Pages

Sunday

Farewell T_T

Org kata setiap pertemuan pasti ada perpisahan~~~ermmm mmg btl lh apa yg org tue kata. Kita sllu gembira dgn pertemuan tp jarang kita tak bersedih dgn perpisahan. Masa pertemuan sangat singkat kite rasakan tp jarak perpisahan pula adlh sebaliknya, sehari kita rasakan seperti 1 minggu lm nya.



Saya tak kata saya suka pertemuan tp sy pun tak kata sy tak suka perpisahan. Adakalanya pertemuan itu yang akan buat kita sengsara dan tak semestinya perpisahan itu sesuatu yg tak mengembirakan(adakah anda fhm apa yg sy maksudkan?? ermm kalu tak fhm tak apa lh, tak semua benda yg org nak sampaikn boleh kita fhmi^_^). Ok berbalik kpd isu pertemuan-perpisahan, perkara normal kita menangis masa perpisahan tp masa pertemuan pun kdg2 kita juga mengeluarkan air mata, tapi air mata nie membawa makna yg berbeza utk 2 situasi yg berbeza itu juga. Mungkin anda sudah tahu maksud 2 air mata utk 2 situasi yg berbeza itu, tapi tetap mahu juga sy bgtau :


  • air mata pertemuan - tanda kegembiraan




  • air mata perpisahan - air mata kesedihan

Pertemuan yg singkat tp berkualiti akan membawa kpd perpisahan yg bermakna dan dikenang selamanya. Justeru itu pertemuan yg lbh singkat itu yg akan lbh merapatkan kita dan memberi memori yg manis. Dlm hidup ku, sememangnya pertemuan dan perpisahan adlh sudah menjadi perkara biasa kpd sy, setiap abis sem sy akan berpisah dgn kwn2 tp akn bertemu pula dgn keluarga yg sy amat rindui setlh beberapa bln berjauhan. Dan juga begitu sebaliknya, bl abis sem break sy akan berpisah lg dgn family tp akn bertemu dgn kwn2.

Jika masa cuti sy akan terkenangkn kwn2 tp bl sudah berada bersm kwn2 sy akn merindui keluarga sy yg nun jauh ditgglkn di srwk. Kita mmg sllu begini, bl bersm dgn org ini kita akn mengingat org di sn dan bl org di sn org disini pula kita ingat, tp mengapa tidak jika kita bersm org di sini kita perlu memberi sepenuh perhatian kpd dia, luangkn ms yg berkualiti & lupakn lh ttg org di sn dan begitu juga apabila kita bersm dgn org di sn, lupakn sekejap org disini. Mungkin dgn cara ini baru kita tidak akan bersedih dan tiada penyesalan apbila tiba saat perpisahan.

Bagi diri sy, kesedihan sy time perpisahan adlh disbbkn ada perkara atau sesuatu yg belum puas dan belum lg sy lakukan kepada org yg akn sy tinggalkn. Bl sy sedari hal ini, sy mulai menghargai sepenuhnya tiap saat tiap minit dan tiap jam yg sy ada utk bersm dgn org disekeliling krn sy tidak mahu lg menyesal bl tiba perpisahan.

Kita mungkin tidak pasti bl akan berlaku perpisahan tapi kita boleh menjangkakannya, jd bersedia lh setiap ms, dan hargai lh org di sekililing kita. If i love somebody i will confess to her/his, tak kisah lh jika dia tidak akn menghargai, itu bkn mslh sy tp mslh dia, tp yg pasti sy tidak akn menyesal. 4 i love myself so much, maka sy akan memberi peluang kpd diri sy utk lakukan apa2 saja yg sy suka, krn sy sgt menghargai kehendak diri sy n juga krn sy sgt menghormati diri ini.

Opsss dh melalut plak sy nie kan hehehe.....ok2 kita berbalik kpd topik pertemuan-perpisahan. Kwn2 kalau ada pertemuan mesti ada perpisahan kan, tp begitu juga sebaliknya, setiap perpisahan pasti akn ada pertemuannya, maka jgn susah hati kwn2 jika hari ini anda mengalami perpisahan dgn org2 yg disygi krn akan ada pertemuan semula, melainkan jasad kita sudah terpisah dr roh maka perpisahan itu tiada siapa2 yg blh merubahnya.

ermmmm......sudah masanya sy labuhkn titik noktah pd intri kali ini, berjumpa kita di next intri ya^_^.

