Pages

Tuesday

hari2 last di Tanjung Malim

Minggu ni jadual saya agak padat, banyak benda kena dibereskan sebelum bercuti panjang[ermm panjang la sangat:P]. Kena uruskan thesis, lepas hantar untuk dijilid kena tunggu 3 hari baru siap, pas tu hantar pula kat penyelia maka baru la dikatakan mission complete tok tugasan thesis ni.
Ta...rangggggg siap sudah thesis saya=)
Ramai2 kami berkampung di luar bilik penyelia thesis, yang askar 2 orang tu pun ikut sekali hehe=)












Bersyukur sangat2 saya kawan2 banyak membantu, padahal sebelum ni kami tak la rapat sangat just sekadar bertegur sapa di kelas tapi oleh kerana semangat KETHESISIAN ni maka kami telah bersatu=). Mereka sangat banyak membantu saya, tak tau macam mana nak balas balik, hanya dapat mengucapkan terima kasih saja.







Terima kasih teman2, love u ol muahhhhhhh=)









Malam ni kawan hantar saya pergi LCCT, flite saya pagi esok jam 7.25pagi sampai kuching dalam kul 9pagi cam tu la kalau tak ada aral melintang. Doakan saya selamat sampai k=). Habis sudah episode kehidupan sebagai seorang pelajar di Tanjung Malim, next sem dah menjalani internship kaunseling dan kalau tak ada aral melintang dijadualkan akan berkonvo pada bulan JULAI 2011!!weeehooooooooo=)

Monday

miss lonely nobody

Hurmmm.....agak sedih juga la saya balik kali ni, dah la bff yang selalu sama balik dengan saya dah balik awal then kawan yang pada mulanya janji nak pegi LCCT tu pula buat hal last2 minute macam ni, nak pula jalan2 dulu kat KL, serious saya tak rela jalan2 sambil bawa beg yang berat, rela lagi saya pegi LCCT tu sorang diri!



Sedikit kecewa juga la dengan perangai kawan seorang ni, sebenarnya hari ni dan sehingga 14hb tu sepatutnya saya stay dengan dia sebab kolej kediaman kena dikosongkan so ingat nak menumpang kat umah sewa dia la, saya bagitau nak tumpang kat umah dia bukan secara last minute tapi siap bagitau 2 ker 3 minggu awal, dia bagitau ok jer tapi bila the day yang dijanjikan dia bagitau pula tak dapat nak suruh saya stay kat umah sewa dia dengan alasan dia pun menumpang umah sewa kawan, ok fine saya consider, sebab tak nak kecoh!



Ni pula timbul masalah nak pegi LCCT, dia nak pegi awal pagi bab nak jalan2 dulu kat KL, saya tak boleh paksa dia ikut kehendak saya, lagipun siapa la saya nak paksa2 dia kan, cuma saya agak kecewa la napa orang susah betul nak bantu saya sedangkan bila orang minta pertolongan dari saya, susah betul saya nak tolak pula[serius ni!].



Misalnya kes ni, ada seorang kawan bagitau dia belum beli tiket flite sebab takde bank card online tok tempah tiket, so saya bagitau saya ada, then saya offer juga supaya dia beli tiket flite yang sama hari N masa dengan saya, 1st dia cakap ok so saya rasa hepi la. Then bila dah saat2 nak beli tiket ni, dia tiba2 bagitau nak hari yang sama tapi masa yang berbeza dengan flite saya, ok fine saya diam jer and tanpa banyak songgeh beli seperti yang dia nak. Tapi Serious saya agak kecewa sepertinya dia trick saya dengan "mengumpan" bagitau nak sama flite dengan saya supaya saya nak tolong dia beli tiket!! Aiyooooo tak perlu la dia nak buat macam tu, saya tak paksa dia tapi cuma berharap saja dan tak perlu kot dia nak guna taktik kotor macam tu!



Sebenarnya agak leceh juga saya nak uruskan pembelian tiket secara online tu, sebabnya saya kena pegi mesin ATM tok dapatkan no TAC dulu baru boleh complete kan pembelian tu tapi saya tak kisah sebab memang niat nak bantu dia dan semata2 nak dapatkan no TAC tu saya terpaksa naik bus tok pergi ke mesin ATM berdekatan walaupun that day saya agak keletihan sebab uruskan hal thesis saya dan apa balasan yang saya dapat pada akhirnya???! Nilai la sendiri yer apa kesudahan yang kawan ni bagi kat saya.



