Pages

Saturday

"KAUNSELOR JUGA MANUSIA BIASA"





Kaunselor bukan malaikat, bukan juga orang yang mampu mengubah orang lain daripada individu yang jahat terus bertukar menjadi baik. Kaunselor juga manusia biasa seperti yang lain, cuma bezanya mereka punyai kemahiran tertentu serta mempraktikan teori dalam kehidupan mereka terutamanya apabila berhadapan dengan individu yang bergelar "KLIEN".




Kualiti manusia seperti sifat kepercayaan, sifat-sifat personal dan juga cara hidup banyak mempengaruhi cara seorang Kaunselor berfungsi sebagai individu yang profesional. Kottler(1993), telah menyatakan bahawa peranan kaunselor sebagai individu dan profesional saling melengkapi antara satu sama lain. Sebagai individu yang profesional, kaunselor punyai kelayakan dari segi ilmu dan kemahiran. Manakala pengalaman hidup sebagai individu biasa juga akan turut membantu kaunselor ketika mengendalikan sesi kaunseling.

Memandangkan Kaunselor juga adalah manusia biasa seperti yang lain, maka saya sendiri memberi peringatan kepada diri sendiri sebagai bakal kaunselor di masa hadapan agar berusaha untuk memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum cuba untuk memahami orang lain.
Antara beberapa kepercayaan yang tidak rasional yang boleh membawa pada stress kepada kaunselor ialah,
"Apabila klien tidak berubah....itu adalah salah aku"

"Kerjayaku adalah hidupku"

"Aku harus menjadi model kepada orang lain"
(maksudnya mahu menjadi orang sangat sempurna)

"Kehendak klien harus dipentingkan terlebih dahulu sebelum kehendakku"

"Aku merupakan orang yang penting dalam hidup klien"

"Aku yang bertanggungjawab atas segala tingkah laku klien"

"Aku mempunyai kuasa untuk kawal hidup klien"


Kepercayaan2 tidak rasional di atas ini sememangnya akan mendatangkan tekanan yang maha hebat kepada seseorang kaunselor. Sudah ditekankan bahawa kaunselor adalah manusia biasa, maka sudah tentunya sifat2 negatif tetap ada dalam diri kita. Maka apabila kita terlalu mencuba untuk menjadi terbaik itu bermakna kita sudah mejadi "PLASTIK", kita sudah tidak menjadi genuine lagi, kita umpama telah memakai baju yang tidak selesa dan sesuai dengan saiz kita. Jika kamu bersaiz XXXL tetapi memakai baju bersaiz XL, apa akan terjadi??Sendiri mahu fikirlah k^_^....

1 comment:

KASIH SYUHADA said...

semoga menjadi kauselor yg berjaya nnt...agak2 dah boring jadi kaunselor leh la kte jadi partner bt business bakery..hehe