Pages

Wednesday

ARRRRRR!!!

3 hari sudah berlalu......dah tak sabar nak tunggu weekend bab nak relax kan otak yang terlampau-lampau kepenatannya ini!



Rupa2nya memang langsung tak sesenang yang di lihat dari luarannya pekerjaan seorang guru ini. Orang selalu mempertikaikan guru dapat banyak cuti, dan kenyataannya guru memang harus mendapat banyak cuti kalau tidak akan banyak la penghuni HOSPITAL BAHAGIA! Sebabnya pekerjaan guru ini memang sangat tertekan, bayangkan la kena berdepan dengan berpuluh, ratus dan ribu orang pelajar, dan kamu yang punye anak 2 3 orang di rumah pun sudah mengadu pening dan tertekan dengan perangai anak-anak yang tak sekepala or wat hal yang kite tak suka. Inikan pula seorang guru yang kena ngajar ANAK ORANG dan perlu mendidik anak-anak orang ni supaya jadi manusia yang berguna. Bila guru cubit sikit ha mula la ibubapa zaman sekarang ni naik turun mahkamah nak dakwa guru, tapi cuba la bayangkan diri kamu di tempat para guru ni, guru pun manusia biasa, yang kadang2 mungkin terlepas emosi sebab tertekan dengan tugas.



Hari ni bila saya relief class baru saya nampak situasi sebenar seorang guru[manusia ni bila dia sendiri dah merasai sesuatu pengalaman tu baru dia akan faham!]. Nak kawal 1 kelas, rasa2nya lebih rela lagi saya jaga kambing or lembu 100 ekor kot! Baru 3 hari berlalu tapi kepala otak saya dah terasa sakit menghadapi situasi di sekolah, nak merencana pelbagai aktiviti dan dalam proses menyesuaikan diri dengan para guru serta para pelajar. Diharapkan 14 minggu saya menjalani intensif kaunseling ni, saya akan belajar banyak perkara dan menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman daripada para guru terutamanya guru kaunseling sendiri

Monday

7 FEB 2011

TARIKH KERAMAT YANG AKAN SAYA INGAT SAMPAI BILA2.

Hari ni, 1st day memulakan tugas sebagai kaunselor pelatih di sebuah sekolah kat area Kuala Selanggor. Pegi sekolah seawal jam 7 dan sampai kat umah pun pukul 7 gak tapi PUKUL 7 PETANG K! Ya ampun betapa letihnya segala anggota badan terutamanya kaki[angkara kasut TERDURHAKA!!], sampai2 jer umah terus cari puding tok releaseKAN segala keTENSIONan yang agak melampau dengan perjalanan hari pertama ni.

Dan hari ni dalam sejarah saya ikut perhimpunan sekolah sebanyak 2 kali!, sudah la masih mengeletar lagi kepala lutut berdepan dengan student dan para guru huhu!! Dapat jer puding terus rasa ringan kepala dan kembali segar^_*. Lepas mamam and mandi segala, terus buka laptop tok buat kerja[fuyoooooo..saya pun heran tengok kerajinan saya ni hehe].

ok, that's all for today...nite everybody, sleep tight N may god bless u all..amen;)

Wednesday

RAPUNZEL

Saya ada 3 orang adik, 1 gurl N 2 boyz. Tapi hari nie saya nak cerita pasal the gurl, she's my truly best best fren in da world, saya N dia ada nickname khas untuk memanggil satu sama lain, dia panggil saya SINDARELA N saya pula panggil dia RAPUNZEL[sebab rambut dia panjang mengurai;)].

Dia adik + kawan + lawan +++++=everything la. Dia ada hati yang sangat suci bersih[aunty saya yang cakap macam tu], dia tak kisah berkorban demi orang lain [espc 4 familyz]. Antara saya dengan dia ada banyak perbezaan, dia lemah lembut tapi kuat fizikal dan mental, tak suka marah2, paling penyabar, aktif, ceria, suka giler dengar muzik[ni yg plg buat saya benggang sometimes dengan minah nie :P!] N bla bla bla dan kalau nak tau tentang saya pula, terbalikkan saja segala statement tu yer[pengakuan jujur nie hehe].





Saya belum pernah lagi bagi duit kat dia, tapi dia dh pernah bagi saya[sebab dia loaded ma:)]. Saya setiap kali balik cuti sem, memang selalu jak kebas barang dia, dah barang dia semuanya branded N cantik2 so ape lg kebas ler hehe...[dia tak kisah pun]. Kami berkongsi segalanya, dari hal hati ke hati sampai la kepada yang material[kecuali barang yang terlampau peribadi macam pakaian dalam N berus gigi K!].





