BAU BADAN???!!!! EYEKKKKK!!!!
Pernahkah anda hampir termuntah apabila tercium bau seseorang ataupun orang lain pula yang hampir termuntah apabila tercium bau badan kamu?!! Hari ini saya telah mengalami satu peristiwa yang bila diingat kembali masih lagi boleh membuatkan saya termuntah errrrr......
Ceritanya begini, saya dan dua orang kawan telah menaiki sebuah teksi yang dipandu oleh pakcik yang dalam lingkungan umur awal 40-an macam tue la.
Masuk je ke dalam kereta, kawan yang duduk kat sebelah saya terus maklumkan kepada saya terdapat bau yang amat tidak menyenangkan, sesaat kemudiaan rongga-rongga hidung saya telah menyerap satu bau yang amat meloyakan sehingga hampir buat saya pengsan(serius nie!!). Pernah anda tercium bau asid amonia?? Hah...lebih kurang begitulah bau pakcik teksi tue(aduhaii time menaip artikel nie pun saya masih boleh lagi terbayang bau tue huhu).
Perjalanan yang memakan masa tidak lebih dari 10minit itu saya rasakan seperti perjalanan 10jam lamanya, saya tidak bernafas guna hidung tapi menggunakan mulut(ini yang membuatkan saya masuk angin kerana menghirup angin yang langsung tidak sihat eyekkkkk!!). Memang saya tak akan naik kereta pakcik tue lagi, betul-betul tidak mahu(melainkan betul2 terpaksa yang tersangat-sangat kot huhu). Sampai saat ini saya masih berasa pening kepala lagi efeks daripada mencium bau badan pakcik teksi tue:(
Sedikit perkongsian mengenai masalah bau badan nie, semoga di ambil sebagai langkah untuk mengelak orang sekeliling daripada termuntah apabila tercium bau badan kita....
PUNCA BADAN BERBAU:
Walaupun kita mandi berpuluh kali sehari pun tapi kalau mandi dengan cara yang tidak betul, misalnya mandi tak menggunakan sabun atau mandi secara ala kadar tetap juga badan kita akan berbau terutamanya apabila badan kita berpeluh.
Peluh kita adalah dihasilkan oleh kelenjar accrine dan apoccrine yang berada di lapisan kulit kita. Kelenjar accrine terdapat di seluruh badan kita. Kelenjar ini sudah ada sejak kita kecil lagi. Fungsi utamanya ialah untuk mengatur suhu badan kita melalui proses berpeluh. Tetapi kelenjar apoccrine banyak terdapat di bahagian ketiak, dan bahagian-bahagian lain yang berbulu
Kelenjar ini juga berfungsi mengeluarkan peluh secara lebih aktif sebaik sahaja usia kita meningkat remaja. Peluh yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh rangsangan emosi. Peluh dari kelenjar apoccrine mengandungi banyak lemak dan protin. Inilah yang menjadi punca bau badan yang menyerlah sebaik sahaja kita meningkat remaja. Kanak-kanak tidak mengalami gejala ini.
Bau busuk adalah berpunca dari penguraian bahan-bahan protin yang terkandung dalam peluh yang dikeluarkan oleh apoccrine . Mikrob mengurai peluh untuk makan. Penguraian bahan protin ini menghasilkan sejenis bahan amonia. Kita tahu amonia memang sifatnya berbau busuk. Inilah punca bau badan.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI MASALAH BADAN BERBAU INI?
Pakailah pewangi. Oh tetapi perkara pertama yang harus diberi perhatian ialah pastikan badan kita adalah cukup bersih, mandilah pakai sabun yang anti-bakteria. Kemudian shave la mana-mana bahagian badan yang berbulu terutamanya ketiak(ermmmm tapi lelaki agak jarang yang mahu membuang bulu ketiak:?)
Pakaian juga memainkan peranan yang penting untuk mengelak badan berbau. Pakailah pakaian yang boleh menyerap peluh, jangan terlalu memakai pakaian yang berlapis-lapis hingga membuatkan badan kamu tidak dapat bernafas. Guna minyak wangi yang sememangnya sesuai dengan badan kamu. Yang paling penting sekali pakailah deodoran, kerana ini salah satu cara yang berkesan untuk mengelak badan dari berbau.
Sebenarnya makanan juga turut memberi kesan kepada bau badan kita, sebolehnya elaklah dari memakan makanan yang berbau seperti petai, jering dan kari!!
sekian,
ME_CHA87...
LUV N CARE
No comments:
Post a Comment