Hari ni balik dari sekolah terus baring then tak lama pastu zzzzzzzzzzzzz...keletihan melampau! Hari ni saya mogok tak nak buat segala repot sesi kaunseling yang berlambak dan setinggi gunung kinabalu tu. Dah la esok lecturer datang tok observe, nak kata cuak tak pula sebab ni dah second time lecturer datang tok observe, tapi kali ni dia akan bagi markah huhu~~~
Sambil layan New Police Story movie, try la bukak blog pencetus motivasi saya proudduck.com sebab dah lama gak la tak layan blog gadis rabbit comel nie(dia lahir tahun rabbit n dia pun secomel rabbit *ngeeee). Kadang2 rasa cemburu dengan kehidupan Vivy(proudduck.com owner) nie, dah la memang lahir dalam keluarga berada, rupa pun ada, attitude pun ok, bijak pula merencana perjalanan masa hadapan. Dalam usia yang masih kira muda lagi dah pun mempunyai business sendiri iaitu FashionValet.net, kesimpulannya memang seperti watak heroin dalam novel or drama2.
shhhhhhh....tak baik jealous dengan kejayaan orangkan. Tambah2 lagi kita pun boleh juga berjaya tetapi kena berusaha bukan angan2 mat jenin semata-mata. Dunia ini sungguh luas, di mana-mana sentiasa ada peluang dan ruang untuk kita mencari kejayaan cuma tinggal mahu tak mahu sahaja.
No comments:
Post a Comment