Satu hal yang agak pelik yang selalu berlaku apabila kami berdua keluar bersama ialah orang selalu salah faham ingat kami berdua ni kembar N paling dahsyat lagi orang selalu ingat dia kakak saya[haha], muka dia nampak matured tapi badan dia kecil saja berbanding saya.


Hari ni bila saya buka MY DOCUMENT saya terjumpa 1 folder tertulis nama dia, so saya pun buka la N rupa2nya disitu dia menyimpan 1 puisi[oh lupa nak bagitau dia ni memang jiwang karat sikit].






Air sungai yang deras mengalir,
Memukul tebing yang membisu,
Tanpa mengira kesakitan yang dirasa,
Begitu jua mahluk di muka bumi ini,
Yang tidak memahami antara satu sama lain,
Yang ada dalam kotak fikiran hanya kesenangan diri sendiri.

Bulan pasti berpasangan dengan bintang,
Malam dengan temannya siang,
Bagaimana pula dengan matahari?
Yang setia berkongsi cahayanya dengan yang lain,
Kehidupan ini juga begitu,
Tidak pernah terlepas dari ikatan masalah,
Kesedihan sering menjengguk hidup ini,
Namun kesabaran setia menemani diri ini,
Ketabahan senantiasa mengerti jiwa ini.
Sampai kapan semua kekeliruan bisa menjauh dari jiwa ini?
Setiap detik,masa dan ketika,
Ku hanya mampu berserah kepada Pencipta ku,
Kerna ku tahu DIA lebih mengerti ku,
Walaupun ku kadang kala alpa dengan suruhan-NYA,
Apa daya ku memang mahluk yang lemah di alam ini,

Ada kalanya ku sendiri tidak mengenali siapa aku,
Sanubari ku penuh dengan persoalan,
Kekeliruan,kelembapan,kelemahan,kebodohan,
Bermaharajalela dalam kotak memori ku,
Ia bisa membuat ku hanyut dari dunia nyata,
Ia jua bisa membinasa jiwa dan perasaan ku,
Hingga diri ini berprasangka buruk pada-NYA,
Ku memang banyak diuji oleh-NYA,
Adakah Tuhan benar-benar menyayangi diri ku?

Nukilan,
Rapunzel






p/s : "Rapunzel I miss you, so I put this poem here k, Im sori coz copy N paste ur poem without permission from u."



will be back soon!!

Tuesday

hari2 last di Tanjung Malim

Minggu ni jadual saya agak padat, banyak benda kena dibereskan sebelum bercuti panjang[ermm panjang la sangat:P]. Kena uruskan thesis, lepas hantar untuk dijilid kena tunggu 3 hari baru siap, pas tu hantar pula kat penyelia maka baru la dikatakan mission complete tok tugasan thesis ni.
Ta...rangggggg siap sudah thesis saya=)
Ramai2 kami berkampung di luar bilik penyelia thesis, yang askar 2 orang tu pun ikut sekali hehe=)












Bersyukur sangat2 saya kawan2 banyak membantu, padahal sebelum ni kami tak la rapat sangat just sekadar bertegur sapa di kelas tapi oleh kerana semangat KETHESISIAN ni maka kami telah bersatu=). Mereka sangat banyak membantu saya, tak tau macam mana nak balas balik, hanya dapat mengucapkan terima kasih saja.







Terima kasih teman2, love u ol muahhhhhhh=)









Malam ni kawan hantar saya pergi LCCT, flite saya pagi esok jam 7.25pagi sampai kuching dalam kul 9pagi cam tu la kalau tak ada aral melintang. Doakan saya selamat sampai k=). Habis sudah episode kehidupan sebagai seorang pelajar di Tanjung Malim, next sem dah menjalani internship kaunseling dan kalau tak ada aral melintang dijadualkan akan berkonvo pada bulan JULAI 2011!!weeehooooooooo=)

Monday

miss lonely nobody

Hurmmm.....agak sedih juga la saya balik kali ni, dah la bff yang selalu sama balik dengan saya dah balik awal then kawan yang pada mulanya janji nak pegi LCCT tu pula buat hal last2 minute macam ni, nak pula jalan2 dulu kat KL, serious saya tak rela jalan2 sambil bawa beg yang berat, rela lagi saya pegi LCCT tu sorang diri!



Sedikit kecewa juga la dengan perangai kawan seorang ni, sebenarnya hari ni dan sehingga 14hb tu sepatutnya saya stay dengan dia sebab kolej kediaman kena dikosongkan so ingat nak menumpang kat umah sewa dia la, saya bagitau nak tumpang kat umah dia bukan secara last minute tapi siap bagitau 2 ker 3 minggu awal, dia bagitau ok jer tapi bila the day yang dijanjikan dia bagitau pula tak dapat nak suruh saya stay kat umah sewa dia dengan alasan dia pun menumpang umah sewa kawan, ok fine saya consider, sebab tak nak kecoh!



Ni pula timbul masalah nak pegi LCCT, dia nak pegi awal pagi bab nak jalan2 dulu kat KL, saya tak boleh paksa dia ikut kehendak saya, lagipun siapa la saya nak paksa2 dia kan, cuma saya agak kecewa la napa orang susah betul nak bantu saya sedangkan bila orang minta pertolongan dari saya, susah betul saya nak tolak pula[serius ni!].



Misalnya kes ni, ada seorang kawan bagitau dia belum beli tiket flite sebab takde bank card online tok tempah tiket, so saya bagitau saya ada, then saya offer juga supaya dia beli tiket flite yang sama hari N masa dengan saya, 1st dia cakap ok so saya rasa hepi la. Then bila dah saat2 nak beli tiket ni, dia tiba2 bagitau nak hari yang sama tapi masa yang berbeza dengan flite saya, ok fine saya diam jer and tanpa banyak songgeh beli seperti yang dia nak. Tapi Serious saya agak kecewa sepertinya dia trick saya dengan "mengumpan" bagitau nak sama flite dengan saya supaya saya nak tolong dia beli tiket!! Aiyooooo tak perlu la dia nak buat macam tu, saya tak paksa dia tapi cuma berharap saja dan tak perlu kot dia nak guna taktik kotor macam tu!



Sebenarnya agak leceh juga saya nak uruskan pembelian tiket secara online tu, sebabnya saya kena pegi mesin ATM tok dapatkan no TAC dulu baru boleh complete kan pembelian tu tapi saya tak kisah sebab memang niat nak bantu dia dan semata2 nak dapatkan no TAC tu saya terpaksa naik bus tok pergi ke mesin ATM berdekatan walaupun that day saya agak keletihan sebab uruskan hal thesis saya dan apa balasan yang saya dapat pada akhirnya???! Nilai la sendiri yer apa kesudahan yang kawan ni bagi kat saya.



Manusia ni memang pelik, ada otak ada hati ada perasaan tapi disalahgunakan dan tak dimanfaatkan dengan betul. Takpa la saya berserah pada Tuhan semoga berserta dengan saya selalu, mungkin ada hikmah disebaliknya. Jika orang balas kebaikan yang saya bagi dengan kepahitan tapi saya akan balas balik dengan kemanisan[mencontohi teladan mak dan ayah saya.]




p/s: Tuhan mahu saya belajar berdikari, so saya akan gunakan peluang ni sebaik mungkin, chayok2 Rosca!!=)

Sunday

BEARRRRRRRRRR!! Ngauuuummmmmm???!!

eh pernah dengar tak macam mana bunyi beruang?! hurmmm beruang pun mengaum jugak ker???!! CONfuSED cONfuSED!!!! oK lupa kan la persoalan di atas, tak kisah la macam mana bunyi beruang, mengaum ker mengiau ker mengSHHHHHH[bunyi ular la!]ker takpa2 yang penting bear memang comel, PATUNG BEAR K bukan la yang sebetul-betulnya natang beruang yang ada kat kutub utara[utara ker selatan ah???] tu.


kat sini saya ada 1 story nak share, ceritanye begini

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Bff saya--->sam the day dia nak balik dia bagi saya patung bear yang kecil N comel tok gantung kat handset. Cara dia bagi saya gift tu so sweetttt, dia tak bagi by hand tapi bila pulang jer saya dari hantar dia kat kereta dan masuk bilik, saya tengok ada sepucuk surat N patung bear yang comel ni kat atas katil saya. Saya rasa sangat terharu T_T.













Dan2 tu gak saya bagi text kat dia, saya BENCI dia bagi saya gift tu sebab..................................ia buat saya makin sedih T_T lol!! Dia reply balik, bagitau dia just mampu bagi saya bear kecik tu sebab tak mampu nak beli yang besar waaaaaa, lagi sedih dengar=(. Dia tau saya suka patung bear. Tapi time besday saya hari tu dia N seorang lg bff saya terlupa nak bagi bear kat saya tapi "terhadiah" benda lain pulak!









Nvrm Sam, I like N love it's sooooo muchhh=) Ta......da.....saya dah gantung pun patung tu kat handset saya. "Sam bear tu agak seksi la, skirt dia sedikit terdedah kat bahagian dada, so balik umah nanti saya nak buat baju tok dia=)"














TA.....RANGGGGG.....saya ada biskut teddy jugak tok di Nyummm Nyummm time boring dan tak ada teman2 tersayang disisi^_*, mengunyah biskut teddy sambil menonton AWAN DANIA weeehoooooo!!=)
















LOl....comel tak baju saya *ngeeee, teddy + purple = truly ROSCA!=)