3 hari sudah berlalu......dah tak sabar nak tunggu weekend bab nak relax kan otak yang terlampau-lampau kepenatannya ini!
Rupa2nya memang langsung tak sesenang yang di lihat dari luarannya pekerjaan seorang guru ini. Orang selalu mempertikaikan guru dapat banyak cuti, dan kenyataannya guru memang harus mendapat banyak cuti kalau tidak akan banyak la penghuni HOSPITAL BAHAGIA! Sebabnya pekerjaan guru ini memang sangat tertekan, bayangkan la kena berdepan dengan berpuluh, ratus dan ribu orang pelajar, dan kamu yang punye anak 2 3 orang di rumah pun sudah mengadu pening dan tertekan dengan perangai anak-anak yang tak sekepala or wat hal yang kite tak suka. Inikan pula seorang guru yang kena ngajar ANAK ORANG dan perlu mendidik anak-anak orang ni supaya jadi manusia yang berguna. Bila guru cubit sikit ha mula la ibubapa zaman sekarang ni naik turun mahkamah nak dakwa guru, tapi cuba la bayangkan diri kamu di tempat para guru ni, guru pun manusia biasa, yang kadang2 mungkin terlepas emosi sebab tertekan dengan tugas.
Hari ni bila saya relief class baru saya nampak situasi sebenar seorang guru[manusia ni bila dia sendiri dah merasai sesuatu pengalaman tu baru dia akan faham!]. Nak kawal 1 kelas, rasa2nya lebih rela lagi saya jaga kambing or lembu 100 ekor kot! Baru 3 hari berlalu tapi kepala otak saya dah terasa sakit menghadapi situasi di sekolah, nak merencana pelbagai aktiviti dan dalam proses menyesuaikan diri dengan para guru serta para pelajar. Diharapkan 14 minggu saya menjalani intensif kaunseling ni, saya akan belajar banyak perkara dan menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman daripada para guru terutamanya guru kaunseling sendiri
No comments:
Post a Comment