Pages

Friday

7 DAYS LEFT

PERJALANAN JAUH TAK KU RASA..
KERANA HATI KU MELONJAK SAMA...
INGIN BERJUMPA SANAK SAUDARA,
YANG SELALU BERMAIN DI MATA....
NUN MENGHIJAU GUNUNG LADANG & RIMBA...
LANGIT NAN TINGGI BERTAMBAH BIRUNYA...
DERU ANGIN TURUT SAMA BERLAGU...
SEMUANYA BAGAIKAN TURUT GEMBIRA....
O..O...O...BA...LIK KAMPUNG
O..O..O...BA....LIK KAMPUNG
O..O..O...BA..LIK KAMPUNG
Yahooooooooooooo.....sudah mahu balik! Tak sabar mahu balik nie(^_^).....
Macam2 hal saya rancang nak buat time cuti nie...nak belajar menjahit, nak belajar tarian shuffle dengan adik, nak tengok bola dengan Abak & 2 orang bodyguard saya hehe, nak belajar main guitar juga & nak melepak dengan orang2 tersayang, and the most important thing i wanna do is, every sunday can go 2 church wif my family(^_^)
Cuti kali nie tak nak gaduh2 lagi dengan mama, tak nak degil sangat lagi, mahu belajar menjadi anak yang mendengar kata mak.
"Harap Tuhan memberkati kepulangan saya dan semua juga, semoga kami semua boleh sampai di rumah dan bertemu dengan keluarga tersayang dengan selamatnya..Amen".

"MY FAMILY LOVE STORY"

"When you look at your life, the greatest happinesses are family happinesses". ~Joyce Brothers








Balik dari exam, badan letih sangat plus minda tenat setelah bertungkus lumu memikirkan strategi "peperangan" petang tadi, maka balik jer mata terasa berat, sebelum tidur sempat lagi bagi text kat mama. Tunggu punye tunggu mama tak reply text saya, maka saya pun zzzzzzzzzzz(n_n). Bangun jak dari tidur seterus kol mama, sebab check inbox mama tak reply juga msg sy, tetapi malangnya mama tak juga angkat kol saya(T_T)....sambung balik tidur, but then got kol from mama(im so hepi hehe).


Mama tanya pasal exam hari, saya jawab exam ok(walaupun hakikatnya paper major, jawab sebarang jak huhu). Mama cakap dia dah sembuh, dia minta jangan risau lagi(Thanks God:)). Saya cakap dengan mama, saya rindu dengan Abak(dad), mama cakap Abak sibuk dengan acara sukan ditempat saya. Then tanya pasal 2 orang budak tue(abg & aja), mama cakap Abg stdy, Aja pula dah keluar pegi rumah kawan, namun apa yang menariknya mama cakap dia dah matang sekarang(ermm long story nak cerita nie)........

Aja is my 2nd younger brother, now he is 18 year old. Dia adalah orang yang bertanggungjawab menyebabkan saya "terjebak" dalam bidang kaunseling. WHY?? Kerana dia saya teringin menyelami perasaan serta apa yang difikirkan oleh remaja yang mempunyai masalah displin di sekolah. Saya tak pasti samaada saya kakak yang bertanggungjawab atau tidak namun sAYA betul2 berusaha untuk membantu dia keluar dari permasalahan displin, sampai satu tahap saya hampir bertumbuk dengan dia di sekolah kerana dia cuba escape kelas(bila diingat balik memang agak lawak n memalukan la hehe). Saya juga selalu duduk berbincang dengan dia untuk bertanyakan masalahnya(even time tue saya belum lagi belajar kaunseling tapi sedikit sebanyak saya telah menggunakan cara kaunseling tanpa saya sedari).


Adik saya nie seorang yang agak pendiam, dia marah ker, sedih ker semua dia tak tunjukkan, malah bila mama dan Abak saya membebel atau memarahi dia hanya berdiam diri jak(dalam hal nie saya sangat bersyukur adik saya nie bukan seorang budak yang agresif seperti mana budak2 bermasalah yang lain). Masa mula2 mama tau dia punyai masalah displin di sekolah memang mama mengamuk sangat, sampai kami berempat beradik berdiam jak & sama2 menangis(sejak dari kecil lagi apabila salah seorang dari kami berempat buat salah, semua akan kena marah, kerana mama cakap, kalau yang lain ada menegur apabila buat silap pasti hal tue tak akan berlaku, maka apabila seorang buat silap maka semua kena bertanggungjawab juga).

Time tue dia f.2, kes displin pertama yang dia lakukan, ialah ponteng kelas selama 3 kali sehingga sampai surat warning, sebab marah sangat mama pukul dia dengan rotan sampai berdarah kat belakang(time tue saya menangis sapu belakang dia dengan minyak angin sebab kesian tengok salah seorang daripada kami berempat cedera huhu). Sejak hari tue saya lihat adik saya nie makin teruk perangai dia, walaupun mama dan Abak telah menggunakan kekerasan. Mama dan Abak telah beberapa kali pegi menghadap guru displin kerana masalah adik saya nie(tapi syukur sangat mama dan abak tak pernah berputus asa seperti ibubapa yang lain yang membiarkan jak anak-anak terlibat dengan masalah displin).


Semasa dia berada di f.3, dia still lagi terlibat dengan masalah displin malah makin hebat lagi, time nie mama telah menggunakan pendekatan yang lemah lembut dan memujuk bukan lagi secara kekerasan, saya sangat mengagumi mama saya dalam satu hal yang mana dia sentiasa berdoa kepada Tuhan semoga suatu hari nanti adik saya akan berubah, setiap hari mama saya akan bersembiang Rosary(lebih kurang macam org islam yang berzikir) berdoa semoga hati adik saya boleh berubah. Result PMR adik saya memang sangat teruk, sebab dia memang tak belajar langsung, tapi mama tak marahi dia walaupun dalam hati mama sangat kecewa(saya tahu mama sangat pedih menerima kenyataan nie, sebab adik saya kalau belajar memang dia akan mendapat keputusan yang cemerlang)

Dipendekkan cerita, bila berada di f.5 perangai dia still sama, tapi mama still juga tidak pernah berputus asa dengan dia(walaupun pada ketika itu kami bertiga yang lain telah meminggirkan dia kerana berasa sangat meluat dengan perangai dia yang selalu menyusahkan mama dan abak saya). Time nie agak sedih sedikit kerana hubungan kami berempat telah renggang, dia lebih suka buat hal sendiri dan melepak dengan kawan2nya(memang sedih sangat, sebab kami berempat is very close wif each other, time kecil2 kami berempat tak berkawan dengan sapa2, juz kawan sesama sendiri jak....ermmm suddenly miss those moment plak huhu).


Tapi bila dia dah habis f.5, perangai dia mula berubah, memang selalu dia keluar malam tapi still lagi dia ada menampakkan diri di rumah, malah dah mula nak berkumpul balik dengan kami bertiga, boleh borak sama2(tapi agak benci bila geng2 dia datang rumah ajak dia keluar huh!!). Satu perkara yang sangat membuatkan saya terharu sangat2, time baru abis SPM, dia buat keja part time, time nie saya dah ada kat UPSI, 1 day saya text mama bagitau yang saya perlukan duit, dia dengan rela hatinya suruh mama bank in kan saya duit gaji part time dia tue(tak tergambar perasaan terharu saya pada masa ini huhu). Sekarang mama cakap dia dah makin matang, jarang keluar malam, thanks GoD sebab mendengar permintaan mama serta seluruh ahli keluarga yang mengharapkan Aja akan berubah...... BERSAMBUNG......(n_n)




really love you, CYPRIAN STEVEN




Families are like fudge - mostly sweet with a few nuts







In time of test, family is best. ~Burmese Proverb





At the end of the day, a loving family should find everything forgivable. ~Mark V. Olsen and Will Sheffer, Big Love, "Easter"

Wednesday

APA MAKNA "BELAJAR" ITU SEBENARNYA?

"BELAJAR UNTUK LULUS PEPERIKSAAN"

ATAU

"BELAJAR UNTUK MENDAPATKAN ILMU PENGETAHUAN"

?????????

Selalu juga saya bertanya pada diri sendiri, kenapa bila menjelang minggu peperiksaan baru saya akan bertungkus lumus membuat nota, membaca buku(dan yang sebenarnya menghafal itu yang sebetulnya). Apakah makna semua ini? Mengapa tidak saya belajar bukan kerana hanya untuk peperiksaan? Motif saya belajar apa sebenarnya? Ini merupakan beberapa soalan yang sering saya tanyakan pada diri sendiri, lebih-lebih lagi apabila saya terperasaan yang saya sedang menghafal fakta atau teori.




Kebetulan petang tadi kawan-kawan telah mengajak saya menonton filem "3 Idiots" yang Aamir Khan sebagai heronya. Melalui cerita ini banyak hal yang saya pelajari terutamanya menerusi dialog-dialog yang diungkapkan oleh Aamir Khan ataupun jika di dalam filem ini dia dikenali sebagai Rancho. Rasanya lebih baik saya letakkan sinopsis filem ini dekat sinilah^_^...