Jap..jap....seblm berpisah sy nk km fikirkn hal ini :

  • org yg meninggalkn kah yg lebih sedih atau org yg ditinggalkn yg lebih sedih??

Saturday

Ciri-ciri Kaunselor Yang Efektif

Dibawah ini terdapat beberapa ciri-ciri kaunselor yang efektif menurut perspektif daripada beberapa orang individu yang sememangnya signifikan dengan Kaunseling.


Corey(2001) menjelaskan kaunselor yang efektif perlu mempunyai ciri-ciri seperti dibawah :

  1. mempunyai kesedaran diri utk membentuk kesedaran nilai dan perasaan utk terus berkembang.
  2. mempunyai minat dgn perkara2 yg berlaku & juga pengetahuan mengenai budaya lain.
  3. pengetahuan dan kemahiran - kaunselor perlu bersedia utk mengaplikasikn teori psikologikal dan latihan dlm diri mrk. Kaunselor mesti mengintegrasi kecekapan pelbagai budaya yg ada dlm btk pengetahuan & kemahiran.

Gibson & Mitchell(2003), pula menjelaskan keberkesanan kaunselor & kaunseling bergantung kpd bbrpa faktor termasuk :

  1. personaliti & l/blkg kaunselor.
  2. pendidikan formal yg diterima oleh kaunselor.
  3. kebolehan kaunselor utk melibatkan diri dgn aktiviti kaunseling yg bersifat profesional spt pendidikan berterusan, penyeliaan & perundingan.

Zainal Abidin Ahmad & Wan Abdul Kadar Wan Ahmad(2004) mengariskan ciri2 kaunselor yg efektif spt dibawah :

  1. kepercayaan bhw klien mampu berubah.
  2. percaya bhw klien ind. yg unik & berharga.
  3. memahami & mengetahui b/mn ind. yg efektif berfungsi.
  4. punyai pengetahuan & kemahiran yg diperlukan utk membantu ind. yg terbatas kefungsiannya.
  5. sanggup utk melibatkan dirinya dlm proses interpersonal.
  6. kenal diri sendiri & kemahiran yg ada serta batasannya.

Cormier & Cormier(1998) menyenaraikan ciri2 kaunselor yg efektif spt berikut:

  1. mempunyai keupayaan intelek - keinginan & kebolehan utk bljr & juga bersifat kreatif.
  2. bertenaga - kebolehan utk bersifat aktif dlm sesi & mengekalkan tenaga yg ada.
  3. bersifat fleksibel - keupayaan utk mengubah suai keadaan utk memenuhi keperluan klien.
  4. bersifat menyokong - keupayaan memberi galakan kpd klien dlm membuat keputusan.
  5. perasaan ingin membantu - keinginan utk bekerja di pihak klien dlm cara yg konstruktif yg membawa kpd sikap x bergantung.
  6. kesedaran diri - pengetahuan ttg diri sendiri termasuk sikap, nilai, perasaan & juga keupayaan utk mengenalpasti faktor2 yg berkaitan.

Friday

Dasar Baru Sains Dan Matematik Martabatkan BM Perkukuhkan BI
11 December 2009

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Setelah tujuh tahun dilaksanakan dan terus menjadi isu hangat, kerajaan akhirnya mengumumkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2012.

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada 8 Julai lepas.

Ia adalah antara keputusan paling penting oleh Muhyiddin hanya tiga bulan selepas dilantik menerajui kementerian itu.

Pelantikan Muhyiddin ke jawatan itu menunjukkan betapa pentadbiran baru kepimpinan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak mengutamakan aspek pendidikan.

PPSMI bakal digantikan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), yang menurut kerajaan, tidak merugikan mana-mana pihak sama ada yang menolak mahupun pun menyokong PPSMI kerana dasar baru itu bertujuan memberikan keseimbangan.

Katanya segala persiapan sudah bermula kerana kerajaan tidak mahu terjerumus lagi dalam ketidakpastian apabila sesuatu dasar diperkenalkan.

Bukan sekadar memansuhkan PPSMI, komitmen dan keikhlasan kerajaan meletakkan rakyat sebagai keutamaan terus diperlihatkan apabila lebih RM30 bilion diperuntukkan untuk bidang pendidikan menerusi Bajet 2010.

Kementerian itu juga meletakkan empat matlamat dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan iaitu memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah, meningkatkan kadar literasi dan numerasi, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi dan guru besar berprestasi cemerlang.

Muhyiddin juga menekankan perbelanjaan sederhana bagi projek infrastruktur pendidikan, kerana baginya, peruntukan yang lebih seharusnya disalurkan untuk meningkatkan kualiti guru kerana guru yang benar-benar berkualiti lebih memberi manfaat berbanding infrastruktur fizikal yang tersergam indah.

Beliau juga mengumumkan pendidikan prasekolah bakal menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan negara bagi meningkatkan penguasaan BI bermula dari peringkat awal selain untuk meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20 peratus pada 2012.

Guru BI yang sedia berkorban untuk berkhidmat di luar bandar pula diberi insentif tambahan bagi memastikan pelajar di luar bandar tidak ketinggalan apabila strategi memperkukuhkan bahasa itu dilaksanakan pada 2012.

Pengetua dan guru yang berjaya menaikkan mutu pendidikan pelajar juga akan diberi imbuhan berpatutan.

"Ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang akan diteruskan oleh kementerian untuk tingkatkan profesionalisme para pendidik di seluruh negara," katanya.

Cadangan sekolah satu aliran yang dikemukakan oleh Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menimbulkan perbahasan sehingga di Parlimen.

Ia juga mendapat perhatian Perdana Menteri yang berpendapat sistem pendidikan negara akan bertukar kepada sekolah satu aliran hanya apabila rakyat bersedia dan dikehendaki semua pihak.

Muhyiddin pula menyifatkan sistem pendidikan pelbagai aliran di negara ini sebagai satu "takdir sejarah" yang hanya boleh diubah sekiranya semua kaum bersedia untuk menerima dan mengamalkan sistem aliran lebih bersepadu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyokong padu cadangan itu kerana beranggapan perpaduan yang terbaik hanya akan dapat dibentuk melalui pendidikan.

Meskipun wujud pelbagai isu, sistem pendidikan di Malaysia tetap mendapat pengiktirafan sebagai antara yang paling berjaya dalam menyediakan akses kepada pendidikan untuk semua rakyat.

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam Laporan Pemantauan Global Pendidikan Untuk Semua 2009 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-45 daripada 129 negara sekaligus menempatkan Malaysia dalam kalangan negara yang berada pada aras tinggi.

Pujian juga harus diberikan kepada seluruh penjawat awam di kementerian itu yang menunjukkan sikap profesionalisme yang tinggi dalam menangani permasalahan, termasuklah langkah bersiap sedia menghadapi wabak influenza A(H1N1) dan bencana banjir di sekolah.

Source : Ayu Dalita Pendek

News Oh News

14 Sekolah Menengah, Enam Sekolah Rendah Diumum Sekolah Berprestasi Tinggi
26 January 2010

PUTRAJAYA, 25 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang terdiri daripada 14 sekolah menengah dan enam sekolah rendah di seluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata daripada 14 sekolah menengah, 10 adalah sekolah berasrama penuh manakala bakinya sekolah menengah harian.

"Sekolah ini dipilih dari kalangan sekolah-sekolah yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan bidang kebitaraan masing-masing.

"SBT akan dibimbing dan dipantau secara khusus untuk menjamin berlaku lonjakan prestasi sekolah secara berterusan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Isnin.

Sepuluh sekolah berasrama penuh ialah Sekolah Tun Fatimah (Johor Baharu), Sekolah Dato` Abdul Razak (Seremban), Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya), Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra).

Kolej Tunku Kurshiah (Seremban), Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang), Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis), Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya) dan SMS Muzaffar Syah (Melaka).

Manakala empat sekolah menengah harian ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya), SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur), SMK Sultanah Asma (Alor Setar) dan SMK (P) St. George (Pulau Pinang).

Enam sekolah rendah pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL), SK Taman Tun Dr Ismail 1 (KL), SK Bukit Damansara (KL), SK Zainab (2) (Kota Baharu), SK Convent Kota (Taiping), SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Baharu).

Muhyiddin berkata SBT bukanlah sekolah elit yang akan memberi manfaat kepada hanya sebilangan kecil pelajar, sebaliknya setiap sekolah di negara ini mempunyai peluang yang sama dan boleh bersaing di "padang yang sama rata" untuk diiktiraf sebagai SBT.

"Mana-mana sekolah yang mencapai sasaran kecemerlangan dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan akan diiktiraf sebagai SBT dan mendapat kemudahan serta ganjaran yang sama," katanya.

Muhyiddin berkata kementerian mensasarkan 30 SBT pada tahun depan dan jumlah itu akan meningkat kepada 50 pada tahun 2012.

Beliau berkata rasional pengiktirafan itu dibuat bagi mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik ke taraf dunia, menghasilkan pelajar yang cemerlang dan merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem.

SBT akan diberi autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid, katanya.

Beliau berkata dari segi kurikulum, ia fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi mata pelajaran wajib dan elektif, mematuhi peperiksaan awam dan menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa.

Selain itu, katanya sekolah berkenaan diberi kelonggaran dalam menetapkan waktu pengajaran minima mata pelajaran, memanjangkan waktu persekolahan dan membenarkan murid menamatkan tempoh persekolahan setahun lebih awal iaitu seperti kelas lompat yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Muhyiddin berkata dari segi pemilikan bajet, kewangan disalur melalui geran secara sekaligus pada awal tahun persekolahan, fleksibiliti penuh untuk pengagihan kewangan mengikut keperluan dan pengecualian daripada perolehan secara berpusat.

"Setiap sekolah mempunyai bajet mereka sendiri, tetapi dengan status ini, mereka diberi peruntukan tambahan dan mereka boleh menggunakannya untuk apa sahaja yang mereka rasa perlu," katanya.

Beliau berkata pengurusan staf adalah berdasarkan prestasi iaitu pengambilan staf tidak berdasarkan kekananan tetapi prestasi pencapaian, kelonggaran dalam menyediakan lebih bayaran (bayaran lebih masa) dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.

"Selain itu, kelonggaran untuk memindahkan staf sekiranya prestasi kurang memuaskan dan pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik," katanya.

Beliau berkata laporan tahunan berdasarkan petunjuk keberhasilan setiap sekolah dan pemeriksaan sekolah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang telah diubahsuai.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata SBT perlu memenuhi enam kriteria yang ditetapkan iaitu pencapaian akdemik yang cemerlang, melahirkan personaliti unggul, merangkul anugerah Kebangsaan dan Antarabangsa, mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.

"Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah-sekolah tempatan dan antarabangsa serta menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah di dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata antara peranan yang perlu dimainkan oleh SBT sebagai sumbangan kepada sekolah lain ialah guru-guru SBT menjadi mentor kepada guru di sekolah lain, melalui program "immersion" membabitkan pengetua, guru besar dan guru.

Bagi pembangunan berterusan sebagai status SBT, sekolah terbabit antara lain perlu meningkatkan pelan strategik, pengurusan, program akademik dan kokurikulum sokongan serta menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah lain dari dalam dan luar negara.

Muhyiddin berkata sekolah dari pedalaman dan luar bandar juga boleh dipilih sebagai SBT jika ia memenuhi kriteria yang ditetapkan.

"Saya tahu tidak mungkin semua 10,000 sekolah (di seluruh negara) akan naik ke tahap itu, tetapi tidak kira sekolah bandar, luar bandar dan pedalaman jika mereka boleh memenuhi kriteria yang ditetapkan akan direkod sebagai SBT.

"Tetapi jika sekolah luar bandar dan pedalaman ada kekangan kerana kemudahan belum setara dan setanding, jangka panjangnya kita akan terus perbaiki," katanya.

-- BERNAMA

It's My Passion^_*



Adakalanya sy berasakan bahwa sy nie dh slh pilih course lh:(.....4 me, kaunselor nie seorg yg cool, ceria, pandai kwl situasi, bkn emosional, penyabar n bla bla bla tp mlgnya sy nie xde pun ciri2 mcm tue, sy x cool, sy mdh angin, kdg2 emo n bkn lh penyabar sgt, aduhh mcm mn nie nk jd kaunselor yg berdepan dgn seribu 1 mcm mslh org lain pdhal diri sendiri pun byk mslh huhu.....

Jiwa sy agak seni sikit(baru skrg sy sedari ), sy suka buat kerja yg memerlukan sy berfikirn kreatif. mungkin nie ade sedikit dr pengaruh mama sy sendiri yg juga berjiwa seni, mama sy suka bab2 interior designer, pandai menganyam tikar, boleh menyulam, punyai kemahiran membuat perabot dr rotan juga. begitu juga papa sy seorg yg sgt teliti dlm membuat sesuatu kerja yg memerlukan kreativiti.

Byk benda yg sy suka lakukan n blh dikatakan sbgi minat lh, sy suka shopping, sy suka memasak, sy suka buat kek, sy juga suka melancong cuma xde peluang lg tok jln2 mkn angin pegi overseas(suatu hari nnt sy akn pastikn ia menjadi realiti hehe). tp dlm byk2 perkara yg sy suka buat tue, yg plg sy suka ialah memasak n buat kek. bg sy bl sy berjaya luahkan benda yg fikirkn ke dlm btk realiti sy akn berasa sgt sgt puas.

Baru2 nie kolej kiteorg ada anjurkan aktiviti menghias kek, sy apatah lg pun antar lh penyertaan, act kwn2 sy penah pu hias kek gn aising, slma nie sy cuma buat kek tp x hias pun. wlpun x penah hias kek tp sy stil nk gak try. oh ya apa yg sgt2 pasti dlm diri sy ialah, sy sgt suka cabaran n mencuba benda yg baru, it's so fun 4 me n i like tat feeling(nervous) hehe....

oh ya selain sy seorg lg kwn yg menjd partner sy ialah syuai. wlpun kiteorg x menang tp sy sgt puas hati hehehe, lg pun sam ckp kek sy n syuai tetap menang di hati dia hehehe










Program Oh Program^_^

Tarikh keramat~~~5-7/2/2010.
Tempat : Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan, Perak.
Program : Kecemerlangan Diri & Motivasi


Terlalu byk peristiwa yg diluar jangkaan kumpulan kami sepanjang proses kami menjalankan program ini, yg bl difikir-fikirkan sgt sgt lh mencuit hati hahahaha.....

peristiwa 1 : hal nie berlaku time 1st time kiteorg nk pergi survey sekolah tue, kite pergi ber4(sam, sy, ain n jijie). kiteorg sewa kereta kancil dr kwn jijie. b4 bertolak kiteorg isi minyak kat behrang, kiteorg isi Rm10, then siap segala kiteorg pun teruskn perjalanan. perjalanan sgt smooth, ain bawa kereta steady, jalan pun ok. tapi segala-galanya berubah sekelip mata(kedengaran agak suspender kan hehehe), tiba2 kereta kiteorg tersendu sendu then ain bawa kiteorg berhenti ka tepi jalan, act kiteorg mmg btl2 dh sampai kat depan gate sekolah 2 pun cuma tggl nak masuk ke dlm saja lg yg x sampai 500meter huissshhh. kiteorg mmg dh cuak time 2 sbb ingat kereta rosak, then ain dgn muka x malu nya hehe telah memanggil 2 org abg india yg x jauh dr kereta kite org berhenti dgn niat nak minta tlg utk melihat mslh kereta. tapi alangkah x disangka sangka rupa2nya kereta kite org abis minyak huuhuhuuu.....

peristiwa 2 : 1 week b4 program, kite cdg nk buat kunjungn kali kedua tok tunjukkan paperwork, bhn2 yg perlu kiteorg gn time program n bla bla bla(malas nk tulis sbb byk lg^_^). time nie km pergi b4 gak tp kali nie yg pegi ialah sy, wyn, joslee n ain. sekali lagi kiteorg sewa kereta kancil tp kali nie kereta kwn bee yg kiteorg gn, nk dipendekkan crita, x sampai lg setengah perjalanan tiba2 cermin kereta depan blh terpecah n teretak seribu(kali berjuta gak lh) huisssshhhhh btl2 buat sy n da geng panic x tau nk ckp apa dah.......dlm otak dh fikir mcm2, yalahkan kereta org dh 2 kite pinjam mesti nak ganti, nie plak 1 hal, dh lh kite bknnya byk duit pun....(hal nie berlaku semasa hari jumaat)

peristiwa 3 : oh ya lupa nk gtau, utk survey kali ke-2 tue kiteorg x jd teruskn perjlnn then tkr plak ker hari isnin, kali nie sy tarik diri tok pegi sbb stil trauma lg hehe, jd yg pegi ialah ain, jijie n abe we. nk d jdkn crita plak, kereta yg mrk gnkn tue buat hal time mrk nk balik...aduh2....byk btl dugaan kumpulan kiteorg nk buat program nie huhuhu....


fakta program :
  1. setiap ahli membayar sebyk Rm115 utk yuran.
  2. ahli kumpulan km act 9 org tapi kiteorg jemput 3 org kwn2 lain tok jd pembantu fasi
  3. peserta km terdiri daripd pelajar f.5 yg sejumlah 197org.
  4. semasa hari kejadian(hari berlangsungnya program) kiteorg tlg gn 2 buah kenderaan iaitu sebuah van n sebuah kancil.
  5. para peserta sgt teruja n memuji mengatakan bahwa dlm byk2 program yg mrk sertai ini merupakan program yg plg mereka suka(yooo bangga beb^_^)
  6. 1st time peserta lelaki lbh byk dr peserta perempuan.
  7. kiteorg tdo dlm 2-3 jam sepanjang program(tak tahu lh apa yg kiteorg buat smpi x dpt tdo yg ideal).

p/s: next intri sy upload photo spjg program, bab sy x ambik lg dr geng2^_^

Tuesday

Long Time Not See You And Forever i Cant See You Again

Semalam, dlm pertengahan dinner sy, tiba2 sam dpt call from his mum, mummy dia tlh menyampaikan 1 news yg sgt sgt sgt buat sy terkejut(till now) smpi buat sy mengeletar n tak tau nak ckp apa.....my besfren a.k.a geng gila2 time sy f.4 n f.5 dl, yg sllu membuli & juga dibuli oleh sy tlh meninggal dunia dlm keadaaan yg btl2 buat sy terkilan, dia mati dibunuh!!! the story begin like this....dia balik dr ambik duit ka ATM n dlm ms yg sm bw laptop, then dtg PERAGUT HANTU nak ragut dia, then he fight back, peragut 2 terus tikam dia dgn pisau(something like this la mummy sam bgtau kat km berdua).

This news really make me so sick, coz im so regret not care bout her, he's my fren but im not care bout her, WHAT FREN AM I!!!!!

Last year(sem break), i meet her at Serian tp sy tak sempat nk tegur sbb dia kat seberang jln sebelah sn n sy sebelah sini, jln raya agak sibuk time 2, it was the 1st time i saw her after 3 years apart, he go 2 matrikulasi n i go 2 f.6, then he further stdy at UUM(not so sure wether UUM or UPM) act last year was her last sem...

"samri a.k.a sam, if i know that was the last time i can meet u, i will run 2 you, and 1st thing i wanna ask is ur apologise, sam byk perkara buruk sy buat kat km, sy sllu buli km, sy sllu marah2 km, kdg2 gurauan sy so much, im so sori sam........sam kat mata sy masih jelas lg perlakuan km, senyum km, cara km bercakap arrrrrr....make me so sick went i think bout it!!!!!


R.I.P samri a.k.a sam, hope u fine there n berserta dgn org2 yg mulia di sisi Tuhan..Amen.