Pages

Wednesday

Kerana perasaan kasih seorang guru(bunyi dialog dalam rancangan BERSAMAMU lah hehe), maka saya dan kawan sy telah pergi menjejak ke umah seorang pelajar yang kiteorg nak bantu(kenapa, mengapa kiteorg nak bantu itu adalah rahsia, tak boleh nak kongsi kat sini). Tamat waktu persekolahan saya minta student nie tunggu coz nanti sy yg akn hantar dia balik. Tapi tunggu punya tunggu student tu tak juga pegi ke bilik kaunseling, so sy minta kawan sy nie cari student nie dl coz sy masih busy urus pelajar yang nak ambik biasiswa. Than kawan sy bgtau student nie dh balik pakai van, so cara lain sy nak menjejak ke umah dia kiteorg cari student yg sm kpg than blh la nak tunjuk jalan pi sana. 

Terkejut tak terpalang sy bl student pengiring tu bagitau nie lah jalan msk ke umah student nie. NAIK TITI. Saya ok jer coz rs mcm pg naik gunung ke pusat peranginan jer hehe. Tp kawan sy nie takut sgt nak ikut titi nie haha.


 Nie pemandangan yang menyambut kedatangan kami bertiga, rasa macam terpecaya nie jalan pegi ke umah student nie. Biar Betul. Tapi memang betul.
Nie pemandangan time nak turun. Turun and naik memang kawan saya ada problem(pengalaman pertama orang bandar masuk kpg mmg lucu la tgk kelagat mereka haha).

 Saya relaks jer siap blh terjumpe bunga hutan yang cantik coz kaler purple. Ni time kiteorg turun dari bukit.

 Kesian orang nie kena merangkak n berhati sangat2 haha. 1st time dia kalah dengan saya waktu buat benda yg mencabar. 1-0 kawan haha.
Inilah tugas guru zaman sekarang, guru sekarang kena tengok pelajar n jaga kebajikan student sampai macam nie sekali. Tolong hantar budak balik umah bl hujan, hantar pegi hospital bl jatuh terluka, naik ambulan hantar budak sakit, tapi apa balasan ibubapa dan pelajar itu sendiri, ibubapa suka salahkan guru bila ada benda terjadi kat anak-anak, padahal berbuih guru nasihat jangan main, jangan bergurau sampai bertumbuk, jangan ponteng, jangan merokok, jangan minum arak, bila tak ikut nasihat ibubapa itu yang terjadi benda malang kat student. Balasan student pula, bila guru menegur di caci, diumpat, siap yg berani nak guru bertumbuk, hentam kereta guru, tulis nak guru ditandas. Itulah balasan pelajar kepada guru.

Semangat.Spirit.2013

28/12/2012-Pegawai strategik perlu melapor diri ke sekolah.(Dalam keadaan berat hati coz mood christmas masih ada. Dalam keterpaksaan datang juga ke sekolah).

31/12/2012-Semua staff kena melapor diri. Mesyuarat staff pertama.(Pun masih dalam mood mamai tak percaya cuti sekolah dah nak berakhir!)

1/1/2013-Petang sampai di sekolah. Dalam kepenatan setelah driving dari rumah pergi ke Kuching than patah balik ke sekolah, saya terduduk termenung memikirkan kenapa saya berasa terpaksa untuk datang ke sekolah untuk memulakan tugas/amanah yang harus dipegang dengan sebaiknya?? SEMANGAT saya untuk memulakan kerja sangatlah lemah, tak seperti semangat semasa masih menuntut dibangku sekolah dulu. Zaman sekolah dulu tak sabar2 nak bangun pagi untuk hari pertama persekolahan(siap bermimpi kasut sekolah hilangla, stokin terkoyak, baju pinafore rosak zip la hehe.).

I keep wondering and ask myself, why and what happen for me.Menjadi guru adalah cita-cita yang selalu saya beritahu apabila guru, kawan2 or family tanya tentang cita2 saya. Sekarang cita2 saya tercapai tapi mengapa saya tak menghargai peluang which is my dream is come true. Its pretty hard to achieve or make ur dream come true, isn't?

Bila saya sedar tentang hal ini, maka hari pertama saya memulakan tugas saya jalani hari itu dengan satu SEMANGAT BARU. Semangat untuk menghargai peluang yang telah diberikan. Semangat untuk memulakan tahun baru 2013 ini dengan satu azam iaitu untuk berkhidmat kepada anak didik anak didik yang memerlukan khidmat saya agar tenaga kerja profesional, semi profesional, general worker dapat terus dilahirkan bagi mengisi kekosongan tenaga kerja bagi membangunkan negara kita.Sumbangan saya kecil saja, tapi rakan2 seprofesion saya ramai diseluruh negeri maka usaha sy yg kecil ini bl digabungkan dengan usaha2 kecil rakan2 seprofesion maka akan besar sumbangan kami kepada pembangun negara.Sekian.

Friday

SUKA TEMPOYAK, TAK SUKA DURIAN

I Love tempoyak but i dont like durian! Pelik tak? Saya tak suka bau durian dan rasa dia yang lecak. Mesti orang pelik coz tempoyak kan diperbuat daripada durian, dan bau tempoyak lagi kuat dari bau durian fresh, tekstur tempoyak pun lagi lecak. Tapi saya memang suka tempoyak! Suka tempoyak goreng yang diletak ikan bilis dan cili. Dan paling suka sekali Ayam gulai tempoyak....pehhhhh so wangi so sedap! Boleh makan berpinggan jugalah(bukan nasi tapi sup tempoyak tu jer:D )



Last nite, kawan beli sebiji durian yang sangat cute(actlly bukan beli tapi jiran bagi, sbb bila kawan nak beli tapi dah abis, so adalah cikgu seorng nie yang baik hati, dia bagilah sebiji kat kawan saya). Habis makan nasi, kawan bukak durian, bau memang menyengat kuat, even saya tak suka makan durian kerana bau yang kuat tapi saya taklah sampai nak muntah bila cium bau tu. Saya pun ada makan, tapi secubit saja takut kempunan orang tua kata. 



Sapa yang fanatik dengan buah durian bolehlah kawan dengan saya coz kamu tak perlu nak berkongsi dengan saya, kamu boleh makan sebanyak mana yang kamu nak coz saya tak akan kacau hehe...

REFRESHING COCONUT JELLY


Tak payah saya hurai panjang2, tapi tengok gambar nie jer dah cukup untuk kamu tahu betapa super duper fresh n chill nya bila dah abiskan 1 cup coconut jelly nie! Paling sedap kalau dimakan bila tengahari, heaven!








INGATKAN RAMA2 PUN MACAM MANUSIA NAK WANGI!

Nie cerita kawan sekerja saya. Awal2 pagi lagi, sampai2 jer ofis terus la dia share 1 cerita lucu dengan saya.

"Saya sedih la"... 

"Napa sedih?".

"Kamu tau, last nite ada 1 rama2 putih masuk dalam bilik saya, kami dua sama2 tidur, saya tidur kat tempat saya, dia pula tidur kat kerusi so soundly n sleep tite. Waktu pagi bila saya turun kerja, saya pakai minyak wangi than saya pun sembur la sikit kat dia."

"Lol...napa kamu sembur?,  i ask him"

"Saya ingat dia pun macam manusia ,kiranya nak bagi dia wangi. Tapi tak tau pula bila saya balik rumah saya tengok dia dah mati(nada suara sedih haha)"

"Kamu nie...memanglah rama-rama tu akan mati kalau kamu sembur dengan minyak wangi!" 

"Kamu rasa dia mati kerana cium bau wangi kh?"

"Bukan kerana bau minyak wangi pakcik tp kerana sayap dia basah, macam mana nak terbang, than macam mana nak cari makan, mesti lah dia mati kebuluran!"

"Oh..yakah?"

Haha...saya memang tergelak habis dengar cerita kawan saya nie. Ermmm....kamu semua rasa rama2 tu mati kerana bau wangi or kerana kebuluran tak dapat terbang cari makanan coz sayap basah??

Wednesday

SUSHI

My 1st time sushi. Ok juga lah rasanya, masih boleh ditelan dan im really like n enjoy it:D. Saya paling suka yang prawn, dan yang ada disalut dengan keju, yang fried beancurd berisi tuna tu pun i like, cuma saya memang tak sentuh yang ada telur ikan tu jer la. Nie juz sebahagian saja hidangan yang saya ada ambik gambr, yg lain tu saya dah fokus nak makan hehe...




Km ber3 dapat habiskan sebanyak 20 pinggan sushi(pinggan kecik jer k). 


SAYA GURU PENGIRING

Hari sabtu yang lepas, 6/10 saya jadi guru pengiring hantar seorang student dari sekolah saya ke Majlis Penyampaian Hadiah praduan menulis esei kenegaraan 2012. Actually juz saya seorang jer yang diperlukan jd guru pengiring tapi memandangkan saya masih baru lagi dan tak confident nak bw student keluar seorng diri maka sy ajak sekali Miz Leong. Yang kesiannya masa kat kaunter pendaftran, orang juz ingat Miz leong jer yang guru pengiring, n me is a part of the student yg dibawa, adakah saya masih nmpk muda n sebaya dengan budak sekolah menengah hehe...lu pikir la siasat la sendiri k.


Tengah bersiap. Sampai2 jer hotel terus mandi n bersiap segala. Majlis mula kul 7.30. Kiteorang sampai hotel kul 5.30 n bila dah abis berurusan segala tengok2 jam dah kul 6.30. Kite guna kenderaan khas untuk pergi ke Venue event tersebut yang berlangsung di Hotel Grand Margherita.

Dua orang kanak-kanak riang nie tengah membongkar beg yang diberi di kaunter pendaftaran. Miz leong tak puas hati coz hanya saya dan student tu jer yang ada baju special di dalam beg tersebut haha...tu lah sapa suruh pegang title guru pengiring:P


Pemenang keseluruhan Praduan Mengarang Esei Kenegaraan 2012, penyertaan sebanyak 6,000 orang dan pemenang hanya dikira dari Johan, Naib Johan, Tempat ke-3, dan 3 orang penerima saguhati bagi setiap kategori iaitu penulisan dalam bahasa Inggeris, BM dan Bahasa Iban

My student is penerima hadiah saguhati, tapi ok juga la coz mendapat RM300 tunai dan sijil penyertaan. Next year saya nak join la, ikut kategori orang awam, i nekad nie, nak dapat duit RM 2000 tu:D