[Here's a story of three friends studying in an engineering college Rancho (Aamir Khan), Farhan (R Madhavan) and Raju (Sharman Joshi). Rancho is the rebel among them always questioning things and believing that learning is more than just the usual mode of education. He encourages his friends to look beyond the ordinary and soon earns the wrath of the college director Viru Sahasrabuddhe (Boman Irani).Despite his fun and frolic, Rancho always surprises everyone by topping the class. He even manages to win the affections of the director's daughter Pia (Kareena Kapoor). But Rancho's greatest contribution lies is making his friends realise their true calling. The twist comes when on Graduation Day. After being awarded the Student Of The Year title, Rancho mysteriously disappears into oblivion. Years later, Farhan and Raju, finding a common thread, embark on a journey to find their friend. 3 Idiots is a story of friendship, hope, aspirations and most importantly, the goodness of life.]



Pelakon-pelakon dalam "3 Idiots"



Watak Utama - Rancho @ Aamir Khan




"The 3 Idiots"

Watak Rancho(Aamir Khan) telah mengajar saya satu hal yang sangat berguna pada hari ini, iaitu "kita belajar bukan semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan mendapatkan pekerjaan yang baik TETAPI belajar adalah untuk kita mendapatkan ilmu yang berguna". Kalau tak silap saya, Rancho ada mengatakan bahawa jika kita belajar semata-mata untuk mengejar sesuatu maka kita akan mendapat tekanan, sedangkan proses pembelajaran sebenarnya adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan tetapi dengan syarat apa yang kamu pelajari itu memang BENDA @ SESUATU yang kamu memang hendak pelajari.
Jalan cerita filem ini memang sangat menarik pada pendapat saya, dengan penceritaan yang santai, menghiburkan dan sarat dengan pengajaran yang boleh dijadikan panduan oleh kita sebagai seorang pelajar dan juga pendidik pada suatu masa nanti.


"Kejayaan akan menyusul apabila kita telah mempelajari sesuatu ilmu atau perkara yang memang kita lakukan dengan hati yang ikhlas serta sepenuh jiwa". Jika kita dapat dean list sekalipun jika ilmu itu tidak dapat kita praktikan apalah gunanya, ia umpama kamu mempunyai lesen kereta tetapi tidak tahu bagaimana untuk memandu. Bukan hendak mengata tetapi cuma hendak menyuarakan, saya melihat banyak kawan-kawan yang cemerlang dari segi keputusan akademiknya tetapi jika membuat pembentangan di kelas hanya biasa-biasa sahaja(kadang-kadang langsung tidak pandai membentang pun ada).


Bila puas sudah saya bertanyakan beberapa soalan kepada diri sendiri, saya berasakan bahawa cara saya menilai tentang konteks "belajar" itu terlalu besar silapnya. Selama ini saya berasakan bahawa kita belajar dengan tujuan apabila sudah habis belajar nanti boleh mendapat pekerjaan yang bagus, tetapi kini sedikit sebanyak saya berasakan konteks "belajar" yang saya pegang selamanya sedikit kurang tepat. Kita belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, yang mana proses mendapatkan ilmu pengetahuan itu umpama kita belajar membuat roti, walaupun jika satu hari roti tidak terjual dipasaran tetapi tetap juga kamu masih dapat makan roti kerana kamu tahu cara membuatnya, KERANA KAMU BUKAN HANYA TAHU MAKAN SAHAJA!


Saya boleh umpamakan ilmu pengetahuan adalah seperti itulah, maafkan saya jika ia bertentangan dengan yang lain.

ILMU PENGETAHUAN ADALAH LEBIH DARIPADA NILAI "A+" atau pointer "4.00".


BELAJAR UNTUK MEMAHAMI, MENGHAYATI, DAN MEMPRAKTIKAN TETAPI BUKAN UNTUK MENGINGATI SAHAJA!

Saturday

"MENJADI DIRIKU"
Bila balik dari xm petang semalam, memang takde mood sebab sedih tak dapat jawab dengan baik. Balik je rumah, minum petang then zzzzz(n_n), nak release tension kononnye. Bangun tdo, mandi segala then apalagi buka FB la hehe~~ Tengok2 ada besfren saya tagged video tok saya, video yang betul2 buat saya terharu sangat huhu.....Thanks Ct 4 the very nice song and clip video, it make me "wake up", i really like it! Memandangkan benda yang baik harus dikongsi maka saya pun nak juga post video tue kat sini(^_^)~~~

Friday

IM NOT OK!

