Anak orang kaya mungkin bertuah tidak perlu melalui suatu kehidupan yang perit, penuh pancaroba, tidak perlu menunggu untuk mendapatkan sesuatu tetapi hanya perlu meminta sahaja maka akan dimakbulkan. Tetapi betul-betul bertuah ker anda???? ermmm kite tinggalkan dulu persoalan ini. Anak orang miskin pula sangat malang kerana perlu melalui episode hidup penuh cerita luka, bagaimana rasa dihina, hidup dalam kedaifan dan serba serbi kekurangan. Tetapi betul-betul malang ker anda yang lahir sebagai seorang yang miskin harta???
Bagi pendapat aku kawan-kawan, kau bukanlah cukup bertuah bila lahir sebagai anak orang kaya dan dia juga bukanlah tersangat malang apabila lahir sebagai anak orang miskin. Orang yang kaya harta selalunya miskin budi bahasa(kebanyakkanya lah tp tak semua jugak^_^). dan kebanyakkan orang yang miskin harta selalunya kaya budi bahasa dan budi pekerti serta sangat memahami keadaan orang lain. Orang kaya bertuah kerana kaya tetapi agak malang kerana kekayaan dia itulah yang menghalang dia dari menikmati apa itu erti kehidupan yang sebenar. Orang miskin memang malang kerana perlu melalui kepahitan kehidupan namun kepahitan itulah yang menjadikan kehidupan ini lebih manis dan itu barulah dikatakan menikmati kehidupan yang sebenar.
Maka kawan-kawan ada kebaikan dan hikmahnya jika kamu dilahirkan sebagai seorang yang kaya dan juga miskin. Jangan mengeluh(tetapi kadang-kadang perlu juga mengeluh^_^)bila kamu susah, tetapi jadikan kesusahan itu satu motivasi untuk berjaya dan menikmati hidup yang lebih baik. Semakin susah kehidupan kamu semakin itu kamu akan berasa lebih puas bila kamu berjaya mengharungi ujian itu. Namun kamu yang lahir sebagai orang kaya jangan pula bersedih hati kerana tidak dapat memperolehi pengalaman yang berharga seperti orang miskin tetapi hargailah kenikmatan kekayaan yang telah Tuhan berikan kepada kamu itu. Kekayaan itu sebagai satu bonus kepada kamu dan jika kamu gunakan bonus itu dengan sebaik-baiknya maka itu juga dikira sebagai satu penghargaan kamu terhadap apa yang telah kamu miliki kini.
#ok2 titk noktah sampai disini, bertemu kita di next intri....sy nak siap2 g kls plak nie^_^.
Bertuahnya dia kerana lahir sebagai seorang yang mempunyai fizikal yang menarik.
Bertuahnya dia lahir dalam keluarga yang kaya.
Tetapi agak malang untuk individu ini yang lahir dalam "kesunyian dan kesepian".
Bertuahnya dia lahir sebagai Jamie Oliver yang dikenali di seluruh dunia dan berjaya dalam bidang yang diceburinya.
Tetapi saya lagi bertuah kerana lahir dalam keluarga yang sangat menyayangi dan menerima diri saya seadanya. Keluarga saya tak kaya harta tetapi keluarga saya kaya kasih sayang^_^.
1 comment:
family sy pn syg kan sy..hehehe
Post a Comment