"Life is short and sweet, so make others happy and never let anyone down" - RoscaSteven
Friday
Wednesday
Bgn pagi dgn penuh semangatnya sy nk g kelas hari ini tetapi telah dicemari dgn racun2 kemenyampahan tahap dewa dewi. Ceritanya begini, baru sy tau kelas dibatalkan hari nie, pasal kelas dibatalkan tue sy x marah lg suka adelh sbb boleh rileks2 kat umah kan tp yg buat hati sy panas ialah baru sekarang sy tau kelas tue dibatalkan pdhal kwn sekuliah n serumah sy dh tau time zaman batu lg hah!
Mmg sy mcm ada dgr dia gtau pasal kelas tue, tp kedengaran dia mcm cakap kelas tue ade, sbb time tue suara dia tibe2 bertukar ke low volume, mayb speaker rosak kot kan ermm....
Huh!!......lupakan lah hal tue, mayb ade hikmahnya kot:P~~~
"Oh Tuhan, berikanlah saya kekuatan untuk memaafkan dan kesabaran yang tinggi ok"
Thursday
"Panas tak akan sampai ke malam"....begitu juga kehidupan ini, tak akan selalu kita gembira tetapi akan ada juga duka yang datang menjenguk kita. Dengan siapa dan pada siapa kamu dapat berkongsi masalah yang dihadapi itu sangat penting, sebab itu carilah orang yang boleh ketawa dan menangis bersama kamu.
"Menangis dan ketawa bersama".....benar ker pernyataan tue?? Ada orang ketawa bersama tetapi menangis seorang tetapi ada juga orang yang menangis bersama tapi ketawa seorang. Macam mana tue? Kawan yang mana kah yang kejam, yang ketawa bersama tapi biarkan kawan sedih tanggung sendiri atau kawan yang menangis bersama tetapi bila ketawa sendiri?? Dua2 tue adalah kawan yang kejam.
"Semakin kamu mengenali semakin kamu tak memahami".....kita selalu bagitau semakin lama kita mengenali seseorang itu semakin kita akan memahami dia tetapi sebenarnya semakin lama kamu mengenali dirinya semakin kita akan tak akan memahami dirinya. Bila kamu sudah lama mengenali dirinya, kamu dan dia seumpama sudah tiada batasannya lagi, sampaikan satu masa apa yang ada di dalam mulutnya juga kamu sanggup makan(misalannya nie) maka pada masa ini boleh dikatakan bahawa kemanisan hubungan ini sudah sampai ke kemuncaknya, tidak tahu sama ada pengakhirannya adalah baik atau tidak itu terpulang kepada budi bicara dia. Bila sampai kemuncak ini, kamu dan dia sudah hilang batas2 persahabatan, sudah hilang perasaan hormat, menghargai, dan berterima kasih, misalnya kalau di awal persahabatan, bila sikit saja dia membuat kebaikan, ringan saja mulut kamu mengucap terima kasih tapi bila sudah sampai kemuncak walau sebesar gajah pun kebaikan yang diberikan, seberat itu juga lah utk kamu mengucapkan terima kasih.
"Hargai lah orang yang telah sedia ada di sisi kamu".....tapi kita lebih suka menghargai orang belum tentu akan menerima diri kita seperti mana orang yang telah sedia ada di sisi kita saat ini. Kita selalu memuji orang lain, tapi pernahkah kita memuji kebaikan orang di sekeliling kita? Jangan nanti orang yang diharapkan menghilang dan orang yang sudah sedia ada disekeliling kita pula sudah menjauh dari diri kita.
Tuesday
- some pic from my valuelable collection^_^....
Sunday
Saturday
kejadian yang tidak diingini berlaku.
stress + kesedihan = kemurungan
TANDA-TANDA KEMURUNGAN
Kamu mungkin akan :-
1. Berasa sedih atau ‘kosong’ secara berpanjangan.
2. Hilang minat atau hilang semangat.
3. Mengalami masalah tidur.
4. Hilang selera makan serta turun berat badan.
5. Tidal dapat menumpukan perhatain dengan baik.
6. Memikirkan tentang mati.
7. Mempunyai symptom-simptom fisikal yang berpanjangan seperti
sakit kepala, masalah gastric/ perut dan kesakiatn yang kronik.
p/s : Jika kamu mempunyai tanda2 nie, sila lah berjumpa kaunselor yer, kerana kemurungan nie adalah suatu penyakit yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran kamu. Jika tak dirawat kemungkinan utk kamu suicide tua akan tinggi yooo!!!!....yelah kdg2 kite tak dapat kawal diri apabila melibatkan mood marah, sedih dan stress nie, jd cepat2 lh dptkn "rawatan jiwa" yer^_^
Life is so short and just have 1 time only, try la 2 make ur life beautiful, full wif hepiness and meaningful eventhough life is hard^_^. Belief in god, believe in urself, love urself, love ur family, and love everyone it will make ur life more alive.
hepi face^_^
i luv my self and i luv my fren too^_^......saranghae(means i luv u in korean)
Friday
Wednesday
When your world falls apart
When your pain claims your heart
I'll be there, I'll be around
And I will never let you down
Leave that pain, don't give up
You will fly up high again
Count on me, we are together
We'll make it through this stormy weather
C/o:
No matter what they say
No matter what they do
No matter what they think of you
You have got me and my heart too
No matter what they see
No matter what they feel
As long as you have got me
As long as You And I See...
Take my hand and take my heart
We can never be apart, now and forever
I won't look back, we'll stay together
Trust in me and we'll fly, don't surrender!
Don't lose hope when you are in need
Have faith in Allah, have faith in Him
So please be tough and please be strong
With all His love you can't go wrong
Tuesday
Tidak kira sama ada ia merupakan pekerjaan pertama atau km telah menghadapi sesi temu duga untuk kali ke-10, adalah penting bagi setiap pemohon bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sesi temu duga.
Ada sesetengah syarikat yang tidak mengkehendaki pemohon untuk berpakaian terlalu formal ketika sesi temu duga dijalankan. Memadai sahaja dengan berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. Jangan sesekali memakai seluar jean, memakai baju T yang terlalu buruk dan tidak bersikat rapi.
Kebanyakan penemu duga lebih senang melihat pemohon memakai pakaian kemas seperti kemeja dan berseluar slack. Bagi wanita pula, anda disarankan tidak mengenakan pakaian yang terlalu nipis atau seksi, memakai terlalu banyak aksesori dan bersolek terlalu tebal.
2. Buat kajian
Pastikan sebelum menghadiri temu duga anda meluangkan sedikit masa membuat kajian mengenai syarikat tersebut. Selain itu, pastikan anda tahu tugas-tugas yang diperlukan bagi jawatan yang dipohon. Ia memberi bonus kepada anda kerana mempunyai sikap ingin tahu yang begitu mendalam terhadap syarikat dan pekerjaan yang ingin dipohon.
3. Jangan lambat
Jangan lambat menghadiri sesi temu duga. Ia adalah antara perkara paling dilarang berlaku semasa sesi temu duga. Kejadian itu akan memberi kesan terhadap pandangan majikan terhadap anda walaupun anda memberi alasan tersesat atau kesesakan lalu lintas. Jika majikan mula merasa benci, kebarangkalian untuk anda memperoleh pekerjaan tersebut adalah tipis.
4. Tanya soalan
Tidak semestinya majikan sahaja yang mengutarakan soalan. Anda juga boleh bersiap sedia dengan soalan-soalan anda. Ia merupakan idea yang bagus jika anda juga bertanyakan soalan. Kenapa begitu? Ini kerana, ia menunjukkan yang anda bersungguh-sungguh menginginkan jawatan tersebut. Namun apakah soalan-soalan yang sesuai untuk ditanya kepada majikan?
*Adakah syarikat ini memberi peluang kepada saya untuk belajar kemahiran-kemahiran baru lain daripada jawatan yang dipohon?
*Adakah saya akan dilatih terlebih dahulu untuk memahirkan diri dalam jawatan tersebut?
*Apakah perkara yang paling penting perlu saya tahu mengenai jawatan ini?
5. Ucap terima kasih
Jangan kedekut untuk mengucapkan terima kasih kepada majikan sebelum dan selepas temu duga. Apabila anda melangkah masuk ke pintu majikan, ucapkan terima kasih apabila disuruh duduk.
Sebelum anda melangkah keluar pula, ucapkan sekali lagi terima kasih kerana kerjasama yang mereka berikan.
Namun ingat, jangan terlalu banyak mengucapkan perkataan terima kasih kerana ia boleh disalahtafsir oleh majikan sebagai terlalu mengampu atau hipokrit.