Pages

Friday




STRESS!!!!


Bila km stress kamu akan buat apa yer?? Pernah ker km stress sampai tak mampu lg kawal emosi sehingga tanpa sedar dah hantuk kepala kamu kat dinding or ketuk dgn apa2 je yang boleh mengetuk kepala kamu sampai buat kamu pening lah^_^...


Dalam kehidupan kita sebagai seorang pelajar + anak + kekasih + kawan + komuniti sememangnya kita tidak dapat lari dari mengalami tekanan. Ditambah lagi dengan persekitaran kita yang kadang-kadang menekan jiwa dan raga maka makin mudah untuk kita mendapat tekanan.


Hari nie sy bercakap ttg stress, mula2 kite berkenalan dulu dgn apa itu STRESS.


STRESS - merupakan sebahagian daripada kehidupan kita sehari-hari, ia merupakan tindak bals fizikal, emosi dan mental kepada perubahan/cabaran.


PUNCA2 STRESS :



  1. Peribadi / Diri Cita-cita, harapan, harga diri, rasa selamat, keyakinan(tergugat)
    •Takut untuk gagal.
    •Perubahan pada tubuh badan, penyakit.
    •Perbandingan dengan orang lain seperti adik-beradik atau kawan.
    •Ejekan oleh orang lain misalnya “awak tidak berguna”.


  2. Rumah
    •Konflik antara ibu bapa, perpisahan/penceraian ibu bapa
    •Kehilangan atau perpisahan akibat dari kematian
    •Tidak mampu untuk memenuhi
    kehendak ibu bapa
    •Konflik dengan ibu bapa dan adik-beradik.


  3. Sekolah
    •Mula bersekolah
    •Bertukar sekolah
    •Perkelahian dengan rakan-rakan
    (berpanjangan & serius)
    •Dibuli
    •Mengambil bahagian terlalu banyak aktiviti
    •Kehendak yang tinggi
    •Kehilangan sahabat yang rapat


  4. Masyarakat
    •Kekurangan dari segi sosio-ekonomi (tiada tempat permainan, tiada sistem pembetungan, air dan elektrik.
    •Tempat tinggal sempit.
    •Persekitaran dan kejiranan yang kurang selamat ( penyalahgunaan dadah, pelacuran).
















No comments: