"When you look at your life, the greatest happinesses are family happinesses". ~Joyce Brothers
Balik dari exam, badan letih sangat plus minda tenat setelah bertungkus lumu memikirkan strategi "peperangan" petang tadi, maka balik jer mata terasa berat, sebelum tidur sempat lagi bagi text kat mama. Tunggu punye tunggu mama tak reply text saya, maka saya pun zzzzzzzzzzz(n_n). Bangun jak dari tidur seterus kol mama, sebab check inbox mama tak reply juga msg sy, tetapi malangnya mama tak juga angkat kol saya(T_T)....sambung balik tidur, but then got kol from mama(im so hepi hehe).
Mama tanya pasal exam hari, saya jawab exam ok(walaupun hakikatnya paper major, jawab sebarang jak huhu). Mama cakap dia dah sembuh, dia minta jangan risau lagi(Thanks God:)). Saya cakap dengan mama, saya rindu dengan Abak(dad), mama cakap Abak sibuk dengan acara sukan ditempat saya. Then tanya pasal 2 orang budak tue(abg & aja), mama cakap Abg stdy, Aja pula dah keluar pegi rumah kawan, namun apa yang menariknya mama cakap dia dah matang sekarang(ermm long story nak cerita nie)........
Aja is my 2nd younger brother, now he is 18 year old. Dia adalah orang yang bertanggungjawab menyebabkan saya "terjebak" dalam bidang kaunseling. WHY?? Kerana dia saya teringin menyelami perasaan serta apa yang difikirkan oleh remaja yang mempunyai masalah displin di sekolah. Saya tak pasti samaada saya kakak yang bertanggungjawab atau tidak namun sAYA betul2 berusaha untuk membantu dia keluar dari permasalahan displin, sampai satu tahap saya hampir bertumbuk dengan dia di sekolah kerana dia cuba escape kelas(bila diingat balik memang agak lawak n memalukan la hehe). Saya juga selalu duduk berbincang dengan dia untuk bertanyakan masalahnya(even time tue saya belum lagi belajar kaunseling tapi sedikit sebanyak saya telah menggunakan cara kaunseling tanpa saya sedari).
Adik saya nie seorang yang agak pendiam, dia marah ker, sedih ker semua dia tak tunjukkan, malah bila mama dan Abak saya membebel atau memarahi dia hanya berdiam diri jak(dalam hal nie saya sangat bersyukur adik saya nie bukan seorang budak yang agresif seperti mana budak2 bermasalah yang lain). Masa mula2 mama tau dia punyai masalah displin di sekolah memang mama mengamuk sangat, sampai kami berempat beradik berdiam jak & sama2 menangis(sejak dari kecil lagi apabila salah seorang dari kami berempat buat salah, semua akan kena marah, kerana mama cakap, kalau yang lain ada menegur apabila buat silap pasti hal tue tak akan berlaku, maka apabila seorang buat silap maka semua kena bertanggungjawab juga).
Time tue dia f.2, kes displin pertama yang dia lakukan, ialah ponteng kelas selama 3 kali sehingga sampai surat warning, sebab marah sangat mama pukul dia dengan rotan sampai berdarah kat belakang(time tue saya menangis sapu belakang dia dengan minyak angin sebab kesian tengok salah seorang daripada kami berempat cedera huhu). Sejak hari tue saya lihat adik saya nie makin teruk perangai dia, walaupun mama dan Abak telah menggunakan kekerasan. Mama dan Abak telah beberapa kali pegi menghadap guru displin kerana masalah adik saya nie(tapi syukur sangat mama dan abak tak pernah berputus asa seperti ibubapa yang lain yang membiarkan jak anak-anak terlibat dengan masalah displin).
Semasa dia berada di f.3, dia still lagi terlibat dengan masalah displin malah makin hebat lagi, time nie mama telah menggunakan pendekatan yang lemah lembut dan memujuk bukan lagi secara kekerasan, saya sangat mengagumi mama saya dalam satu hal yang mana dia sentiasa berdoa kepada Tuhan semoga suatu hari nanti adik saya akan berubah, setiap hari mama saya akan bersembiang Rosary(lebih kurang macam org islam yang berzikir) berdoa semoga hati adik saya boleh berubah. Result PMR adik saya memang sangat teruk, sebab dia memang tak belajar langsung, tapi mama tak marahi dia walaupun dalam hati mama sangat kecewa(saya tahu mama sangat pedih menerima kenyataan nie, sebab adik saya kalau belajar memang dia akan mendapat keputusan yang cemerlang)
Dipendekkan cerita, bila berada di f.5 perangai dia still sama, tapi mama still juga tidak pernah berputus asa dengan dia(walaupun pada ketika itu kami bertiga yang lain telah meminggirkan dia kerana berasa sangat meluat dengan perangai dia yang selalu menyusahkan mama dan abak saya). Time nie agak sedih sedikit kerana hubungan kami berempat telah renggang, dia lebih suka buat hal sendiri dan melepak dengan kawan2nya(memang sedih sangat, sebab kami berempat is very close wif each other, time kecil2 kami berempat tak berkawan dengan sapa2, juz kawan sesama sendiri jak....ermmm suddenly miss those moment plak huhu).
Tapi bila dia dah habis f.5, perangai dia mula berubah, memang selalu dia keluar malam tapi still lagi dia ada menampakkan diri di rumah, malah dah mula nak berkumpul balik dengan kami bertiga, boleh borak sama2(tapi agak benci bila geng2 dia datang rumah ajak dia keluar huh!!). Satu perkara yang sangat membuatkan saya terharu sangat2, time baru abis SPM, dia buat keja part time, time nie saya dah ada kat UPSI, 1 day saya text mama bagitau yang saya perlukan duit, dia dengan rela hatinya suruh mama bank in kan saya duit gaji part time dia tue(tak tergambar perasaan terharu saya pada masa ini huhu). Sekarang mama cakap dia dah makin matang, jarang keluar malam, thanks GoD sebab mendengar permintaan mama serta seluruh ahli keluarga yang mengharapkan Aja akan berubah...... BERSAMBUNG......(n_n)
No comments:
Post a Comment