Pages

Thursday


N.O T.I.T.L.E


Apakah perkara yang boleh membuatkan kamu berasa sangat seronok, boleh menghilangkan tekanan malah mampu membuatkan kamu lupa seketika tentang masalah2 dalam hidup kamu? Setiap orang pasti punyai cara tersendiri untuk menghiburkan hati yang runsing dengan masalah2 yang dialami dalam hidup, saya sangat pasti tentang itu. Saya sendiri juga mempunyai beberapa "senjata rahsia" untuk berdepan dengan masalah2, yang mungkin agak pelik bagi orang lain tetapi sangat mujarab bagi diri saya. Adakala ada masalah yang kita tidak mampu dan tidak mahu diluahkan kepada sesiapa pun, tapi masalah itru sangat menganggu tetapi tidak tahu bagaimana mahu diterangkan kepada orang lain(lagi pula susah untuk meluahkan bebanan yang ditanggung kepada orang lain yang belum tentu dapat memahami keadaan yang kita alami.)



Saya sangat suka ketenangan, jadi apabila saya berhadapan dengan sesuatu masalah yang sangat menyesakkan otak, saya sangat memerlukan satu tempat yang damai, jauh daripada keadaan yang bising dan yang paling penting tempat tersebut berhadapan dengan bukit ataupun gunung, pada waktu tersebut apabila nampak jer gunung atau bukit, saya berasakan seperti seorang manusia yang sangat bertuah dan bebas daripada segala bebanan. Merenung gunung umpama memuntahkan segala masalah saya ke dalam hutan tebal maka apabila telah dibuang ke situ ia seperti dirasakan telah sesat tidak mampu untuk pulang lagi mencari saya, maka masalah saya akan selesai dan saya akan berasa sedikit ketenangan.



Langit di waktu malam yang cerah yang penuh dengan bintang berkerlipan di tambah cahaya bulan yang terang berang adalah "pentas dunia" yang sangat saya dambakan sekali! Apabila merenung ke langit malam yang mendamaikan ini, saya berasakan umpama saya telah memijak lantai syurga. Alangkah bagusnya, di setiap malam kalau saya dapat tidur berbumbungkan langit yang penuh dengan bintang dan bertemankan cahaya bulan, maka sayalah manusia yang paling gembira di muka bumi ini! Terima kasih Tuhan, kerana meminjamkan saya bintang dan bulan yang mampu membuatkan saya tersenyum ketika saya berasa tiada ruang atau orang yang mampu saya pandang untuk saya dapatkan kekuatan ketika lemah berhadapan seribu satu masalah.




Asal ada pensil dan kertas di sisi ia juga adalah teman yang paling setia untuk mendengar luahan rasa hati. Kadang2 timbul keraguan untuk meluahkan masalah kepada orang lain, kerana orang lain juga punyai masalah. Selain, agak menyampah la juga untuk bersuara ketika hati sesak sedang sesak dengan masalah, kita perlukan ruang untuk bersendirian dan dalam masa yang sama mahu memuntahkan segala macam perkara yang membelenggu fikiran, maka ambil la kertas dan pensil/pen, tulis saja segala macam yang kamu ingin nyatakan, kita tidak perlu hipokrit, tidak perlu ragu2 untuk meluah, tidak perlu risau orang akan jaja masalah kita kepada orang lain. Habis diluahkan di atas kertas, baca sekali lagi dan terus buang, maka ia umpama menghapuskan masalah yang ada dengan cara yang cukup selamat!

No comments: