Pages

Monday

psikologi bilazim

paranoid dyssomnias

schizoid parasomnias

schizotypal The Durham Rule


American Law Institute Rule The M'Nagthen Rule







Esok last paper tok sem ni dan exam terakhir juga selama menuntut 3 thn setengah kat sini, sem depan dah pergi memPRATIKUMkan diri.



Last paper esok ialah------>psikologi bilazim, yang semuanya tentang tingkah laku abnormal, so perkataan2 di atas adalah antara istilah yang akan dilontarkan oleh "PIHAK MUSUH" dan saya akan bersedia dengan "M-16 & SEGALA PELURU OR BOMB".

Abis paper esok hilangla 1 beban, dan kemudian seluruh tenaga akan dicurahkan pula kepada thesis. Kena siapkan "KEK THESIS" nie cepat2 sebelum 14hb, kerana 15hb saya akan "MENCABUTKAN" diri tok terbang ke negera asal weeeehooooo lalalalalaaaa...sua sue kemoning*mode retro & lagu P.Ramle^_*.


ok, stop sini dl, sekarang dh pukul 12.02am[malam], esok kena bgn awl sebab examnya waktu pagi dong=) nitezzzzzzzzzzzz

Saturday

Trip over love, you can get up. Fall in love and you fall forever.


[COCO ROCHA & JAMES CONRAN WEDDING]



To have and to hold from this day forward, for better or worse, for richer for poorer, in sickness and in health, to love and to cherish to death do us part-Prayer.


To keep your marriage brimming, With love in the wedding cup, Whenever you're wrong, admit it; Whenever you're right, shut up.- Ogden Nash


Marriage is ever made by destiny.- George Chapman


Two souls with but a single thought,Two heart that beat as one.- Franz Joseph von Munch-Bellinghausen

Friday

thesis!!!



Kerana thesis saya tak tenteram nak ambik exam, kerana thesis tidur malam dalam mimpi pun teringat pasal thesis, kerana thesis duit pun dah kopek asyik2 pergi print dan bagi peluang tok penyelia mencurahkan dakwat merahnya ke draf thesis umpama mencurahkan "coklat ke ladang gandum"!






Tension ar asyik2 penyelia cakap itu ini salah, tak ada langsung benda yang betul. Saya pun dah tak tau nak buat macam mana. Menambahkan tahap ketensionan bila kawan-kawan yang under penyelia lain semua dah boleh jilid!






Dan yang paling mengharu birukan bila saya kena balik 15hb berbanding dengan rakan-rakan lain yang boleh balik awal, maka tinggal la saya di sini di tempat yang buat saya rasa nak muntah sebab dah terlampau kebosanan menempuh hari2 yang mendatang dengan perasaan sebal dan tertekan dengan thesis terutamanya!

Tuesday

23.11.1987



23 years old already!! LOl...rasa macam tak percaya jer umur dah makin meningkat tapi duit dalam bank tak juga meningkat2 hak3.



Thanks God coz create me so amazing[it's ok if U not agree with me:P]. TQ juga kepada mak ayah saya yang telah menjaga saya selama 23 tahun, membesarkan saya, memberi makan minum, memberi perlindungan dan kasih sayang terutamanya, dan dah bagi segala-galanya.


Mungkin orang lain yang sebaya saya sudah ada kehidupan yang stabil, dah ada kerja, ada kereta ada rumah dan dah boleh menyara diri sendiri tapi saya pula sebaliknya masih lagi kena bergantung harap dengan mak ayah huk3.




Birthday kali nie mengingatkan saya kepada peristiwa 6 tahun yang lepas, time tu Form 5 dan ada paper fizik dan sebenarnya ada 1 peristiwa lucu + sedih tapi tak leh nak cerita kat sini *ngeeee.



Terharu dengan kawan2 yang wish kat wall fb, call and bagi suprise. tQ semua^_^.

Sunday

a true friendship is a giver, not a taker.

Apa yang kamu harap dalam persahabatan? Semua orang pasti ada pendapat masing-masing.


Dan ini pula pendapat saya. Apa yang saya harapkan dalam persahabatan adalah keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan.


Tapi agak mustahil tok kita bertemukan kawan yang mempunyai semua ciri-ciri yang kita harapkan, bukan begitu? Sebab tiada siapa pun yang sempurna di dunia ini melainkan pencipta kita.






Saturday

F.R.I.E.N.D

weeehoooo...friend in crime, makcik Syuai dah "kembali semula" hak3. Sampai2 jer terus kecoh rumah, walaupun cuma ada 5 orang jer kat dalam rumah tapi keriuhannya umpama ada 10 orang budak yang tak matang2 lagi ada kat situ.
Dah boleh lupakan segala benda yang "mengurang enakkan" kepala dengan perangai dan lawak bodoh yang di buat oleh budak2 yang masih underages ni*ngeeeeee
p/s : Past is Past.

Friday

Everything Happens For A Reason

Warning: Kisah di bawah adalah kisah yang agak emo, JANGAN BACA SEKIRANYA ANDA JUGA DALAM KEADAAN MOOD YANG TIDAK MENENTU!!



Hari ni, kehidupan saya bermula dengan situasi yang membuatkan saya berasa kecewa, lemah dan segala macam lagi perasaan negatif yang lain. Patutlah 2 3 hari sebelum ni saya asyik bermimpi perkara yang tak syok jer, tak kiralah time tidur petang ataupun tidur malam dan yang paling teruk semalam saya langsung tak tidur lena. Rupa-rupanya tu adalah warning tok situasi yang saya hadapi pada tengahari yang maha panas dengan keadaan perut yang kosong tak ade selera nak makan nie=(.


Kisah Bermula..............





Saya bukak FB, then nampak la seseorang tu on9. Seseorang tu adalah orang yang saya pernah suka dari dulu dan mungkin sampai sekarang pun saya masih suka lagi. Kami pernah jadi couple tapi cuma bertahan tok 3 hari jer! Selepas kejadian tu, perhubungan kami on off, 2 3 bulan tak berhubung then berhubung lagi dan sampai la ke hari ini. He's my 1st love, sebab tu agaknya susah sikit tok saya lupakan dia tambahan lagi saya memang tak couple dengan siapa2 selepas dia.


Saya selalu menafikan yang saya masih suka kat dia tapi sebetulnya saya masih sayang kat dia lagi! Dan hari ni dia meluahkan perasaan kat saya, yang dia jumpa fb ex-gf dia dulu, dia confess dengan saya betapa dia masih sayang kat ex-gf dia, dia cuba tok lupakan ex-gf dia selama 6 tahun tapi bila dia jumpa balik fb girl tu, tiba2 dia berasakan he's lost control. Apa perasaan kamu bila orang kamu suka bagitau kamu situasi sebegini?


Saya sangat sedih tapi cuba tok cover line, siap saya cuba tok comfortKan dia. Dia bila dah meluahkan perkara ni, walaupun sedih tapi sedikit sebanyak dia akan lega sebab dah berkongsi perasaan sedih tu dengan orang lain tapi saya pula?! Tergapai-gapai la saya seorang diri, cuba tok tenangkan diri sendiri. Bodohnya saya, rasa macam nak tampar jer diri sendiri supaya kembali sedar ke dunia nyata, supaya jangan la ada perasaan cinta walau sebesar kuman pun kat dia ni.



Tak ada orang untuk saya berkongsi perasaan yang sedang dialami sekarang itu yang membuatkan saya berada disini tok meluahkan perasaan saya.


