Pages

Saturday

birthday update 23/11

Birthday kali(23/11) ni sempat saya celebrate dengan teman2, 1st time dan last time sambut besday bersama housemate merangkap teman baik, sebab sebelum2 ni tarikh besday jatuh bila dah naik semester break so tak dapat nak celebrate bersama teman. Thanks guys, you all so cool=)


Rambut kusut masai, mana taknya time tu tengah syok2 tidur then datang 4 orang ninjaGurl masuk bilik nak bagi suprise, tak nyempat2 nak bersikat rambut:P~~




Thanks teman2, sangat terharu dengan gift yang korang bagi=). Korang memang tahu la saya suka purple dan sangat suka dengan frame N gambar yang miz superhero bagi tu, akan saya bawa bersama time praktikum nanti sebagai pengubat rindu kepada korang semua=).



nyummm nyummmm.....ketara sangat muka baru bangun tidur:P~~




Miz no perasaan and ME <3>



Tarak cake, pizza pun jadi la^_^, thanks sufi kerana bersusah payah mengIMPORT pizza tu dari tempat jauh=).

BirthdayGurl wif 5 NinjaGurl^_*. Thanks semua yang telah bersusah payah celebrate birthday saya, kenangan bersama yang akan saya simpan selamanya=)

Last Pica, heart ya'll muahhhhhhhh^_^.

Friday

dedikasi buat teman-teman

Ada sesiapa kat sini yang tak ada insan yang bergelar kawan, friend, peng you(mandarin), tomodachi(japanese), chin-gu(korean) dan bla bla bla[tidak kisah la nak panggil apa janji orang tu adalah orang yang boleh bersama kamu bila bergelak dan menangis]??? Saya pasti semuanya mesti ada kawan, oh ya kalau berkawan dengan binatang macam kucing, anjing, arnab dan ikan tu kamu rasa itu boleh dianggap kawan ker??[ermm confius^-^].



Entri ini, saya khaskan untuk bercerita tentang teman-teman karib yang bersama-sama dengan saya mengharungi pahit manis belajar di zaman uni. Bersama teman2 ini kami mencipta segala kenangan manis, lucu, geram dan segalanya. Jatuh bangunnya saya di sini semuanya bersama teman2 ku ini, mereka pernah menyaksikan saya menangis bila saya kehilangan orang tersayang, mereka juga bersama dengan saya mencipta peristiwa lucu dan bodoh dan mereka juga mengajar saya banyak perkara yang tak pernah saya lakukan sebelum ini.



ok disini saya ingin memperkenalkan watak-watak pelakon cerita "TEMAN-TEMAN & SAYA"



Ha kalau semua nak tau ini la Miz pot pet kami. Nickname dia kat rumah ialah makcik dan mummy. Dia adalah yang paling tua sekali di antara kami berempat. Tapi perangai dia tak berapa nak tua sangat, kalah budak tadika:P. Dia teman paling rapat sekali dengan saya. Bilik dia selalu jadi sasaran saya tok melepak. Saya selalu meluahkan perasaan kat dia, tapi yang tak syoknya dia asyik busy berchat sampai kadang2 tak peka apa yang saya cakap=(. Tapi dia memang kawan yang baik, selalu sponsar kiteorang sate[sebab dia memang addict sate:P~~], paling rajin mengemas rumah tapi satu perkara tak best tentang dia, dia suka membebel hak3[mummy jangan marah, nanti cepat tua hehe]. Mummy, saranghe, love you, muahhhhhhhhh^_^


Ni pula Miz no perasaan, hak3. Dia kawan yang paling lama geng dengan saya, kami berdua kenal sejak form 4 then datang bersama ke sini, sama course pula tu, dahsyat lagi sama kelas, sama rumah dan sama bilik!, jodoh kuat antara kami=). Dia kawan yang paling cool, tak mudah melenting, kamu marah dia pun dia tak kisah. Dulu dia innocent tapi sekarang otak dia dah tak berapa clean lagi, mungkin kerana dah makin dewasa kot:P~~[kononnya la hehe]. Makcik i love you too and gonna miss you, muahhhh=).



