Pages

Saturday


"LIFE IS TOO SHORT TO WAKE UP IN THE MORNING WITH THE REGRET, SO LOVE THE PERSON THAT TREAT YOU RIGHT, FORGET ABOUT THE ONES THAT DONT AND BELIEVE THAT EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON"




Setiap kali kita dapat bangun di waktu pagi dengan badan yang sihat dan dapat diberi sekali lagi hari untuk kita meneruskan pekerjaan yang belum selesai makanya haruslah kita berasa sangat bersyukur. Tutuplah pintu untuk hari yang semalam, lupakan sahaja perkara yang telah berlaku tetapi bersedialah untuk membuka pintu hari ini yang sememangnya sedang berlaku. Kalaupun sepanjang hari kamu asyik mengingati perkara yang telah berlaku semalam ia tetap juga tidak dapat diulang atau diubah maka haruslah memberi fokus kepada perkara hari ini yang masih punyai peluang untuk dilakukan dengan sebaik mungkin. Bimbang jika kamu asyik mengeluh tentang hari semalam, kemungkinan untuk hari esok kamu juga akan mengeluh tentang hari ini, kerana kamu tidak menumpukan sepenuh perhatian untuk hari ini!



Buatlah sebaik mungkin semampu yang kamu boleh usahakan. Sememangnya tiada satu pun pekerjaan di dunia ini yang mudah hatta makan pun susah juga! "NO PAIN, NO GAIN". Hasil dari kesakitan yang kita alami pastinya kita akan memperolehi manisnya kejayaan. Kalaupun terlalu mudah untuk kamu memperolehi kejayaan, kamu tetap akan berasa tidak puas! "YANG PAHIT ITU LEBIH MANIS DIHUJUNGNYA".



Jangan risau atau terlalu bimbang dengan sesuatu kerana kebimbangan kita itu yang sebenarnya akan menyumbang kepada kegagalan dalam hidup kita. "SESIAPA YANG TIDAK DAPAT MENGATASI KEBIMBANGAN AKAN MATI DALAM USIA MUDA- Dr. Alexis Carrel". Bimbang atau risau sebenarnya perkara biasa dan sesiapa pun tidak dapat lari dari perasaan ini, tipulah jika kita tidak pernah berasa bimbang. Walaubagaimanapun jika kamu tidak mampu mengawal PENYAKIT KEBIMBANGAN ini maka ia akan MEMUDARATKAN MENTAL/EMOSI kamu! Walhal kecerdasan emosi ini sangat penting dalam menyumbangkan kejayaan kita dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.



Perasaan CINTA dan menyayangi orang disekeliling kita adalah UBAT PENENANG YANG TERBAIK bagi menyembuhkan penyakit jiwa(saya bukan maksudkan penyakit mental) yang kita alami. Jika kamu telah berbuat baik dengan orang disekeliling dan memaafkan orang yang telah berbuat jahat dengan kamu, akan timbul satu perasaan positif yang kamu sendiri tidak ungkap dengan kata-kata dan dapat membuatkan hari kamu berasa sangat bahagia. Dari mana puncanya sikap mahu memaafkan dan berbuat baik dengan orang ini timbul? Bagi pendapat saya ia adalah berpunca dari perasaan kita yang cinta dan sayang kepada orang lain. "LOVE YOUR NEIGHBOUR AS YOU LOVE URSELF-Christianity Verbs"



No comments: