Pages

Sunday

Bila Saya Mahu Tidur, Saya Akan..............

Apa perkara yang kamu akan lakukan sebelum tidur? Mesti berangan2 kan...kan...^_^, bagus apa berangan2, sebab secara tak sedar ia akan membantu kamu untuk melelapkan mata lebih cepat(sambung angan2 tue dalam mimpi la pulak^_^).
Saya sebelum tidur, semestinya akan bersembiang tidur, berdoa kepada Tuhan semoga mendapat tidur yang nyenyak dan dijauhkan dari mimpi yang mengerikan(sebab saya sangat takut hantu hatta dalam mimpi pun saya tak ingin nak jumpa hantu huhu). Kemudiannya bertanya kepada diri sendiri apa kebaikkan yang telah saya lakukan pada hari ini, bertanya juga apakah kejahatan atau perkara buruk yang telah saya lakukan sehingga melukakan hati orang di sekeliling saya terutamanya kawan2. Berdoa semoga diampunkan dosa yang telah saya lakukan serta juga berdoa semoga Tuhan juga mengampuni dosa orang lain serta saya sendiri berusaha untuk memaafkan kesalahan yang telah orang lain lakukan pada saya.
Sedar tak sedar saya pun zzzzzzzzzzzzzzzz^_^

No comments: