelajar.

Jadi cikgu memang kena kreatif dan perlu pandai memujuk pelajar, selain harus berusaha untuk memahami kehendak pelajar.

Ermmm...tiba2 rasa rindu betul dengan students saya:(, ntah apa yang mereka buat time cuti ni, ade tak buat homework.


Ok, itu saje perkongsian dari saya tentang perjalanan praktikal saya yang berbaki 43 hari lagi, sesungguhnya saya sudah dapat menerima hakikat bahawa begini kerjaya sebagai seorang guru/kaunselor sekolah.


Semoga kita semua suka akan pekerjaan yang telah dipilih:)






Dulu pelajar sekarang bakal "pengajar" pula:)

Wednesday

beautiful words for beautiful heart....

LIFE IS TOO SHORT TO WAKE UP IN THE MORNING WITH REGRET,
SO LOVE THE PEOPLE WHO TREAT YOU RIGHT,
FORGET ABOUT THE ONES WHO DONT,
AND BELIEVE THAT EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON.




IF U GET A CHANCE TAKE IT,
IF IT CHANGES YOUR LIFE, LET IT.

Saturday

IT'S OK TO CRY



When all that's around you
Seems awkward with trouble
When people surround you
And make your work double
When all you can think of
Is why do they pry
When words seem to fail you
It's ok to sigh



When all that surrounds you
Is hopeless and sad
When some people harm you
They treat you so bad
When they leave you so lonely
And tell you a lie
When no thought seems to comfort
It's ok to cry









When tears sting the lonely
And your empty heart aches
When your question you ask
Is why my heart breaks
When friends reach a hand to you
Once more you ask why
When you sit there and wonder
It's ok to cry






When you ask yourself why again
Your heart full of fear
When all around hurts so
Just too much to bear
When you need help understanding
You know you must try
When nothing else helps you
IT'S OK TO CRY



Hari saya tak tau nape rasa down sangat, balik dari sekolah sampai jer kat umah, ambil towel, masuk bilik air then start crying huk3. Air mata mengalir laju jer tanpa dapat di tahan2.

Otw balik, saya ternampak student yang pernah buat sesi kaunseling dengan saya sedang berjalan sambil mengejar gf dia. Apa yang buat saya rasa kecewa, sebab student ni telah berbohong kepada saya mengatakan dia tidak mempunyai gf[sebab masalah student ni di kelas ialah dia sangat tidak menyukai pelajar perempuan sehingga menyebabkan dia tidak selesa semasa P&P, ini alasan student ini!]. Walhal dia mempunyai gf[sedangkan pada mulanya saya mengandaikan student ni anti-perempuan] dan mengapa dia boleh menggunakan alasan tidak menyukai pelajar perempuan sehingga menyebabkan dia tidak boleh fokus semasa P&P.


Tambah2 lagi masalah student ini sudah semakin teruk, kalau sebelum ni dia dirujuk ke unit kaunseling kerana masalah ingkar arahan guru tapi sekarang bertambah pula kesnya. Saya ada sedikit rasa bersalah, kemungkinan cara saya tidak berkesan untuk menyedarkan student ini. Berlembut dengan student kadang2 akan menimbulkan lagi masalah, maka saya rasakan sedikit garang adalah lebih baik, kalau terlampau garang pula takut student akan lebih menjauhkan diri dari cikgu.


Tugas guru memang tidak mudah tambah2 lagi tugas kaunselor sekolah, perlu berdepan student pelbagai ragam dan karenah. Kaunselor sekolah betul2 perlu belajar bersabar! Hari ni, belum sampai 14 minggu saya menjalani intensif kaunseling tapi saya dah bazirkan berapa banyak air mata kekecewaan seorang guru apabila melihat pelajarnya tersilap langkah tersalah membuat percaturan. Bertuahnya saya kerana ada adik dan kawan karib yang sentiasa menyokong dan memberi kata2 semangat ketika saya sudah berputus asa. They're my best counselor ever!


Semoga saya dapat menamatkan 14 minggu ini dengan jayanya, sangat tidak sabar menunggu tarikh keramat 20 Mei 2011!

Thursday

KAWAT

ESOK SAYA KENA AJAR BUDAK2 KAWAT! Alamak tidak pernah ku menyangka aku akan menjadi seorang KOMANDER dan terlibat dengan bendalah bernama KAWAT! Time zaman2 sekolah dulu manalah saya pernah nak ikut persatuan yang perlu berkawat ni, tapi esok, esok k, 18/2/2011 tercatat hari dalam sejarah YANG SAYA, IAITU ROSCA AKAN MENGAJAR KAWAT! Aduhai seramnye saya menghadapi hari esok huk3....berdoa la semoga saya tidak menyesatkan anak2 murid saya yer:(, saya sendiri sesat takpe, bab memang dah lama "sesat" pun kalau masuk bendalah yang bernama perbarisan/kawat ni huk3..



Hurmm...cikgu bukan saje kena mahir dalam subjek/opsyen yang perlu diajar tapi kena mahir gak, misalnya kena hebat setanding raja lawak dalam membuat lawak agar student seronok masa P&P, sebolehnya kena setanding vokal Datuk CT supaya anak murid leh terpikat dengan kelunakkan suara guru ketika memberi syarahan dalam kelas, lagi satu budak2 zaman sekarang dah pandai demand nak cikgu yang slim, comel, cantik dan pandai bergaya mengalahkan Era Fazira[ini fakta bukan outa k].



K la, sebenarnye ada banyak banyak banyak lagi benda saya nak share, terutamanya peristiwa yang mengelikan hati yang dibuat oleh pelajar.


k, nite everyone, GBU!

Tuesday

Begini rasanye menjadi seorang guru

MINGGU KEDUA

Hrmmm.....pejam celik pejam celik rupa2nya dah minggu kedua. Seminggu yang dah berlalu walaupun hanya ada 5 hari waktu persekolahan tapi saya rasakan seperti 5 tahun tempoh yang perlu dilalui. Berdepan dengan pelajar yang berada di menengah rendah lebih kurang jer rasanye berdepan dengan murid-murid sekolah rendah. Mereka masih lagi dengan perangai keanak-anakan, kejar sana berkejar ke sini, bising tak usah kira lagi.


Minggu pertama, dua hari saya kena relief class memang terasa agak gugup, memandangkan saya takde subjek khas untuk di ajar so saya adakan aktiviti dan juga sesi bimbingan, ajar mereka kemahiran belajar dan kemahiran mengawal stress....fuyoooooo punye la kena banyak bersabar melayan karenah para pelajar, kalau tak sabar, takut juga kalau ada student yang pakai spec kat belakang bkn lagi kat depan[bab dah kena penampor la!].


Bila pertama kali masuk kelas, memang terasa letih sangat otak, balik umah terus tertidur[letih beb letih!]. Tapi sempat lagi ngadu kat kawan, pasal perangai student zaman sekarang yang pelik2, kawan nasihatkan supaya jangan garang sangat dengan student, dan untuk student yang tak dengar kata sangat tue, biarkan saje mereka. Bila next day, saya kena relief class lagi, saya try tip yang kawan saya bagi tue, saya cuba relax kan diri and masuk kelas dengan penuh semangat dan akhirnya......HARI SAYA BERLALU DENGAN BAIK SEKALI!^_^.

Ok, setakat ini saja perkongsian tok hari ini. Esok kena g sekolah, so kena tidur awal;(