Xm arinie tak memberansangkan, lain yang dihafal lain pula yang keluar huhu~~ Xm 2 jam tapi saya keluar 30minit awal bukan kerana boleh jawab xm tapi kerana saya dah xde idea lagi waaaaa....

Mummy im so sori, i not do well in this xm:(

Got 4 more paper to go hurmmm...chayok2 ROSCA!!!
My Dear Dairies
Sekalipun hanya sekecil zarah hal atau perkara yang boleh buat saya tersenyum, pastinya seharian itu saya akan berasa sangat gembira:)
Namun jika sekecil kuman sekalipun terdapat hal yang membuat saya sedih, itu sudah cukup untuk menghancurkan hati dan membuatkan saya tidak gembira sepanjang hari:(
Selalu juga bertanya pada diri sendiri "mampukah saya ini menjadi kaunselor yang sabar, kuat & tidak terjejas dengan keadaan yang menekan diri?"
Saya seorang yang terlalu sensitif jiwanya, mudah berasa tertekan, gelabah dan bukanlah seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi hurmmm:(

Tuesday

No Issues!


Sy mahu terbang bebas lepas di angkasa raya, mahu pergi ke mana-mana saja sy mahu tujui:)




Benda yg sgt suka(untuk sekarang dan saat ini la~~)




Cupcakes...nyum nyum...^_^






Latte art....:D



Rutin harian sy bila weekend(ermm.. act everyday almost the same routine)




Perkara dan benda yang buat hari-hari saya ceria...





Ada kawan baik disisi:D





Lakukan apa yang saya suka, walaupun baru 1st time cuba^_^



And of coz dpt mamam KFC....:=)




ok2...nak belajar pula..matilah aku exam tinggal berapa hari lagi tapi belajar tak habis lagi waaaaaa.....


Oppss sebelum tue ada 1 lagi gambar.....


jeng....











jeng....










jeng....

Saturday

"KAUNSELOR JUGA MANUSIA BIASA"





Kaunselor bukan malaikat, bukan juga orang yang mampu mengubah orang lain daripada individu yang jahat terus bertukar menjadi baik. Kaunselor juga manusia biasa seperti yang lain, cuma bezanya mereka punyai kemahiran tertentu serta mempraktikan teori dalam kehidupan mereka terutamanya apabila berhadapan dengan individu yang bergelar "KLIEN".




Kualiti manusia seperti sifat kepercayaan, sifat-sifat personal dan juga cara hidup banyak mempengaruhi cara seorang Kaunselor berfungsi sebagai individu yang profesional. Kottler(1993), telah menyatakan bahawa peranan kaunselor sebagai individu dan profesional saling melengkapi antara satu sama lain. Sebagai individu yang profesional, kaunselor punyai kelayakan dari segi ilmu dan kemahiran. Manakala pengalaman hidup sebagai individu biasa juga akan turut membantu kaunselor ketika mengendalikan sesi kaunseling.

Memandangkan Kaunselor juga adalah manusia biasa seperti yang lain, maka saya sendiri memberi peringatan kepada diri sendiri sebagai bakal kaunselor di masa hadapan agar berusaha untuk memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum cuba untuk memahami orang lain.
Antara beberapa kepercayaan yang tidak rasional yang boleh membawa pada stress kepada kaunselor ialah,
"Apabila klien tidak berubah....itu adalah salah aku"

"Kerjayaku adalah hidupku"

"Aku harus menjadi model kepada orang lain"
(maksudnya mahu menjadi orang sangat sempurna)

"Kehendak klien harus dipentingkan terlebih dahulu sebelum kehendakku"

"Aku merupakan orang yang penting dalam hidup klien"

"Aku yang bertanggungjawab atas segala tingkah laku klien"

"Aku mempunyai kuasa untuk kawal hidup klien"


Kepercayaan2 tidak rasional di atas ini sememangnya akan mendatangkan tekanan yang maha hebat kepada seseorang kaunselor. Sudah ditekankan bahawa kaunselor adalah manusia biasa, maka sudah tentunya sifat2 negatif tetap ada dalam diri kita. Maka apabila kita terlalu mencuba untuk menjadi terbaik itu bermakna kita sudah mejadi "PLASTIK", kita sudah tidak menjadi genuine lagi, kita umpama telah memakai baju yang tidak selesa dan sesuai dengan saiz kita. Jika kamu bersaiz XXXL tetapi memakai baju bersaiz XL, apa akan terjadi??Sendiri mahu fikirlah k^_^....