Apa2 pun saya mendoakan orang lain tak semalang saya pada hari ini, God Bless Ya' all....Amen.

belajar berdikari

Baru baca 2 3 patah perkataan dalam nota kecil dah tangan gatal p sentuh laptop, p godek sana godek sini ha mula la sampai 2 3 jam melayari apa2 saja terutamanya facebook dan blog orang lain adeiii nie la virus pemusnah budak2 zaman sekarang---->teknologi canggih tapi di salah gunakan aiyoooo mama...






Tapi memang tak boleh la nak pisahkan diri ini dengan laptop dan internet cehhhwahh hehe. Laptop la penghibur di kala berduka, di kala diri tiada teman untuk berbicara, di kala minda mahu "mengembara" dan bla bla bla. Internet ada baik dan buruknya juga, banyak perkara kita boleh perolehi menerusi internet ni nak belajar menjahit, memasak, mencari resipi, online shopping, cakap jer apa nak di cari semua boleh dapat dengan hanya mengKlik dan search kat google or ape2 saje website*maklumat di hujung jari. Misalnya kisah sorang minah ni yang masih JAKUN lagi tentang KA_YEL(KL). Baca la kisah di bawa nie, kalau nak tau siapa minah tu.....






Kali ni saya akan balik sorang, naik bus, naik train, naik flite semuanya sorang2, sebabnya besfren yang selalu balik bersama saya mungkin akan balik awal. Saya pula masih terikat dengan thesis yang langsung tak sporting tok lepaskan saya balik awal!=(.




Ok sebagai langkah persediaan awal tok mengembara sorang2 ni, kena la saya mencari segala maklumat macam mana la saya nak sampai dengan selamat dan sejaya-jayanya kat LCCT tu. Mungkin kali ni saya nak try naik KLIA transit tok ke LCCT. Tentatif perjalanan lebih kurang macam ni*plan jer ni........




naik bus dr Tanjong Malim--->KL Sentral--->KLIA transit--->LCCT


Harap2 la sepanjang perjalanan ni jika ada kesulitan Tuhan akan mempertemukan saya dengan orang yang baik2 belaka..Amen. Saya memang ada penyakit phobia bila kena pergi suatu tempat sorang2, ni la masalah orang yang selalu terperap dalam rumah dan terlalu manja tok keluar sorang2, bila emergency case memang akan kelam kabut dan panic=(.

Ha...dah tau tak siapa minah tu?

Ok2 stop sampai di sini dulu, final exam pun belum habis lagi plus thesis pun tak berjilid lagi so masalah ni letak tepi dulu la kan^_^....





Wednesday

Motivasi...

Bila kamu tiada motivasi untuk melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup, kamu akan buat apa untuk menaikkan semula semangat tu? Ha...tak akan la kamu nak terus berputus asa, tidur saje sepanjang hari untuk melupakan masalah ataupun makan tidur makan tidur saje??*Lagi la bertambah masalah kamu iaitu "SELAMAT DATANG KE DUNIA OBESITI" hehe.
Saya percaya semua orang ada masalah tersendiri, orang kaya, perempuan cantik, lelaki hensem, gifted person atau sesiapa saja semuanya adalah masalah cuma yang membezakan kita adalah masalah yang dihadapi itu berbeza-beza. Cubalah tanya kat siapa-siapa yang dekat dengan kamu, semuanya akan bagitau yang mereka ada masalah*melainkan orang tu ada masalah mental barulah dia akan bagitau dia tiada masalah(tapi tetap ada gak dia masalah--masalah mental:P~~).

Saya bila otak serabut dengan masalah, mula la saya berasa malas nak buat apa2, rasa nak tidur saje tapi bila nak lelapkan mata tak dapat pula sebab masalah asyik menari-nari kat fikiran saya. So saya akan bangun dengan malas menuju ke arah mr.lappy dan mula melayari dunia global tanpa batasan untuk mencari hiburan yang boleh menghiburkan hati. Saya suka explore blog orang lain dan salah satu blog yang menarik perhatian saya ialah proudduck.com. Blog ini dimiliki oleh seorang gadis kecil molek yang comel, dia baru berumur 23tahun tapi sudah mempunyai kerjaya dan baru memulakan business online shopping.

