Pages

Thursday

I CAN SEE, BUT YOU COULDN'T SEE





Bila kamu bersedih, siapa orang yang akan kamu cari?


Bila kamu bergaduh dengan kekasih, siapa yang menjadi tempat kamu mengadu?


Bila kamu menangis tersedu-sedan kerana di kecewakan, siapa yang sudi mendengar cerita kamu?


Bila kamu kesusahan dan berada jauh dari keluarga, siapakah orang kamu rasakan adalah "malaikat" yang diutuskan oleh Tuhan untuk membantu kamu?



JAWAPAN: KAWAN





TETAPI................



Apabila kamu bahagia dengan kekasih hati ada kamu ingat akan dia?


JAWAPAN:ADA KOT....ERMM TAPI BILA TENGAH BERBAHAGIA DENGAN KEKASIH NIE KURANG LAH HENDAK INGAT KAT DIA, SEBAB DI MATA HATI SUDAH DITUTUPI DENGAN MUKA KEKASIH, SETIAP SAAT APA YANG DIFIKIRKAN CUMA LAH KEBAHAGIAN YANG SEDANG DIKECAPI.







BEGITULAH CERITANYA......


Ada yang tak bersetuju? Tak mengapa, masing-masing punya alasan tersendiri untuk mempertahankan apa yang kamu rasakan, that what i call "i can see, but you couldn't see". Saya lihat apa yang kamu tidak dapat lihat dan sebaliknya saya juga tidak dapat melihat apa yang kamu lihat dari perspektif pandangan kamu.



Monday

BAU BADAN???!!!! EYEKKKKK!!!!
Pernahkah anda hampir termuntah apabila tercium bau seseorang ataupun orang lain pula yang hampir termuntah apabila tercium bau badan kamu?!! Hari ini saya telah mengalami satu peristiwa yang bila diingat kembali masih lagi boleh membuatkan saya termuntah errrrr......
Ceritanya begini, saya dan dua orang kawan telah menaiki sebuah teksi yang dipandu oleh pakcik yang dalam lingkungan umur awal 40-an macam tue la.
Masuk je ke dalam kereta, kawan yang duduk kat sebelah saya terus maklumkan kepada saya terdapat bau yang amat tidak menyenangkan, sesaat kemudiaan rongga-rongga hidung saya telah menyerap satu bau yang amat meloyakan sehingga hampir buat saya pengsan(serius nie!!). Pernah anda tercium bau asid amonia?? Hah...lebih kurang begitulah bau pakcik teksi tue(aduhaii time menaip artikel nie pun saya masih boleh lagi terbayang bau tue huhu).
Perjalanan yang memakan masa tidak lebih dari 10minit itu saya rasakan seperti perjalanan 10jam lamanya, saya tidak bernafas guna hidung tapi menggunakan mulut(ini yang membuatkan saya masuk angin kerana menghirup angin yang langsung tidak sihat eyekkkkk!!). Memang saya tak akan naik kereta pakcik tue lagi, betul-betul tidak mahu(melainkan betul2 terpaksa yang tersangat-sangat kot huhu). Sampai saat ini saya masih berasa pening kepala lagi efeks daripada mencium bau badan pakcik teksi tue:(
Sedikit perkongsian mengenai masalah bau badan nie, semoga di ambil sebagai langkah untuk mengelak orang sekeliling daripada termuntah apabila tercium bau badan kita....
PUNCA BADAN BERBAU:
Walaupun kita mandi berpuluh kali sehari pun tapi kalau mandi dengan cara yang tidak betul, misalnya mandi tak menggunakan sabun atau mandi secara ala kadar tetap juga badan kita akan berbau terutamanya apabila badan kita berpeluh.
Peluh kita adalah dihasilkan oleh kelenjar accrine dan apoccrine yang berada di lapisan kulit kita. Kelenjar accrine terdapat di seluruh badan kita. Kelenjar ini sudah ada sejak kita kecil lagi. Fungsi utamanya ialah untuk mengatur suhu badan kita melalui proses berpeluh. Tetapi kelenjar apoccrine banyak terdapat di bahagian ketiak, dan bahagian-bahagian lain yang berbulu
Kelenjar ini juga berfungsi mengeluarkan peluh secara lebih aktif sebaik sahaja usia kita meningkat remaja. Peluh yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh rangsangan emosi. Peluh dari kelenjar apoccrine mengandungi banyak lemak dan protin. Inilah yang menjadi punca bau badan yang menyerlah sebaik sahaja kita meningkat remaja. Kanak-kanak tidak mengalami gejala ini.

Bau busuk adalah berpunca dari penguraian bahan-bahan protin yang terkandung dalam peluh yang dikeluarkan oleh apoccrine . Mikrob mengurai peluh untuk makan. Penguraian bahan protin ini menghasilkan sejenis bahan amonia. Kita tahu amonia memang sifatnya berbau busuk. Inilah punca bau badan.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI MASALAH BADAN BERBAU INI?
Pakailah pewangi. Oh tetapi perkara pertama yang harus diberi perhatian ialah pastikan badan kita adalah cukup bersih, mandilah pakai sabun yang anti-bakteria. Kemudian shave la mana-mana bahagian badan yang berbulu terutamanya ketiak(ermmmm tapi lelaki agak jarang yang mahu membuang bulu ketiak:?)
Pakaian juga memainkan peranan yang penting untuk mengelak badan berbau. Pakailah pakaian yang boleh menyerap peluh, jangan terlalu memakai pakaian yang berlapis-lapis hingga membuatkan badan kamu tidak dapat bernafas. Guna minyak wangi yang sememangnya sesuai dengan badan kamu. Yang paling penting sekali pakailah deodoran, kerana ini salah satu cara yang berkesan untuk mengelak badan dari berbau.
Sebenarnya makanan juga turut memberi kesan kepada bau badan kita, sebolehnya elaklah dari memakan makanan yang berbau seperti petai, jering dan kari!!
sekian,
ME_CHA87...
LUV N CARE

Sunday

"Without you, there'd be no sun in my sky, there would be no love in my life, there'd be no world left of me."- Leann Rimes




Peace^_^.....without friend ur world is empty.


You laugh, i laugh too...but when you cry, i'll not cry with you cuz i wanna be strong enough to comfort and lean you my shoulder.



For me, friend is such as food and water that you cant skip, cuz when you in bad times there are your "soul food" that give you strenght.




Saturday


"LIFE IS TOO SHORT TO WAKE UP IN THE MORNING WITH THE REGRET, SO LOVE THE PERSON THAT TREAT YOU RIGHT, FORGET ABOUT THE ONES THAT DONT AND BELIEVE THAT EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON"




Setiap kali kita dapat bangun di waktu pagi dengan badan yang sihat dan dapat diberi sekali lagi hari untuk kita meneruskan pekerjaan yang belum selesai makanya haruslah kita berasa sangat bersyukur. Tutuplah pintu untuk hari yang semalam, lupakan sahaja perkara yang telah berlaku tetapi bersedialah untuk membuka pintu hari ini yang sememangnya sedang berlaku. Kalaupun sepanjang hari kamu asyik mengingati perkara yang telah berlaku semalam ia tetap juga tidak dapat diulang atau diubah maka haruslah memberi fokus kepada perkara hari ini yang masih punyai peluang untuk dilakukan dengan sebaik mungkin. Bimbang jika kamu asyik mengeluh tentang hari semalam, kemungkinan untuk hari esok kamu juga akan mengeluh tentang hari ini, kerana kamu tidak menumpukan sepenuh perhatian untuk hari ini!



Buatlah sebaik mungkin semampu yang kamu boleh usahakan. Sememangnya tiada satu pun pekerjaan di dunia ini yang mudah hatta makan pun susah juga! "NO PAIN, NO GAIN". Hasil dari kesakitan yang kita alami pastinya kita akan memperolehi manisnya kejayaan. Kalaupun terlalu mudah untuk kamu memperolehi kejayaan, kamu tetap akan berasa tidak puas! "YANG PAHIT ITU LEBIH MANIS DIHUJUNGNYA".



Jangan risau atau terlalu bimbang dengan sesuatu kerana kebimbangan kita itu yang sebenarnya akan menyumbang kepada kegagalan dalam hidup kita. "SESIAPA YANG TIDAK DAPAT MENGATASI KEBIMBANGAN AKAN MATI DALAM USIA MUDA- Dr. Alexis Carrel". Bimbang atau risau sebenarnya perkara biasa dan sesiapa pun tidak dapat lari dari perasaan ini, tipulah jika kita tidak pernah berasa bimbang. Walaubagaimanapun jika kamu tidak mampu mengawal PENYAKIT KEBIMBANGAN ini maka ia akan MEMUDARATKAN MENTAL/EMOSI kamu! Walhal kecerdasan emosi ini sangat penting dalam menyumbangkan kejayaan kita dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.



Perasaan CINTA dan menyayangi orang disekeliling kita adalah UBAT PENENANG YANG TERBAIK bagi menyembuhkan penyakit jiwa(saya bukan maksudkan penyakit mental) yang kita alami. Jika kamu telah berbuat baik dengan orang disekeliling dan memaafkan orang yang telah berbuat jahat dengan kamu, akan timbul satu perasaan positif yang kamu sendiri tidak ungkap dengan kata-kata dan dapat membuatkan hari kamu berasa sangat bahagia. Dari mana puncanya sikap mahu memaafkan dan berbuat baik dengan orang ini timbul? Bagi pendapat saya ia adalah berpunca dari perasaan kita yang cinta dan sayang kepada orang lain. "LOVE YOUR NEIGHBOUR AS YOU LOVE URSELF-Christianity Verbs"



Monday

Erm....im not going to promote this make up palatte but i wanna share with yours the quote that i feel so "nice and beautiful", can you feel what i have feel??

"If i had a world of my own, everything would be nonsense.

Nothing would be what it is, because everything would be what it isn't.

And contrary wise, what is, it wouldn't be.

And what it wouldn't be, it would."

Kita manusia selalu mahukan sesuatu yang sukar sekali untuk kita gapai, kita tahu perkara itu menyusahkan tetapi tetap juga kita mahukan....yelah kerana kita ini makhluk yang tidak pernah untuk cuba berpuas hati dengan apa yang ada!

Sedangkan selalunya apa yang kita mahukan itu langsung tidak masuk dek akal serta tak terdaya kita kerjakan....maka kita akan berasa sangat kecewa hingga berputus asa.

Padahal banyak lagi perkara lain yang mampu kita lakukan yang setimpal dengan kemampuan kita....bayangkanlah, bagaimana mungkin seorang budak yang berumur 1 tahun mampu mengangkat barang yang 2 kali ganda lebih berat dari dirinya. Mustahil bukan??

Makanya, janganlah kita berhajat "memanjat langit dengan tangga, memindahkan gunung dengan tangan". Walaupun mungkin kita tidak sehebat yang lain, tidak mengapa kerana setiap orang itu berbeza kemampuannya. Mana mungkin jika kamu adalah orang biasa tetapi berhajat mahu menjadi anak raja.