"BELAJAR UNTUK LULUS PEPERIKSAAN"
ATAU
"BELAJAR UNTUK MENDAPATKAN ILMU PENGETAHUAN"
?????????
Selalu juga saya bertanya pada diri sendiri, kenapa bila menjelang minggu peperiksaan baru saya akan bertungkus lumus membuat nota, membaca buku(dan yang sebenarnya menghafal itu yang sebetulnya). Apakah makna semua ini? Mengapa tidak saya belajar bukan kerana hanya untuk peperiksaan? Motif saya belajar apa sebenarnya? Ini merupakan beberapa soalan yang sering saya tanyakan pada diri sendiri, lebih-lebih lagi apabila saya terperasaan yang saya sedang menghafal fakta atau teori.
Kebetulan petang tadi kawan-kawan telah mengajak saya menonton filem "3 Idiots" yang Aamir Khan sebagai heronya. Melalui cerita ini banyak hal yang saya pelajari terutamanya menerusi dialog-dialog yang diungkapkan oleh Aamir Khan ataupun jika di dalam filem ini dia dikenali sebagai Rancho. Rasanya lebih baik saya letakkan sinopsis filem ini dekat sinilah^_^...
[Here's a story of three friends studying in an engineering college Rancho (Aamir Khan), Farhan (R Madhavan) and Raju (Sharman Joshi). Rancho is the rebel among them always questioning things and believing that learning is more than just the usual mode of education. He encourages his friends to look beyond the ordinary and soon earns the wrath of the college director Viru Sahasrabuddhe (Boman Irani).Despite his fun and frolic, Rancho always surprises everyone by topping the class. He even manages to win the affections of the director's daughter Pia (Kareena Kapoor). But Rancho's greatest contribution lies is making his friends realise their true calling. The twist comes when on Graduation Day. After being awarded the Student Of The Year title, Rancho mysteriously disappears into oblivion. Years later, Farhan and Raju, finding a common thread, embark on a journey to find their friend. 3 Idiots is a story of friendship, hope, aspirations and most importantly, the goodness of life.]
Pelakon-pelakon dalam "3 Idiots"
Watak Utama - Rancho @ Aamir Khan
"The 3 Idiots"
Watak Rancho(Aamir Khan) telah mengajar saya satu hal yang sangat berguna pada hari ini, iaitu "kita belajar bukan semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan mendapatkan pekerjaan yang baik TETAPI belajar adalah untuk kita mendapatkan ilmu yang berguna". Kalau tak silap saya, Rancho ada mengatakan bahawa jika kita belajar semata-mata untuk mengejar sesuatu maka kita akan mendapat tekanan, sedangkan proses pembelajaran sebenarnya adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan tetapi dengan syarat apa yang kamu pelajari itu memang BENDA @ SESUATU yang kamu memang hendak pelajari.
Jalan cerita filem ini memang sangat menarik pada pendapat saya, dengan penceritaan yang santai, menghiburkan dan sarat dengan pengajaran yang boleh dijadikan panduan oleh kita sebagai seorang pelajar dan juga pendidik pada suatu masa nanti.
"Kejayaan akan menyusul apabila kita telah mempelajari sesuatu ilmu atau perkara yang memang kita lakukan dengan hati yang ikhlas serta sepenuh jiwa". Jika kita dapat dean list sekalipun jika ilmu itu tidak dapat kita praktikan apalah gunanya, ia umpama kamu mempunyai lesen kereta tetapi tidak tahu bagaimana untuk memandu. Bukan hendak mengata tetapi cuma hendak menyuarakan, saya melihat banyak kawan-kawan yang cemerlang dari segi keputusan akademiknya tetapi jika membuat pembentangan di kelas hanya biasa-biasa sahaja(kadang-kadang langsung tidak pandai membentang pun ada).
Bila puas sudah saya bertanyakan beberapa soalan kepada diri sendiri, saya berasakan bahawa cara saya menilai tentang konteks "belajar" itu terlalu besar silapnya. Selama ini saya berasakan bahawa kita belajar dengan tujuan apabila sudah habis belajar nanti boleh mendapat pekerjaan yang bagus, tetapi kini sedikit sebanyak saya berasakan konteks "belajar" yang saya pegang selamanya sedikit kurang tepat. Kita belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, yang mana proses mendapatkan ilmu pengetahuan itu umpama kita belajar membuat roti, walaupun jika satu hari roti tidak terjual dipasaran tetapi tetap juga kamu masih dapat makan roti kerana kamu tahu cara membuatnya, KERANA KAMU BUKAN HANYA TAHU MAKAN SAHAJA!
Saya boleh umpamakan ilmu pengetahuan adalah seperti itulah, maafkan saya jika ia bertentangan dengan yang lain.
ILMU PENGETAHUAN ADALAH LEBIH DARIPADA NILAI "A+" atau pointer "4.00".
BELAJAR UNTUK MEMAHAMI, MENGHAYATI, DAN MEMPRAKTIKAN TETAPI BUKAN UNTUK MENGINGATI SAHAJA!
No comments:
Post a Comment