Saya suka mengunjungi blog dia bukan kerana faktor fizikal, tapi saya sangat menyanjungi semangat yang ada pada dirinya. Saya dengan dia sebaya tapi saya melihat pemikiran dia 10 kali ganda lebih matang daripada saya. Sedang saya masih tercari-cari lagi hala tuju hidup tapi dia sudah berada pada landasan yang akan membawa dia kepada matlamat hidup yang dimahukan.

Pada asalnya saya mencemburui kehidupan yang sedang dilalui oleh gadis ini tapi bila lama-kelamaan saya membaca entri dalam blog dia ia mewujudkan satu semangat motivasi kepada saya untuk berusaha mencapai kejayaan dalam hidup. Mungkin saya agak lambat untuk memulakan misi ini jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang sebaya saya tapi sekurangnya-kurangnya saya akan mula untuk melangkah*bukankah langkah seribu itu bermulanya dengan langkah yang pertama^_^.

Ok, itu saje untuk hari ini. Kena study tok final exam yang bermula pada 23/11. Chayok2!!

Tuesday


Cranberries - Analyse Lyric

Close your eyes, close your eyes
Breathe the air, out there
We are free, we can be
Wide open

For you I open my eyes
To the beauty I see
We we will pray,
We we will stay
Wide open

Don’t analyse
Don’t analyse
Don’t go that way
Don’t lead that way
That would paralyse your evolution

Don’t analyse
Don’t analyse
Don’t go that way
Don’t lead that way
That would paralyse your evolution

Lalala this greatest moment
Lalala the strangest day
Lalala the greatest love of them all

Lalala. this greatest moment
Lalala, the strangest day
Lalala, the greatest love of them all

Close your eyes
Close your eyes
Breathe the air, out there
Fantazise, fantazise
We are open

For you I open my eyes
To the beauty I see
We we will pray
We we will stay ...together

Lalala, this greatest moment
Lalala, the strangest day
Lalala, the greatest love of them all

Lalala, this greatest moment
Lalala, the strangest day
Lalala, the greatest love of them all




Monday

"Chicken Soup For The Single's Soul"(CSFTSS)

CSFTSS is book that gather the stories of love and inspiration for the single, divorced and widowed. I have been in love with this book now ngeeee *lol...actually I should bercinta with my subject text book but not this story book probally:P
What I wanna share here is about 1 chapters in this book that telling about independent spirit of one young lady. It's story about Dawn McKenna that never ever travel alone before but on time she had trouble with her marriage, she tried travel alone to Europe. At first she so panic don't know where to go, how to communicate with others but she tried to pulled herself together and went out explore the Paris and finally she enjoys the moment as a single individual.
THE MAN WHO GOES ALONE CAN START TODAY; BUT HE WHO TRAVELS WITH ANOTHER MUST WAIT UNTIL THE OTHER IS READY- HENRY DAVID THOREAU.

Sunday

Tekanan!!

Sem nie memang terasa sangat beban, tanggungjawab, peranan or watever sebagai seorang pelajar. Bayangkan kena siapkan thesis yang begitu banyak songgehnya, perlu bentang proposal kemudian bentang dapatan, perlu perbaiki itu ini waaa memang takanan la!
Di tambah lagi dengan final exam, kawan course lain cuma ada 3 paper saje tapi course saya pula ada 4 paper plus dengan thesis lagi dah rasa macam nak pecah kepala otak huhuT_T.
Nasib la saya masih waras lagi cuma sedikit hampir nosebleed la hehe.
Mama text tadi tanya bila nak beli tiket flight....OPSSSS!! terlupa nak check pula. Then bila check2, cuma 11/12 yang murah la it's about Rm230 something. Arhhh apa saya peduli, saya nak balik tarikh nie gak, lantak la dengan thesis tu!
Tapi kan bila fikir2 balik risau pula saya kalau tiba tarikh tu thesis belum siap, macam mana??*sigh*. Nak cepat balik rumah tok lepaskan tekanan tapi still lagi nak ambil berat pasal thesis ialah kalau thesis tak siap macam mana saya nak praktikum sem depan dan yang paling dahsyat tak dapat GRADUATE next year la!!!! Waaaa...kus semangat, moga2 la thesis saya dapat siap dengan jayanya.
Ok2 saya ambil keputusan tok cuba sedaya upaya siapkan thesis yang dah berjilid sebelum 11/12, nosebleed pun nosebleed la bulan nie, dan akan berusaha juga untuk final exam!! Alah bisa tegal biasa, Nak seribu daya, jangan seribu dalih, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian...ha apa lagi peribahasa yang boleh menaikkan semangat yer semua akan saya "ikat" kat kepala huh!
p/s: saya italic dan higlight kan perkataan dalam bahasa inggeris tu sebab dah terbawa-bawa penulisan dalam thesis *ngeeee
*Have a blessed sunday everyone!^_^

Thursday

Happy Birthday

Today is my superhero birthday, he turn to 46th year old. Sebenarnya banyak perkara yang saya nak buat dan bagi tok ayah saya--->saya nak bagi homemade cupcakes, saya nak bawa ayah dan family pergi dinner, saya nak hadiahkan ayah saya sebuah jam tangan dan bla bla bla*banyak perkara saya nak buat tapi tak kesampaian-_ -*

Awal pagi lagi adik lelaki saya yang bongsu dah text, tanya kenapa saya belum wish hepi birthday tok ayah. Sebenarnya saya nak call malam nie tok wish kat ayah*tapi tak call cuma text jer* Ayah text, bagitau mak buat dinner special tok dia*woww so sweet^_^*. Pagi tadi mak text, bagitau ayah sangat terharu bila anak-anak awal2 pagi lagi dah wish hepi birthday tok dia*neh tengok ibubapa tidak perlukan present mahal or watever tapi mereka dah cukup terharu dan tersentuh bila anak2 ingat kat mereka, ibubapa sememangnya umpama malaikat di dunia tok anak2 T_T*

Saya dengan ayah memang banyak sangat persamaan--->lahir pada bulan yang sama, sama2 berkulit gelap, paling ketara sama2 tersangat susah tok bersikap asertif:P, sama2 tak suka hu ha hu ha[lebih suka memerap di rumah kalau dibandingkan dengan mak dan adik beradik] dan banyak lagi la...truly father daugther hak3^_*

Harap2 tahun depan saya dapat buat semua perkara yang saya buat tok ayah*sangat berharap!*

Wednesday

Rapunzel

Leganya bila Rapunzel dah melepasi halangan temu duga untuk mengikuti kursus yang dikelolakan oleh KEMAS[*tapi tak tahu lagi result]. Punye la dia nervous tapi sebab adanya "angels" yang sentiasa di samping dia so akhirnya dia cool gak^_^, so happy for her. 2 hari lepas dia kena menghadapi ujian fitness dan hari nie pula menjalani sesi temu duga. Bukan dia saje yang tak keruan tapi saya pun sama juga, asyik text mama nak tanya keadaan kat sana.
Habis temu duga, dia text saya nak bagitau yang sesi temu duga dia berjalan dengan lancar dan kebetulan semua soalan yang saya minta dia prepare itu la juga yang ditanya oleh penemuduga, so boleh la dia jawab. Sekarang tinggal berdoa semoga rezeki berpihak kepadanya. Mama call petang tadi minta kami semua berdoa semoga Rapunzel lulus temu duga nie[*perkara yang sangat comel saya rasakan^_^]~~~"Time In Test, Family Is The Best!"
Saya mendoakan juga kepada sesiapa yang menjalani temu duga hari nie semoga berjaya=).

