sedih sangat, sampai tak tahu nak cakap apa.
"Life is short and sweet, so make others happy and never let anyone down" - RoscaSteven
Tuesday
hate to say good-byes
sedih sangat, sampai tak tahu nak cakap apa.
Monday
mode: membersihkan rumah
Sunday
asyik2 kena perbaiki
Saturday
birthday update 23/11
Rambut kusut masai, mana taknya time tu tengah syok2 tidur then datang 4 orang ninjaGurl masuk bilik nak bagi suprise, tak nyempat2 nak bersikat rambut:P~~

Thanks teman2, sangat terharu dengan gift yang korang bagi=). Korang memang tahu la saya suka purple dan sangat suka dengan frame N gambar yang miz superhero bagi tu, akan saya bawa bersama time praktikum nanti sebagai pengubat rindu kepada korang semua=).
nyummm nyummmm.....ketara sangat muka baru bangun tidur:P~~
Miz no perasaan and ME <3>
Tarak cake, pizza pun jadi la^_^, thanks sufi kerana bersusah payah mengIMPORT pizza tu dari tempat jauh=).
BirthdayGurl wif 5 NinjaGurl^_*. Thanks semua yang telah bersusah payah celebrate birthday saya, kenangan bersama yang akan saya simpan selamanya=)
Last Pica, heart ya'll muahhhhhhhh^_^.
Friday
dedikasi buat teman-teman
ok disini saya ingin memperkenalkan watak-watak pelakon cerita "TEMAN-TEMAN & SAYA"
Ni pula Miz superhero, kiranye dia ni orang kuat geng kami la. Dia akan bertindak macam abang kami, akan selesaikan perkara yang adik-adik perempuan dia nie tak reti nak buat. Rasa selamat bila keluar berjalan dengan dia^_^, thanks ct kerana memberi saya 1 pengalaman bila ada abang walapun sebenarnya kamu perempuan, sebab tu saya suka berkepit dengan kamu bila kita keluar hehe. Jangan tak tahu, dia juga mempunyai senyum yang killer di tambah lagi dengan tahi lalat pemanis selalu jadi perhatian orang[aduh bila orang lelaki tertarik kat dia baru saya perasaan ct bukan abang, alamak tak akan la "abang" saya nie gay pula hak3]. Ct, i lurve u n gonna miz u too, huk3, muahhhhhhhhhhhh=)
ermmm nie kamu rasa siapa erk?? Ni la Miz spoil kiteorang, suka merajuk, dan sensitif. Tapi dia sangat sayang kawa-kawan dia, itu yang paling saya pasti tentang dia. Suka jugak buat lawak bodoh, then akan kena sound dengan Miz superhero sebab buat lawak bodoh hak3. Paling menyampah tentang dia nie bila nak pergi mana-mana mesti nak berteman, nasib la nak pergi tandas tak minta ditemankan:P~~ Sekali lagi saya nak bagitauuuuuu, saya sangat sayang kawan-kawan saya=(, saya akan merindui kamu semua, tolong la semoga kamu semua jugak akan merindui dan mengingati saya selalu, ok=).
Kenangan di antara kita :
Nukilan khas buat teman tercinta:
Pada suatu hari,
Saya pergi satu tempat,
Tempat itu tidak pernah saya pergi,
Mula-mula saya takut sangat.
Tapi moleknya saya bertemu 1 teman lama,
Hati saya kembali berbunga,
Maka kami berdua pun sama2 mengembara,
Dengan semangat penuh membara.
Dibawa bersama hati yang lara,
Bertemankan air pada awal cerita,
Tapi kemudiannya bertemu dengan 4 orang dara,
Air mata bertukar menjadi ceria.
Awal perkenalan kami malu-malu,
Tapi bila lama-lama kami sungguh tidak tahu malu,
Hari begitu pantas berlalu,
Maka tiba waktu hujung minggu.
Kami berenam pun pergi la ke pasar malam,
Tengok orang ramai berbalam-balam,
Tapi kami anggap itu lumrah alam,
Asal saja kami dapat makan malam.
Habis membeli kami pulang,
Tengok orang beratur panjang,
Bas pula tidak datang-datang,
Aduhai perut lapar bukan kepalang.
Tidak lama bas pun datang,
Mungkin kerana semua dah penat,
Maka bas pun kami serang,
Masing-masing dah tak beringat.
Maka berlaku 1 peristiwa dahsyat,
Di mana dua kawan saya hampir ditamatkan riwayat,
Apabila masing-masing nak tunjuk hebat,
Nasib la ada lagi talian hayat.
Itu peristiwa 3 tahun yang dah berlalu,
Kini tiba masa kami semua dah nak berpisah,
Semoga kenangan ini akan dikenang selalu,
Sebagai satu memori indah.
p/s: nukilan ni tak ada dalam mana2 kategori kesusasteraan melayu, nak kata pantun pun bukan, nak kata puisi pun tidak, syair apatah lagi, nukilan ini adalah sekadar picisan tok hiburan teman saya=).
Thursday
kisah rumah sewa dan saya
Wednesday
abis sudah exam!
semoga saya boleh siapkan "kek" nie secepat dan "sesedap" yang dapat!