Ni pula Miz superhero, kiranye dia ni orang kuat geng kami la. Dia akan bertindak macam abang kami, akan selesaikan perkara yang adik-adik perempuan dia nie tak reti nak buat. Rasa selamat bila keluar berjalan dengan dia^_^, thanks ct kerana memberi saya 1 pengalaman bila ada abang walapun sebenarnya kamu perempuan, sebab tu saya suka berkepit dengan kamu bila kita keluar hehe. Jangan tak tahu, dia juga mempunyai senyum yang killer di tambah lagi dengan tahi lalat pemanis selalu jadi perhatian orang[aduh bila orang lelaki tertarik kat dia baru saya perasaan ct bukan abang, alamak tak akan la "abang" saya nie gay pula hak3]. Ct, i lurve u n gonna miz u too, huk3, muahhhhhhhhhhhh=)





ermmm nie kamu rasa siapa erk?? Ni la Miz spoil kiteorang, suka merajuk, dan sensitif. Tapi dia sangat sayang kawa-kawan dia, itu yang paling saya pasti tentang dia. Suka jugak buat lawak bodoh, then akan kena sound dengan Miz superhero sebab buat lawak bodoh hak3. Paling menyampah tentang dia nie bila nak pergi mana-mana mesti nak berteman, nasib la nak pergi tandas tak minta ditemankan:P~~ Sekali lagi saya nak bagitauuuuuu, saya sangat sayang kawan-kawan saya=(, saya akan merindui kamu semua, tolong la semoga kamu semua jugak akan merindui dan mengingati saya selalu, ok=).

Kenangan di antara kita :

Nukilan khas buat teman tercinta:

Pada suatu hari,
Saya pergi satu tempat,
Tempat itu tidak pernah saya pergi,
Mula-mula saya takut sangat.

Tapi moleknya saya bertemu 1 teman lama,
Hati saya kembali berbunga,
Maka kami berdua pun sama2 mengembara,
Dengan semangat penuh membara.

Dibawa bersama hati yang lara,
Bertemankan air pada awal cerita,
Tapi kemudiannya bertemu dengan 4 orang dara,
Air mata bertukar menjadi ceria.

Awal perkenalan kami malu-malu,
Tapi bila lama-lama kami sungguh tidak tahu malu,
Hari begitu pantas berlalu,
Maka tiba waktu hujung minggu.

Kami berenam pun pergi la ke pasar malam,
Tengok orang ramai berbalam-balam,
Tapi kami anggap itu lumrah alam,
Asal saja kami dapat makan malam.

Habis membeli kami pulang,
Tengok orang beratur panjang,
Bas pula tidak datang-datang,
Aduhai perut lapar bukan kepalang.

Tidak lama bas pun datang,
Mungkin kerana semua dah penat,
Maka bas pun kami serang,
Masing-masing dah tak beringat.

Maka berlaku 1 peristiwa dahsyat,
Di mana dua kawan saya hampir ditamatkan riwayat,
Apabila masing-masing nak tunjuk hebat,
Nasib la ada lagi talian hayat.

Itu peristiwa 3 tahun yang dah berlalu,
Kini tiba masa kami semua dah nak berpisah,
Semoga kenangan ini akan dikenang selalu,
Sebagai satu memori indah.

p/s: nukilan ni tak ada dalam mana2 kategori kesusasteraan melayu, nak kata pantun pun bukan, nak kata puisi pun tidak, syair apatah lagi, nukilan ini adalah sekadar picisan tok hiburan teman saya=).

Thursday

kisah rumah sewa dan saya

Dalam seumur hidup saya sepanjang dah 23 tahun hidup di dunia yang fana ni(pakai ayat NOVEL jap) tak pernah lagi merasai hidup menyewa tapi semalam sehari-harian saya dan geng2 pergi ronda seluruh kampung dan taman tok cari rumah yang bersewa, aduhai punya la "menyampahkan" nak cari rumah tok disewa. Bila kita cari rumah sewa, rumah tok dijual jer yang banyak tapi time nak cari rumah tok dijual rumah sewa jer pula yang banyak!, hurmm memang hukum dunia ker macam tu??


Semalam 3 buah sekolah saya pergi dan 3 buah tempat saya pusing tok cari rumah sewa mana tak bila sampai rumah terus "pengsan zzzzzzzzzzzzzzz", dan kawan bagitau semalam saya tidur berdengkur *ngeeee, tu menandakan saya mengalami "penyakit" keletihan tahap gaban lol! Entah macam mana la nanti bila dah duduk rumah sewa, haiisshh banyak benda kena difikirkan ni, fikir macam mana la nak cari duit time cuti ni tok support bayar sewa rumah, tambah lagi sem depan nak tukar lappy baru, cadang nak beli camera juga dan paling penting ialah duit perbelanjaan sepanjang 4 bulan praktikum mesti dan pasti akan guna duit banyak ni tok support program dan aktiviti yang dibuat nanti=(. Duit mengalir keluar macam air, tapi duit mengalir masuk satu sen pun tarak oooo.



ermmm...sem depan kalau tak ada "kayu balak" melintang kat depan mata, selamat la saya akan menyewa di apartment yang dekat dengan sekolah, so nampaknya sem depan saya akan berjalan kaki pergi dan balik sekolah....weeeehooooo boleh kurus la nampaknye ni*ngeeeee. Bukan senang nak sesuaikan diri kat tempat baru nanti dan nampak gayanya kena memulakan lagi sesi "salam perkenalan" tok semua orang sebagai langkah mencari kenalan dan kawan baru sebagai rakan sepejuangan sepanjang 4 bulan itu nanti.