Tuesday

Malam Pra-Graduasi Kaunseling Batch 2007/2010

Pejam celik pejam celik, tinggal lagi lebih kurang 7 bulan dari sekarang saya dan kawan-kawan akan tamat pengajian. Ada perasaan gembira tapi ada juga perasaan sedih bila teringat akan hari keramat tue. Gembira kerana sudah tamat belajar dan "excited" nak memulakan kehidupan baru iaitu bergelar "kaunselor". Sedih pula sebab akan berpisah dengan kawan-kawan yang banyak menciptakan pelbagai memori sepanjang lebih kurang 3 tahun setengah di sini.

Ini la kami... ya, KAMI TAK MATANG tapi INI LAH KAMI^_^ Bila lagi boleh berperangai macam nie, kalau dah beranak pinak takde makna nak melompat macam nie kan. Pendapat saya, zaman belajar nie zaman kita membuat kesilapan, tapi kemudian kita belajar dari kesilapan tersebut supaya pengalaman itu yang akan membuatkan kita jadi matang. Orang yang tidak pernah mengaku silap dalam hidup adalah manusia yang paling penipu dalam dunia!

Time tunggu bas nie~~~>semua muka excited, tak sabar-sabar nak sampai kat hot spring main air=)





Pelbagai ragam kawan-kawan sepanjang bersama, ada yang mencuit hati, ada yang "mengeramkan" hati, ada yang mengembirakan tak kurang juga yang terasa menyampah tapi di penghujung perjalanan ini tiada lagi perasaan benci atau marah yang ada cuma 1--->hati yang saling sayang-menyayangi, itu lah keadaan yang dapat di lihat semasa malam pra-graduasi budak kaunseling yang berlangsung pada 3/11/2010 dan bertempat di Hot Spring, Sg.Klah.



Ada nampak tak scene touching kat belakang tue? Tue bukan lakonan semata-mata tapi betul2 tau, tak sangka orang lelaki nie pun sama juga macam orang perempuan, siap ada yang nangis2 hehe..



Me and Adel---->kawan yang akan saya rindui bila berpisah nanti. Dia kawan yang paling tidak berkira, lebih suka mendahulukan orang lain daripada dirinya sendiri(harap2 dia tak baca blog saya, kalau tak mesti kembang kuncup hidung dia kena puji nie:P). Kesimpulannya dia memang kawan yang baik^_^




Ni la geng kamceng~~~> di mana2 pun kami ber4 akan bersama kecuali la bila dah habis kelas masing2 akan balik rumah sendiri la=). LOve LoVe LoVE




Thursday

Menangis Macam Budak-budak

Badan terasa sakit-sakit selepas pulang outing ke Hot Spring semalam terutamanya kat bahagian muka sekitar mata saya rasa macam pelik-pelik jer=(. Oh ya last gathering bersama kawan2 semalam sangat seronok, kiteorang sampai kat Hot Spring lebih kurang pukul 10pagi, then pukul 11 ada sukaneka. Kalah kanak-kanak tadika dengan perangai kiteorang, punye la susah nak diatur memang perit urusetia nak bagi arahan sebab masing-masing asyik chot chet chot chet[nie la masalah orang sosial, bila bercakap tak pandai berhenti hak3..] tapi then berjaya juga mini sukaneka tu berlangsung, walaupun masing-masing tau takde hadiah pun untuk yang menang tapi semuanya tersangat sangat la berusaha untuk menang gak haha, lucu ar.


Habis sukaneka kiteorang bergerak ke kawasan mandi. Waiiiisehhhh.....ingatkan tempat mandi tu takde benda luncur-luncur tapi ada la ^_^, masing2 dengan muka tak sabarnya nak MEMBUANG DIRI ke dalam air. Tapi malangnya saya tak dapat nak mandi sebab MASALAH PEREMPUAN haishhhhh tak sporting betul nape la time2 camnie pula la dia nak keluar:P :(. Hanya dapat tengok wajah keriangan kawan2 bermain air jer, tapi sendiri merasa tak dapat huhuhu. Habis mandi segala dan sesi pertukaran hadiah, balik sekejap ke chalet then pukul 4 kami ada telematch. Habis telematch, kami bebas buat aktiviti masing2 sebelum pukul 8 tok DINNER.