Manusia ni memang pelik, ada otak ada hati ada perasaan tapi disalahgunakan dan tak dimanfaatkan dengan betul. Takpa la saya berserah pada Tuhan semoga berserta dengan saya selalu, mungkin ada hikmah disebaliknya. Jika orang balas kebaikan yang saya bagi dengan kepahitan tapi saya akan balas balik dengan kemanisan[mencontohi teladan mak dan ayah saya.]




p/s: Tuhan mahu saya belajar berdikari, so saya akan gunakan peluang ni sebaik mungkin, chayok2 Rosca!!=)

Sunday

BEARRRRRRRRRR!! Ngauuuummmmmm???!!

eh pernah dengar tak macam mana bunyi beruang?! hurmmm beruang pun mengaum jugak ker???!! CONfuSED cONfuSED!!!! oK lupa kan la persoalan di atas, tak kisah la macam mana bunyi beruang, mengaum ker mengiau ker mengSHHHHHH[bunyi ular la!]ker takpa2 yang penting bear memang comel, PATUNG BEAR K bukan la yang sebetul-betulnya natang beruang yang ada kat kutub utara[utara ker selatan ah???] tu.


kat sini saya ada 1 story nak share, ceritanye begini

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Bff saya--->sam the day dia nak balik dia bagi saya patung bear yang kecil N comel tok gantung kat handset. Cara dia bagi saya gift tu so sweetttt, dia tak bagi by hand tapi bila pulang jer saya dari hantar dia kat kereta dan masuk bilik, saya tengok ada sepucuk surat N patung bear yang comel ni kat atas katil saya. Saya rasa sangat terharu T_T.













Dan2 tu gak saya bagi text kat dia, saya BENCI dia bagi saya gift tu sebab..................................ia buat saya makin sedih T_T lol!! Dia reply balik, bagitau dia just mampu bagi saya bear kecik tu sebab tak mampu nak beli yang besar waaaaaa, lagi sedih dengar=(. Dia tau saya suka patung bear. Tapi time besday saya hari tu dia N seorang lg bff saya terlupa nak bagi bear kat saya tapi "terhadiah" benda lain pulak!









Nvrm Sam, I like N love it's sooooo muchhh=) Ta......da.....saya dah gantung pun patung tu kat handset saya. "Sam bear tu agak seksi la, skirt dia sedikit terdedah kat bahagian dada, so balik umah nanti saya nak buat baju tok dia=)"














TA.....RANGGGGG.....saya ada biskut teddy jugak tok di Nyummm Nyummm time boring dan tak ada teman2 tersayang disisi^_*, mengunyah biskut teddy sambil menonton AWAN DANIA weeehoooooo!!=)
















LOl....comel tak baju saya *ngeeee, teddy + purple = truly ROSCA!=)

Friday

LOve U KiTTen!







kawaiii! Kamu rasa antara sungmin(super junior) dan kucing tu sapa yang comel=)?? Siapa kat sini yang tak suka kucing? Saya sebenarnya tak la berapa minat dengan binatang bernama kucing ni, sebab saya geli dan takut, geli dengan bulu dan takut kena cakar. Tapi adik bongsu saya pula tersangat la "mencintai" kucing, siap kutip lagi segala kucing yang "homeless" tok dijadikan kucing peliharaannya. tapi mama saya pun tak suka juga dengan kucing, banyak sebabnya dan paling utama adalah soal kebersihan ialah bila kucing buat hal memang mama la yang jadi mangsa tok bersihkan kotoran dan "pencemaran" yang disebabkan kucing yang tak "bertamadun" ni. Nak harapkan saya tok bersihkan memang haram la, errrrrryerrrrr!!






Bila saya belajar kat sini dan serumah pula dengan 2 orang housemate yang gila kucing lama-kelamaan saya jadi ok dan suka pula dengan kucing.

Kucing putih ni dah jadi kucing "angkat" kiteorang. Walaupun pihak kolej kediaman tak benarkan pelajar tok pelihara segala apa binatang tapi kami serumah secara "underground" pelihara gak kucing ni, dah kucing ni pun tak nak lari dari rumah kiteorang, nak buat macam mana kan2....

Kiranya saya ni dah terjangkit perangai 2 orang housemate saya yang suka kucing tu la. Bila penat study, saya main2 dengan kucing ni jap, terasa seronok pula siap boleh bawa bercakap[saya jer la yang pot pet, kucing tu of coz la tak menjawab!] kesimpulannya sekarang I love kitten coooo muchhhhhh=)

dihalau dari rumah!

Aduhai gue capek bangetttt nie eh!=(. Baru pagi tadi berpindah ke rumah kawan, dengan harapan nak menumpang 4 hari, aleh2 kawan pun kena tendang sekali gak dari rumah, terpaksa la aku pegi menumpang kat rumah kawan yang lain pula esok huhu=((((!!
Semoga kat rumah kawan esok itu terus kekal sehingga 14hb, sebelum fly 15hb. Sarawak wait 4 me ar...here I come come to you=)
ohya2....lupa nak bagitau thesis aku......................dah boleh berjilid yeeeeehooooooo!!!=)

Wednesday

hari pertama tanpa makcik syuai

Semalam lepas lepas kejadian nangis2 tu[entri dibawah], saya kembali normal, saya ambil tuala dan pergi mandi supaya hati tenang sikit. Semalam saya takde selera nak makan nasi, berhidup dengan roti, biskut dan milo saja. Habis segala mandi seperti biasa saya akan duduk kat ruang tamu menghadap lappy. Letih mengadap lappy tengok jam dah dekat nak pukul 5 petang, kebiasaannya bila dah muak adap lappy mesti saya akan duduk melepak ka bilik dia *sigh[mode sedih datang lagi].



Toleh kanan toleh kiri tak tahu nak buat apa, saya pergi la tidur[selama ni mesti kena bebel dengan makcik syuai kalau tidur petang]. Bangun tidur, langsung takde semangat nak buat apa2, barang rumah pun dah dikemas cuma tinggal sikit jer lagi. Dalam pukul 10.30malam makcik syuai bagi text, dia bagitau dia esok akan mula kerja, dia suruh jaga diri baik2[weiii air mata ni tak sporting betul asyik nak keluar jer haishhh!].



Ah malas la nak meneruskan catatan ni, mode sedih dan air mata nie tak sporting betul. Doakan tok makcik syuai saya semoga dia dapat mengharungi hari2 yang mendatang dengan tabah dan kegembiraan..amen.

Tuesday

hate to say good-byes

Hari ni besfren saya balik. Saya hantar dia sampai cab, saya cool jer, dulu saya akan nangis bila nak berpisah dengan dia tapi hari ni saya dapat hantar dia dengan senyuman dan 1 pelukkan yang tak erat. Sebabnya 2 3 hari yang lepas hubungan saya dengan dia tak berapa nak baik, dia tak hiraukan saya sangat, malah dia lebih rapat dengan yang lain, saya rasa sakit hati gak la.
Saya ada bagi dia surat, nasib la surat tu saya tulis seminggu sebelum dia dah nak balik, kalau tak memang saya tawar hati nak tulis surat nak bagitau dia segala benda yang saya memang nak bagitau.



Sedih memang la sedih tengok dia balik, tapi tak la sampai menangis merah biji mata. Pulang ke rumah, mula2 saya sibukkan diri dengan mengemas rumah sebab tak nak fikir sangat pasal dia, then dah abis berkemas segala seperti biasa saya buka fb, tengok2 dia ada bagi private msg kat saya. Belum abis membaca dah saya mula menangis...........[syuai izinkan saya berkongsi msg km di sini yer, sori]



mak cik, sy dah baca surat kamu. TQ ek. termakbul jugak impian saya nk dapat surat. Saya nk mintak maaf sebab byk buat salah dkt kamu. Sebab kamu yg paling sy rapat dan sy sayang. Halal kan apa yg sy makan dan minum. Jaga diri baik2. kamu mesti jadi seorang yg kuat k, kena belajar utk berdikari. Saya doakan kamu berjaya. Terima kasih sebab jadi telinga saya. Mesti kamu dah bosan kan. Saya selalu cerita pasal Afshan dkt kamu. Kalu kamu nk tau, cerita2 tu hanya saya ceritakan pada kamu sahaja tau. Best pren time sekolah pn xtau sy dah ada gewe ...hehe...mungkin time kamu baca ni, sy dalam perjalanan ke tempat baru. Doakan sy berjaya kumpul duit dan pengalaman. Sori sebab x hirau kamu selama beberapa hari ni. Nak tau sebab ape sy buat mcm tu...saya tak nak kamu rasa kehilangan sgt, bila kamu sgt rapat dgn saya dan sy pergi tinggalkan kamu, mesti kamu sedih nanti. Mummy, i love u so much. Kamu kawan terbaik yg penah sy ada. Kita bertemu sebab di takdirkan oleh Tuhan dan kita berpisah juga kerna takdir Tuhan. Walaupun sedih tapi kita perlu merelakan.
TQ mak cik.....sekiansaya akan jaga seluar hijau tu dgn baik, thanks ^^




sedih sangat, sampai tak tahu nak cakap apa.

Monday

mode: membersihkan rumah

Letih dari menguruskan segala hal berkenaan thesis, balik rumah tiba2 datang mood rajin nak mengemas rumah tambahan lagi housemate yang lain dah nak balik=(. Semalam seorang dah balik, esok pula dua orang akan "memulangkan" diri, maka tinggal la saya bersama seorang lagi kawan yang akan pulang 10hb.
Kesimpulannya saya la orang terakhir yang akan meninggalkan rumah tercinta ini huk3. Akhirnya selesai juga kami mengemas, walaupun bukan 100% tapi hanya tinggal lebih kurang 20% yang belum selesai lagi.

Sunday

asyik2 kena perbaiki

Hurmmm...napa la sem nie saya agak malang, kena balik lambat, thesis punye pasal la ni!!! Panas juga la hati saya dengan thesis yang tak abis2 kena perbaiki lagi, padahal tarikh submit dah dekat. Aduhai penyelia ku, tolong la luluskan thesis ini untuk dijilid, plzzzz sangat berharap ni=(.
Asyik pergi print, kalau pakai printer sendiri tak apa lagi ni kena pula memPRINT kat kedai, setiap kali print dah berapa duit mengalir keluar huhu, belum lagi nak menjilid, di tambah lagi nak uruskan hal rumah sewa tok sem depan arrrrrrghhh!!! peningnye kepala saya.
Walaupun dah tak ada assignment, exam pun dah abis tapi hati still tak tenteram sebab asyik fikir pasal thesis nie. Tulun, tulun, tulun saya, berdoa la untuk saya semoga thesis ni cepat siap=(.

Saturday

birthday update 23/11

Birthday kali(23/11) ni sempat saya celebrate dengan teman2, 1st time dan last time sambut besday bersama housemate merangkap teman baik, sebab sebelum2 ni tarikh besday jatuh bila dah naik semester break so tak dapat nak celebrate bersama teman. Thanks guys, you all so cool=)


Rambut kusut masai, mana taknya time tu tengah syok2 tidur then datang 4 orang ninjaGurl masuk bilik nak bagi suprise, tak nyempat2 nak bersikat rambut:P~~




Thanks teman2, sangat terharu dengan gift yang korang bagi=). Korang memang tahu la saya suka purple dan sangat suka dengan frame N gambar yang miz superhero bagi tu, akan saya bawa bersama time praktikum nanti sebagai pengubat rindu kepada korang semua=).



nyummm nyummmm.....ketara sangat muka baru bangun tidur:P~~




Miz no perasaan and ME <3>



Tarak cake, pizza pun jadi la^_^, thanks sufi kerana bersusah payah mengIMPORT pizza tu dari tempat jauh=).

BirthdayGurl wif 5 NinjaGurl^_*. Thanks semua yang telah bersusah payah celebrate birthday saya, kenangan bersama yang akan saya simpan selamanya=)

Last Pica, heart ya'll muahhhhhhhh^_^.

Friday

dedikasi buat teman-teman

Ada sesiapa kat sini yang tak ada insan yang bergelar kawan, friend, peng you(mandarin), tomodachi(japanese), chin-gu(korean) dan bla bla bla[tidak kisah la nak panggil apa janji orang tu adalah orang yang boleh bersama kamu bila bergelak dan menangis]??? Saya pasti semuanya mesti ada kawan, oh ya kalau berkawan dengan binatang macam kucing, anjing, arnab dan ikan tu kamu rasa itu boleh dianggap kawan ker??[ermm confius^-^].



Entri ini, saya khaskan untuk bercerita tentang teman-teman karib yang bersama-sama dengan saya mengharungi pahit manis belajar di zaman uni. Bersama teman2 ini kami mencipta segala kenangan manis, lucu, geram dan segalanya. Jatuh bangunnya saya di sini semuanya bersama teman2 ku ini, mereka pernah menyaksikan saya menangis bila saya kehilangan orang tersayang, mereka juga bersama dengan saya mencipta peristiwa lucu dan bodoh dan mereka juga mengajar saya banyak perkara yang tak pernah saya lakukan sebelum ini.



ok disini saya ingin memperkenalkan watak-watak pelakon cerita "TEMAN-TEMAN & SAYA"



Ha kalau semua nak tau ini la Miz pot pet kami. Nickname dia kat rumah ialah makcik dan mummy. Dia adalah yang paling tua sekali di antara kami berempat. Tapi perangai dia tak berapa nak tua sangat, kalah budak tadika:P. Dia teman paling rapat sekali dengan saya. Bilik dia selalu jadi sasaran saya tok melepak. Saya selalu meluahkan perasaan kat dia, tapi yang tak syoknya dia asyik busy berchat sampai kadang2 tak peka apa yang saya cakap=(. Tapi dia memang kawan yang baik, selalu sponsar kiteorang sate[sebab dia memang addict sate:P~~], paling rajin mengemas rumah tapi satu perkara tak best tentang dia, dia suka membebel hak3[mummy jangan marah, nanti cepat tua hehe]. Mummy, saranghe, love you, muahhhhhhhhh^_^


Ni pula Miz no perasaan, hak3. Dia kawan yang paling lama geng dengan saya, kami berdua kenal sejak form 4 then datang bersama ke sini, sama course pula tu, dahsyat lagi sama kelas, sama rumah dan sama bilik!, jodoh kuat antara kami=). Dia kawan yang paling cool, tak mudah melenting, kamu marah dia pun dia tak kisah. Dulu dia innocent tapi sekarang otak dia dah tak berapa clean lagi, mungkin kerana dah makin dewasa kot:P~~[kononnya la hehe]. Makcik i love you too and gonna miss you, muahhhh=).



Ni pula Miz superhero, kiranye dia ni orang kuat geng kami la. Dia akan bertindak macam abang kami, akan selesaikan perkara yang adik-adik perempuan dia nie tak reti nak buat. Rasa selamat bila keluar berjalan dengan dia^_^, thanks ct kerana memberi saya 1 pengalaman bila ada abang walapun sebenarnya kamu perempuan, sebab tu saya suka berkepit dengan kamu bila kita keluar hehe. Jangan tak tahu, dia juga mempunyai senyum yang killer di tambah lagi dengan tahi lalat pemanis selalu jadi perhatian orang[aduh bila orang lelaki tertarik kat dia baru saya perasaan ct bukan abang, alamak tak akan la "abang" saya nie gay pula hak3]. Ct, i lurve u n gonna miz u too, huk3, muahhhhhhhhhhhh=)





ermmm nie kamu rasa siapa erk?? Ni la Miz spoil kiteorang, suka merajuk, dan sensitif. Tapi dia sangat sayang kawa-kawan dia, itu yang paling saya pasti tentang dia. Suka jugak buat lawak bodoh, then akan kena sound dengan Miz superhero sebab buat lawak bodoh hak3. Paling menyampah tentang dia nie bila nak pergi mana-mana mesti nak berteman, nasib la nak pergi tandas tak minta ditemankan:P~~ Sekali lagi saya nak bagitauuuuuu, saya sangat sayang kawan-kawan saya=(, saya akan merindui kamu semua, tolong la semoga kamu semua jugak akan merindui dan mengingati saya selalu, ok=).

Kenangan di antara kita :

Nukilan khas buat teman tercinta:

Pada suatu hari,
Saya pergi satu tempat,
Tempat itu tidak pernah saya pergi,
Mula-mula saya takut sangat.

Tapi moleknya saya bertemu 1 teman lama,
Hati saya kembali berbunga,
Maka kami berdua pun sama2 mengembara,
Dengan semangat penuh membara.

Dibawa bersama hati yang lara,
Bertemankan air pada awal cerita,
Tapi kemudiannya bertemu dengan 4 orang dara,
Air mata bertukar menjadi ceria.

Awal perkenalan kami malu-malu,
Tapi bila lama-lama kami sungguh tidak tahu malu,
Hari begitu pantas berlalu,
Maka tiba waktu hujung minggu.

Kami berenam pun pergi la ke pasar malam,
Tengok orang ramai berbalam-balam,
Tapi kami anggap itu lumrah alam,
Asal saja kami dapat makan malam.

Habis membeli kami pulang,
Tengok orang beratur panjang,
Bas pula tidak datang-datang,
Aduhai perut lapar bukan kepalang.

Tidak lama bas pun datang,
Mungkin kerana semua dah penat,
Maka bas pun kami serang,
Masing-masing dah tak beringat.

Maka berlaku 1 peristiwa dahsyat,
Di mana dua kawan saya hampir ditamatkan riwayat,
Apabila masing-masing nak tunjuk hebat,
Nasib la ada lagi talian hayat.

Itu peristiwa 3 tahun yang dah berlalu,
Kini tiba masa kami semua dah nak berpisah,
Semoga kenangan ini akan dikenang selalu,
Sebagai satu memori indah.

p/s: nukilan ni tak ada dalam mana2 kategori kesusasteraan melayu, nak kata pantun pun bukan, nak kata puisi pun tidak, syair apatah lagi, nukilan ini adalah sekadar picisan tok hiburan teman saya=).

Thursday

kisah rumah sewa dan saya

Dalam seumur hidup saya sepanjang dah 23 tahun hidup di dunia yang fana ni(pakai ayat NOVEL jap) tak pernah lagi merasai hidup menyewa tapi semalam sehari-harian saya dan geng2 pergi ronda seluruh kampung dan taman tok cari rumah yang bersewa, aduhai punya la "menyampahkan" nak cari rumah tok disewa. Bila kita cari rumah sewa, rumah tok dijual jer yang banyak tapi time nak cari rumah tok dijual rumah sewa jer pula yang banyak!, hurmm memang hukum dunia ker macam tu??


Semalam 3 buah sekolah saya pergi dan 3 buah tempat saya pusing tok cari rumah sewa mana tak bila sampai rumah terus "pengsan zzzzzzzzzzzzzzz", dan kawan bagitau semalam saya tidur berdengkur *ngeeee, tu menandakan saya mengalami "penyakit" keletihan tahap gaban lol! Entah macam mana la nanti bila dah duduk rumah sewa, haiisshh banyak benda kena difikirkan ni, fikir macam mana la nak cari duit time cuti ni tok support bayar sewa rumah, tambah lagi sem depan nak tukar lappy baru, cadang nak beli camera juga dan paling penting ialah duit perbelanjaan sepanjang 4 bulan praktikum mesti dan pasti akan guna duit banyak ni tok support program dan aktiviti yang dibuat nanti=(. Duit mengalir keluar macam air, tapi duit mengalir masuk satu sen pun tarak oooo.



ermmm...sem depan kalau tak ada "kayu balak" melintang kat depan mata, selamat la saya akan menyewa di apartment yang dekat dengan sekolah, so nampaknya sem depan saya akan berjalan kaki pergi dan balik sekolah....weeeehooooo boleh kurus la nampaknye ni*ngeeeee. Bukan senang nak sesuaikan diri kat tempat baru nanti dan nampak gayanya kena memulakan lagi sesi "salam perkenalan" tok semua orang sebagai langkah mencari kenalan dan kawan baru sebagai rakan sepejuangan sepanjang 4 bulan itu nanti.



Mak saya penah bagitau, hari 1st kite kat tempat baru memang semua tak akan kena punye, buat salah adalah perkara biasa, nama pun masih baru lagi. Ke mana pun saya pergi saya selalu "bawa" bersama kata2 mak saya ni, kiranya ia sebagai azimat penguat semangat la. Dulu 1st time datang UPSI pun gelisah memanjang jer bila kena pergi satu tempat yang jauh dari tempat asal, kena berpisah dengan family, berpisah dengan teman2 tapi the end ok juga, jumpa la teman2 yang 1 kepala dan kolej kediaman yang mendamaikan umpama tinggal di resort peranginan menghadap banjaran titiwangsa[so pilih la UPSI sebagai tempat pengajian anda yer, kerana sememangnya persekitaran UPSI sangat kondusif, hmmm promote jap UPSI tercinta nie^_^]



Takpa saya akan cuba bertahan selama 4 bulan berpraktikum, cuba buat sehabis baik, aplikasikan segala ilmu yang dituntut selama 3 tahun setengah di UPSI dan bawa bersama kenangan terindah bersama teman2 baik di sini. Tiada yang mustahil melainkan kita sendiri yang mengatakan sesuatu itu adalah mustahil.



Selamat bercuti dan berpraktikum teman2. Jumpa lagi time nak konvo nanti^_^.

Wednesday

abis sudah exam!

weeehooooo lalalalala.....abis sudah paper hari ni=) hilang satu beban so tinggal lagi 1 beban yang kena dibereskan iaitu kena siapkan "KEK THESIS" pula.


semoga saya boleh siapkan "kek" nie secepat dan "sesedap" yang dapat!