Mak saya penah bagitau, hari 1st kite kat tempat baru memang semua tak akan kena punye, buat salah adalah perkara biasa, nama pun masih baru lagi. Ke mana pun saya pergi saya selalu "bawa" bersama kata2 mak saya ni, kiranya ia sebagai azimat penguat semangat la. Dulu 1st time datang UPSI pun gelisah memanjang jer bila kena pergi satu tempat yang jauh dari tempat asal, kena berpisah dengan family, berpisah dengan teman2 tapi the end ok juga, jumpa la teman2 yang 1 kepala dan kolej kediaman yang mendamaikan umpama tinggal di resort peranginan menghadap banjaran titiwangsa[so pilih la UPSI sebagai tempat pengajian anda yer, kerana sememangnya persekitaran UPSI sangat kondusif, hmmm promote jap UPSI tercinta nie^_^]



Takpa saya akan cuba bertahan selama 4 bulan berpraktikum, cuba buat sehabis baik, aplikasikan segala ilmu yang dituntut selama 3 tahun setengah di UPSI dan bawa bersama kenangan terindah bersama teman2 baik di sini. Tiada yang mustahil melainkan kita sendiri yang mengatakan sesuatu itu adalah mustahil.



Selamat bercuti dan berpraktikum teman2. Jumpa lagi time nak konvo nanti^_^.

Wednesday

abis sudah exam!

weeehooooo lalalalala.....abis sudah paper hari ni=) hilang satu beban so tinggal lagi 1 beban yang kena dibereskan iaitu kena siapkan "KEK THESIS" pula.


semoga saya boleh siapkan "kek" nie secepat dan "sesedap" yang dapat!

Monday

psikologi bilazim

paranoid dyssomnias

schizoid parasomnias

schizotypal The Durham Rule


American Law Institute Rule The M'Nagthen Rule







Esok last paper tok sem ni dan exam terakhir juga selama menuntut 3 thn setengah kat sini, sem depan dah pergi memPRATIKUMkan diri.



Last paper esok ialah------>psikologi bilazim, yang semuanya tentang tingkah laku abnormal, so perkataan2 di atas adalah antara istilah yang akan dilontarkan oleh "PIHAK MUSUH" dan saya akan bersedia dengan "M-16 & SEGALA PELURU OR BOMB".

Abis paper esok hilangla 1 beban, dan kemudian seluruh tenaga akan dicurahkan pula kepada thesis. Kena siapkan "KEK THESIS" nie cepat2 sebelum 14hb, kerana 15hb saya akan "MENCABUTKAN" diri tok terbang ke negera asal weeeehooooo lalalalalaaaa...sua sue kemoning*mode retro & lagu P.Ramle^_*.


ok, stop sini dl, sekarang dh pukul 12.02am[malam], esok kena bgn awl sebab examnya waktu pagi dong=) nitezzzzzzzzzzzz

Saturday

Trip over love, you can get up. Fall in love and you fall forever.


[COCO ROCHA & JAMES CONRAN WEDDING]



To have and to hold from this day forward, for better or worse, for richer for poorer, in sickness and in health, to love and to cherish to death do us part-Prayer.


To keep your marriage brimming, With love in the wedding cup, Whenever you're wrong, admit it; Whenever you're right, shut up.- Ogden Nash


Marriage is ever made by destiny.- George Chapman


Two souls with but a single thought,Two heart that beat as one.- Franz Joseph von Munch-Bellinghausen

Friday

thesis!!!



Kerana thesis saya tak tenteram nak ambik exam, kerana thesis tidur malam dalam mimpi pun teringat pasal thesis, kerana thesis duit pun dah kopek asyik2 pergi print dan bagi peluang tok penyelia mencurahkan dakwat merahnya ke draf thesis umpama mencurahkan "coklat ke ladang gandum"!






Tension ar asyik2 penyelia cakap itu ini salah, tak ada langsung benda yang betul. Saya pun dah tak tau nak buat macam mana. Menambahkan tahap ketensionan bila kawan-kawan yang under penyelia lain semua dah boleh jilid!






Dan yang paling mengharu birukan bila saya kena balik 15hb berbanding dengan rakan-rakan lain yang boleh balik awal, maka tinggal la saya di sini di tempat yang buat saya rasa nak muntah sebab dah terlampau kebosanan menempuh hari2 yang mendatang dengan perasaan sebal dan tertekan dengan thesis terutamanya!