Time aktiviti free nie, saya dan geng2 lain main bola, punye la seronok hak3 tapi tak lama kemudian ada seseorang tu menangis teresak-esak sebab muka kena bola[IT'S ME!!:P~~], bukan apa menangis sebab terlampau sakit oo berpinar mata, muka terasa sangat panas, secara automatik bila muka kena PENAMPAR BOLA tu terus keluar air mata, then kawan2 semua panic "rosca..rosca ok kah kamu? Sakit tak? Mana yang sakit?? Sorry2 rosca, saya tak sengaja. Tu la kamu napa tendang bola tu kuat sangat!!" ha nie adalah antara beberapa dialog yang masih saya ingat bila situasi tu berlaku...........OPPPPSSSSSS macam pernah ku alami situasi macam nie, tapi di mana? bila?, oh ya time kecik2 bila bermain dengan kawan2 then bila kawan tolak sampai jatuh or watever mesti akan nangis[congek a.k.a manja betul kan hehehe].


Sekarang muka tak rasa sakit tapi bahagian mata saya terasa sakit dan gatal2, aduhai harap2 takde apa2 la. Ok, itu la sebahagian daripada cerita perjalanan outing saya dengan kawan2 sempena dengan perpisahan kite orang yang tak lama lagi:(. Saya berharap sangat kenangan nie yang akan membuatkan kami tidak akan melupakan diri masing-masing walaupun kami akan terpisah jauh.

Tuesday

LIFE LIVE LOVE

weeeeehooooo!!.....esok outing bersama kawan2 sempena dengan perpisahan kiteorang yang pasni akan pergi praktikum,susah la nak jumpa pasni. Esok berangkat dari rumah dalam pukul 9 pagi tapi dah kena stand by pukul 8.30 macam tu la [walauuweiiii awal la kena bangun ni=( ]. Tentatif program----->sampai2 jer ada aktiviti sukaneka darat, petang pula ada telematch dan saat yang paling dinanti-nantikan DINNER!! Pas abis dinner segala, balik semula ke Tanjung Malim.



Sebenarnya ada 1 cerita yang saya nak kongsikan kat sini, yang kat atas tu sekadar "pembuka kata" konon hehe. Ceritanye begini, petang tadi saya dengan 2 orang lagi kawan pergi outing, temankan kawan buat urusan kat bank, beres segala urusan so balik la kami ber3 tapi tak terus balik ke kolej kediaman tapi singgah kat kampus utama, then naik pula bas untuk balik ke kolej kediaman dan disini la kisah yang sangat menarik perhatian saya tu terjadi.



Naik ke dalam bas, kiteorang tunggu agak lama la bas tu berjalan daripada hanya ada 2 3 orang jer dalam bas menjadi penuh pula tapi masih gak bas tak gerak, kebetulan dalam bas tu ada beberapa orang pelajar antarabangsa(pelajar china), mungkin agaknya mereka berasa lapar jadi turun la 2 orang pelajar tu tok pergi beli goreng pisang[mesti korang curious nape pula saya leh tau mereka nak beli goreng pisang sebab saya tau dengar mandarin lor:D + lagi kebetulan sebelum 2 orang nie turun ada 2 orang lagi kawan mereka nie dah beli goreng pisang dan mungkin sebab goreng pisang yang dibeli tu tak cukup so turun la 2 orang nie huh!panjang lebar saya menerangkan nie^_^].



OK2...sambung balik cerita tadi, maka turun la 2 orang pelajar china nie dan kebetulan dah mereka 2 nie turun dari bas, pakcik bas pun naik la ke dalam bas dan nak gerak, ha nie part yang paling menarik.....bila tengok bas nie dah nak gerak kelihatan kawan2 kepada 2 orang pelajar china nie pun kelam kabut macam mana la bagitau pakcik bas tu(pakcik bas mana la faham bahasa mereka), dan yang menjadi penyelamat beberapa orang pelajar tempatan yang faham situasi yang sedang dialami oleh kawan2 pelajar china nie pun bagitau kat pakcik bas minta dia tunggu sekejap sebab ada 2 orang lagi pelajar yang belum naik, so pakcik bas pun tunggu la sampai mereka ber2 nie naik baru bas kami bergerak.




Mungkin bagi orang lain ia hanya sekadar situasi biasa yang berlaku tapi bagi saya ia satu peristiwa yang sangat menarik. Apa pun bangsa, agama, atau latarbelakang kita tetap boleh hidup dalam keadaan yang harmoni yang penting hati kita harus menerima orang lain seadanya dan menyayangi orang lain sebagaimana kita menyayangi diri dan ahli keluarga kita sendiri^_^
ok tu jer perkongsian tok hari nie, semoga hari yang korang lalui hari nie pun ada peristiwa yang terjadi dan memberi makna dalam hidup, mungkin bukan peristiwa gembira atau mungkin juga korang ada mengalami peristiwa yang ntah apa2 tapi apa2 pun setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan memberi pengalaman yang berharga untuk kita....have a nice day all=)

Monday

Funny Ad - Lenovo Thinkpad - Grandma Proof

Bila Mr.Lappy Jatuh Sakit!

Sejak 2 menjak nie mr.lappy selalu saja "jatuh sakit", mengalami "keputihan" la[monitor mejadi putih yer], "batuk2" la[setiap kali on jak mesti berbunyi nyaringgggg], pastu terkena pula sindrom "badan mengeras"[keypad problem] dan penyakit terkini, yang terbaru dia hidapi penyakit "LOST MEMORY" aduhaiii semua benda yang di save kat my document habis hilang huhuhu=(, habislah semua album kesayangan, resepi2, lirik lagu, lagu dan segala macam lagi la hilang ntah ke mana?? Mr.lappy kalau lapar pun jangan la mamam segala document saya lol=(

Bertahan la untuk 1 bulan nie lagi. Ermmmm...nampaknya kena la beli laptop baru nie=(. Kali nie nak beli laptop yang bersaiz cute,tak nak beli yang berat sama macam bawa 5 BIJI BATU BATA MERAH!

Sony VAIO W Series
Yang nie berat= 1.2kg(termasuk bateri), ok la jugak tak la berat sangat lebih kurang kamu bawa sekilo gula[kepada yang tak pernah membeli gula dan tak tau seberat mana benda 1 kilo tu sila la mengOFFERkan diri untuk membeli gula yer:P]
Sedikit sebanyak info tentang notebook nie :
Intel Atom Processor N280, 1.66 GHz

512-KB L2 Cache, 533 MHz FSB
3-cell 24WHr Li-Ion Battery, Upto 3 Hrs life – OR -6-cell 48WHr Li-Ion Battery, Upto 6 Hrs life

2 USB 2.0 compliant 4-pin connectors
Intel High Definition Audio compatible, 3D audio (Direct Sound 3D support) with built-in stereo speakers
Dimension (WxHxD): 179.6 x 32.4 x 267.8mm
Colors – Pink, Brown, Pink








Apple MacBook-THE AIR NOTEBOOK

Ni dah rasa macam bawa Display Pocket File kot, nama pun dah THE AIR NOTEBOOK[pastinya seringan molekul2 udara ermmm]. Notebook nie memang ultra-thin, ultralight and ultra-portable gadget. Nak dapatkan maklumat lebih terperinci layari la http://www.apple.com/macbookair/. Alangkah bagusnya kalau boleh dapat sebiji *hurmmm*